Daisypath Anniversary tickers

17 June 2011

Hidup Bukan Untuk Mencari Kesempurnaan

Posted by rAtu saLju™ at Friday, June 17, 2011 0 comments Links to this post
Salam...

Semenjak aku dok sibuk dengan sekolah dan biznes,aku abaikan sekejap belog ni. Tak sempat nak tulis sebab sibuk tulis Rancangan Mengajar Harian[RMH] *bajet rajin* wuahaha... Padahal RMH pun lambat anto kat GB..lalalal~ sila jadikan daku contoh yang baik eyhh :P

Tuntutan keje wat aku da makin sibuk,kadangkala sampai tak de masa dengan life peribadi sendiri. Adakalanya,bila kita dah dapat sesuatu daripada Allah,kita terpaksa korbankan sesuatu untuk 'membayarnya'. Itulah yang dinamakan pusingan dunia yang harus kita tempuhi bersama. Tak kira muda @ tua.

Oh ya,aku still xde duit lagi nak ganti hp 20sen aku ni.huhuh..bila Kak Lia[member cetgu kat skola] tegur aku sal hp, baru la aku teringat. Nak buat lagu mana,duit kn saving untuk umah sewa. Moga cerita umah sewa akan cepat la diselesaikan. Aku letih la.... =.=' penat nak pikir kan hal umah sewa yang x settle lagi. Kadang2 rasa nak pindah planet lain je la...hahah

Time2 berangan ni mula la aku nak jadik anak raja Gopal. Nak petik jari je order ape2 yang patut..wuahahah..tapi apakan daya sebab aku kena sedor diri ini hanya anak org biasa...lalala~ jadi,nak sesuatu barang harus berusaha ye..jgn malas2...heheh :P kalau malas boleh la kawen dengan pakcik Gopal..haha :D

Lagipon,kena sentiasa bersyukur,sebab hidup ini bukan lah untuk mencari kesempurnaan semata2. Ada misi besar untuk kita lebih bahagia 'disana'. Kita pon bukan lah nak menongkat langit,harta semua akan tinggal bukan tanam sekali dalam kubur!

Ok,sekian dulu. Kepada readers yg baca hasil tulisan ini,terima kasih daun padi..*padi ada daun ke?* bolehla encik2 semua membaca lagi [da jadi macam Jarjit plak aku berpantun ni] hahah :P


p/s-teringat tiba2 bila nk endingkan karangan ni,rupa2nya kat skola aku cetgu BM,tapi dalam karangan ni hancur lebur BM aku..wuahahaha..nasib ank murid x baca tulisan aku ni! :D

 

 

07 June 2011

Introducing Our Baby!

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, June 07, 2011 3 comments Links to this post
Salam...

Si Manja Ummi

Apa khabar semua? harap semuanya sihat2. Pagi update belog tapi mata kuyu amat..alahai..

Oh ya,selamat bercuti sekolah kepada semua murid,cetgu dan juga makcik kantin...ngeee...Alhamdulillah,setelah apa yang aku lalui,sokongan keluarga especially my hubby dengan pelancaran "Si Manja Ummi" 1 Jun tempoh hari buat aku bersyukur sgt.

Bukan senang nak mulakan sesuatu,tapi x pula terlalu susah sebenarnya. Cuma kita kena ada kekuatan dan sokongan orang terdekat. Cuti sekolah ni memang buat aku kurang masa sangat nak hapdet belog. Nak tengok fb sendiri pon berkira.

Aku tumpukan penuh pada pembukaan kompeni yang baru mula nak bertatih. Namun aku akan cuba sedaya upaya untuk memenuhkan permintaan pelanggan. :) Cabaran ni buat aku makin kuat dan semangat. Cuma aku harap,aku tak terlalu gila kerja nanti..hahah :P

Ok la semua,sampai sini dulu..

Discover clothing essentials for your children at Si Manja Ummi :)




  

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez