Daisypath Anniversary tickers

02 March 2012

CD20 | Bukan senang nak buat hati tabah..

Posted by rAtu saLju™ at Friday, March 02, 2012

Salam

Aku hanya insan biasa.(baca:manusia biasa). Tak banyak pon,sikit aku akan terasa dengan suasana kawan2 sekolah aku yang semakin menambah bilangan keluarga kecil mereka. Bohong la if aku ckap aku setabah gunung,if gunung pon kalau hari2 tarah pon akan tumbang akhirnya. Aku cuma berusaha untuk terus tak mengikut kata hati. Tak terlalu sedih dan tak menyeksa hati aku.

Aku juga sebenarnya mahukan seramai yang boleh dan secepat yang di izinNya. namun,kita mampu merancang,Allah jua mempunyai perancangan yg tidak kita ketahui. Aku pernah terfikir untuk men'delete' akaun FB. Aku belum bersedia untuk mendengar berita gembira orang lain. Tak,hati aku x betul2 sedia!

Bila mendengar berita gembira kawan,aku tetap ucapkan tahniah dan mengharapkan doa dari mereka agar aku juga akan merasai nikmat menjadi ibu seperti mereka. Aku bukan la sekejam itu untuk tidak mendoakan mereka,tapi hakikatnya,aku juga manusia biasa. Tetap rasa pilu dan sedih.

Sekarang ni,aku belajar untuk lebih redha dan pasrah atas semua ketentuan dari Yang Maha Esa. Bukan senang sebenarnya untuk memujuk hati menjadi tabah,namun semuanya tidak susah. Beberapa langkah aku da buat,tradisional,moden dan ubat2an aku da cuba. Aku mahu berusaha tanpa terlalu bergantung dengan pengharapan tentang ubatan.

Cukup la sekadar ini,aku semakin ok. Luahan ini sudah berkulat didalam hati,cumanya aku hanya ingin menulis agar kulat ini telah 'bersih' dari jiwa aku. Buat semua yang telah mendoakan aku,terima kasih banyak,hanya Allah sahaja yang akan memakbulkan permintaan dan doa kalian pula.

salam~

 

1 comments:

Ryehanna on March 11, 2012 6:21 PM said...

ape yg boleh dibuat selain bersabar dan berusaha kan?

Insya Allah.. aku doakan semoga cpt la ko merasa nikmat menjadi ibu... aku paham... sepupu aku yang dah setahun berkahwin pun belum preggy2 lagi (kitorang sebaya) and dia selalu ngadu ttg benda ni.. huhu.. alah even kakak aku dh 4 tahun kot belum ada rezeki lagi..

bkn kita xnk, tapi dah blm ade rezeki... xpela, bersabar k...

semoga xlama lg dpt ape yg diidam2kan

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez