Daisypath Anniversary tickers

29 March 2011

Kejap Pakai,Kejap Bukak..Apa Pegangan Saudari Sebenarnya?

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, March 29, 2011 4 comments Links to this post
Salam...

Lately ni aku suka tengok fenomena di M'sia. Kenapa? ramai da sedar akan tanggungjawab seorang perempuan untuk menutup aurat. Alhamdulillah. Cuma aku x setuju bila mana dia pakai tudung hanya kerana tujuan tertentu.

Ekceli,memakai tudung hukumnya adalah wajib. Sedia @ x,bila hukum da wajib maka kena pakai even x sedia. Kita bukan nya tahu ajal kita bila,namun bila Allah amik kita dalam keadaan kita yang x menutup aurat,bagaimana ya?

Aku nak bercakap dari sudut perspektif yang lebih luas. Baru2 ni aku menonton rancangan Oprah. Dia temu bual dengan orang Islam,ada pendapat mengatakan perempuan yang memakai tudung ni adakah x moden,tapi apa yang di jawab oleh Ingy(wanita mesir yg memakai tudung), wanita bertudung ini sama moden dengan yang x pakai malah mereka lebih baik pabila melihatkan kecantikan kepada yang berhak(suami).

Kes soal jawab bertudung ni aku lebih respek pandangan orang luar negara. Diorang sincere dan lebih bagus mempertahankan keindahan & tanggungjawab tudung berbanding negara kita yang lebih banyak 'menjaga hati' banyak pihak.


So,kat sini aku nak kita sama2 doakan agar semua perempuan di M'sia dan seluruh alam akan melaksanakan hukum Allah ini. Jangan lah nanti bila negara kita da jadi macam jepun dan Myammar baru kita nak berubah. Takut2 masa itu sudah terlambat...

  Renung2kan dan selamat beramal!

 

26 March 2011

Unexpected Holiday and it's Free Anyway!

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, March 26, 2011 2 comments Links to this post
Salam...

Lama juga aku x menaip kat belog ni. Alhamdulillah,aku baru balik dari Kuantan untuk trip holiday yang x dijangka.

Kebetulan my hubby dapat fon call dari pejabat n klien dari kuantan untuk ke sana,then kami terus ke sana malam tu juga. Sampai lebih kurang pukul 2.30pg..wuahahha..

Stay kat Mercu Beach Resort,xde la mahal sgt tapi ok la untuk stay. Kami stay sampai 3 hari n 3 malam kat sana,petang jumaat tu pas hubby habis kije terus kami ke Cherating untuk tengok pantai..Uishhh,jakun pulak aku bila ke pantai,1st time pergi dgn suami tersayang..heheh

Lepas je pegi Cherating dan beli buah tangan,kami terus shot balik ke Klang.Penat gila,sampai tertido2. Kesian hubby kena drive sorang2,aku teman sembang samapi mana ntah,last2 tertido terus.hehehe

Eh,ok la..sampai sini dulu la..oh ya,buah tangan yang bawa balik pon kopok lekor, keropok kering dan keropok yang bersira. Standet buah tangan if g Cherating-Kuantan...he~~~  

21 March 2011

Kalau Kita Cinta Dia,Maka Lepaskanlah...

Posted by rAtu saLju™ at Monday, March 21, 2011 5 comments Links to this post
Salam...

Masa yang berlalu,tetap sahaja berlalu tanpa halangan. Aku? da hampir 3 minggu aku lepak rumah tanpa berkerja mcm biasa. Memang totally boring. Tapi apa yang aku rasa,aku makin dekat dan sayang hubby aku...wuahaha..ayat gedik


Kenapa ea..b4 kawen kita rapat semacam dgn pasgan,namun bila dah kahwin,semuanya berubah?..hmm...tapi pada aku,bila asas perkahwinan itu untuk agama,bosan x kan muncul.rite?

Sal try to conceive(ttc) aku cuba x sangat stress dan pikir sangat. Yela, if kita start stress mmg susah nak lekat. Aku just cuba try naikkan berat badan je. Nak pegi holiday ngan hubby dan happy mcm awal2 kawen dulu.

Anniversary kami last month pon x gi mana2..so skng ni the right time untuk pergi! aja..aja..aku happy sekarang,walaupun masak sikit,tapi hubby suka makan banyak2..heheh
dia pon x sabar nak pindah umah sendiri,kami akan lebih berdikari dan boleh jaga aurat juga..hehe
Ok la,smpai sini dulu ok.Korang doakan la aku pregnen ea,aminn. ;)

16 March 2011

Restoran Putera Ayu dan Program Dietku..

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, March 16, 2011 1 comments Links to this post
Salam...

Kalau orang lain sibuk nak turunkan berat, aku pulak nak naikkan berat. Kenapa? sebab ia termasuk dalam program conceive yang aku tengah laksanakan. Memang agak susah bila nak buat,sbb badan aku ni badan penah naik pon tyme sekolah menengah dulu,50++kg kot. Pastu xdok dah.


Susah kan? Ditambah aku ni malas amat makan,so jadi makin susah la. Oh ya,semalam aku jalan2 di Putera Ayu,ala...kedai makan yang masuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan tu. Pada aku,interior kedai makan tu memang cantik. Ada air terjun pancut dan lampu lampi yang cantik.


