Salam buat pencinta Ramadhan..
Pejam celik,pejam celik da masuk bulan barakah iaitu Ramadhan al Mubarak.Bagaimana dgn persiapan minda dan hati semua? Adakah masih ditakuk lama?
Bulan Ramadhan ini merupakan bulan dan hari pertama saya sebagai isteri kepada Mohd Hafizan Anuar. Perasaan? sgt syahdu dan lain sangat.Amal dalam status isteri @ suami ini akan digandakan berbanding semasa single dulu.
Alhamdulillah,banyak2 kesyukuran buat yang Maha Esa kerana dapat lagi berjumpa dengan Ramdhan kali ini. Doanya moga saya dan anda juga dapat tetap dalam pelukan Ramadhan sehingga Aidil fitri menjelma.Aminn..
Oh ya,sempena bulan berkah ini, jaga lah perilaku dan amal kita agar tidak menjadi pahala buat orang lain. Tinggalkan umpat keji dan mengata, malah perbanyakkanlah zikir buat basahan lidah. Hindari dosa2 organ-organ yang lain. Semoga Ramadhan ini betul-betul bermakna buat kita menyuci dosa.
Salam Ramadan al mubarak kepada semua!~
2 comments:
Wah.. salam Ramadhan buat RatuSalju dan RajaSalju ..ahaks, Ramadhan pertama bersama Suami tersayang yeak ~_^...
Semoga Ramadhan kali ini penuh rahmat dan hidayah dariNYA
Budak hutan- yer..slmt ramadhan,..moga kali ni memberi lebih berkahNya..
Post a Comment