Asalnya aku jalan ke sana untuk makan western food,lamb chop. Alih2 sekali bila sampai aku di beritahu makanan western dia stopkan dulu..huhuh..mati ngidam da aku ni. Nyata bukan rezeki aku. Dah lama sebenarnya aku nak makan dan en hubby la bersungguh2 cari kedai yg ada jual western food..sian en asben.. :'(

Then aku order nasi goreng cendawan n air longan,en hubby pulak nasi goreng daging merah dan air carrot susu. Side order banana eskem..hahah..Tapi untuk tekak aku,nasi goreng dia aku x minat.macam nasi tomato je rupa n rasanya,cuma di letak jagung buat len sket dari nasi tomato..hak2..

gambo,aku x snap pon..xde mud since da let go hp sony sayang aku..heheh..ok la..sampai sini dulu..

p/s- kakcik..sila jeles..wuahaha


05 March 2011

Aku Macam Ayase x Kalau Guna SK II?

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, March 05, 2011 0 comments Links to this post
Salam...

Heh! rasanya ni barang wishlist aku yang pertama dalam sepanjang hidup aku berani bermimpi :'( sian kat aku kan? 

Semalam ajak hubby gi booth SK II,kekononnya nak beli yang beginner pack yang dia ngah hebat promo kat tv n tenet. Before dis aku da usha web dia,tapi banyak sangat produck wat aku rambang mata yang amat..hahaha

Kang aku bedal semua kang,mana nak cekau duet kan?.promo pon da almost RM200 da. tu lum lagik aku tengok set yang besar almost RM1000,pengsan beb! x payah la berangan jauh2,cukup berangan tahap KL je..wuahahah...

Aku suka tengok Haruka Ayase kat TV tu,even aku x kenal sngat dia pon b4 dis,tapi muka dia nmpak cam cristal clear..wow! nak lagi bila dia promo SK II,lagi wat aku teruja. [erk,dia bukan bayau pon aku puji2 dia nie..cesss]

Aku ada usha forum tentang penggunaan SK II nieh. Good and bad. Ala,semua pon ada keburukan kan? mana ada yang perfect dalam dunia ni rite? Cuma aku banyak dapat feedback yang baik2.wuahahah..

Aku x senang nak mintak2 hubby belikan itu ini,tapi bila aku mintak pendapat dia untuk SK II,dia cakap ok je..haha. Tapi aku still guna wet simpanan sendiri. Sebab hubby aku selalu cakap aku da cukup cantik dimata dia *blushing*..wuahaha..ala besa la tu klu hubby puji wifey dia kan?..lalala~ 

Ok,klu korang ada pengalaman ngn SK II,sila gtw aku ea..mna tau pas ni aku jadi macam Haruka Ayase tu pulak..lalala [berangan] 

04 March 2011

Menurunkan Berat Lagi Mudah dari Menaikkan?

Posted by rAtu saLju™ at Friday, March 04, 2011 1 comments Links to this post
Salam...

Rata2 bila aku post untuk jadi jurulatih kesihatan ramai yang teruja. Tapi pabila melibatkan modal,semua tarik muka.Ok,fine.

Aku penah alami 2,2 situasi. Nak turun dan dan naik. Ekceli aku bukanlah gemuk. Tapi bila aku tengok adik aku tertekan dengan ejekan orang disekeliling dia buat aku nampak 1 kesimpulan yang,kebanyakaan orang yang gemuk sangat tertekan. :'( sian..

Aku yang kurus ni pon orang dok cakap bukan2..tapi aku x kisah pon. So konklusi kat sini,lantak ape orang nak cakap ok. Aku x mati dek keji dan aku x hidup dek puji.

Klu korang betul2 berminat nak kuruskan badan dan tergolong dalam kategori badan yang harus di kuruskan,boleh contact aku. Semua pengorbanan memerlukan MODAL. Dan aku x penah paksa untuk mencuba kalau anda tak x sedia.

Ramai kat luar yang mudah untuk mengutuk kita pabila badan kita besar @ obes. Tapi,ramai ke yang peduli? Ada mereka kisah? Kesedihan.Kemurungan. Semuanya kita tanggung sendiri. Oleh itu jangan terlalu sayang wang ringgit tapi akhirnya kita sendiri yang makan hati. Rite?

Aku really care bukan sebab aku kemaruk duit,tapi betul2 niat aku nak tolong dan mahu rakyat Malaysia jadi lebih sihat dan bersemngat untuk teruskan hidup!.. o yea,yea..cakap da macam pakar motivasi da [tapi dulu aku jadi pakar motivasi nasihat kawan2 pon] wuahaha...

Sampai sini dulu ea..nanti aku cerita lain ok :)

03 March 2011

Rakan Blogger Masuk Agama Islam :)

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, March 03, 2011 1 comments Links to this post
Salam...

Pejam celik,pejam celik Allah masih izinkan kita bernafas di bumi ini lagi. Alhamdulillah :) 
Semenjak awal2 aku berblogging, ramai kenalan yang aku kenal. x kira apa agama,namun 1 yang buatkan ku terharu, ada 1 blogger yang aku doakan agar dia menemui jalan haq yang benar telah pon dimakbulkan Allah..Alhamdulillah :) syukur sgt2!

Dulu aku kenal dia dengan nama Zhoe Wyn..tapi sekarang kena paggil nama Safiyyah pulak.Nama persis isteri Nabi SAW.

Tapi yang paling aku terharu,antara blogger ni ada link kasih sayang wlw pon x nampak. Kami bercadang nak jumpa.Yay!..tapi lepas aku success ngn projek pelatih kesihatan aku la.Insyallah..

Yela,dia kat Brunei..aku kat Mesia ni..huhu~ perbezaan duit pon ketara sangat! Kalau korg nak support pon ok jugak..ngeee~

Ni blog dia if korang nak terjah~ Safiyyah's Blog 

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez