Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

22 April 2012

Sudahkah anda mencuba petua hamil ini?

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, April 22, 2012 10 comments
Salam...

Saya sebenarnya sangat teruja untuk berkongsi petua ini dengan rakan2 TTC di luar sana.Seperti yg di khabarkan melalui entri yang lepas. Saya cuba menulis dengan seringkas nya makanan dan juga cara yang telah saya lakukan untuk mengandung.

Alhamdulillah,Allah telah memakbulkan doa selama 2 tahun penantian saya. Petua ni saya dapat dari kawan sekolah saya. Dia juga telah berjaya mengandung dengan mengamalkan cara yang sama. So,dengan izinNya,saya juga ingin mengkhabarkan kepada semua rakan TTC diluar sana :)

Petua & cara2 :~

1. Buat solat dhuha.

2. Makan delima sebiji untuk suami & anda.

3. Pegi farmasi beli Multivitamin & minerals (satu ubt tapi nama je 2) jenama Blackmores mkn sebiji sehari tanpa skip untuk anda dan suami juga.

4. Beli foot patch detox untuk buang toksin. Aku beli regenye RM68 kat farmasi.Tampal di kaki suami & anda setiap malam b4 tido.Eloknya tampal dibahagian tumit coz itu bahagian reproduktif. (saya buat selama 12 hari bagi habis 1 kotak je..heheh) ni puncanya sebab badan kita banyak toksin asbab susah nak preggy. Aku buat mmg resap hitam gila. So rasa mmg banyak toksin kot dlm badan ku.

5. Makan asid folik of kos. (saya skip2 yg ni sbb terlupa selalu,tapi skrang x skip da)

6.  Pantang minum soya,teh & kopi untuk isteri. Saya pantang 3 minuman ni lama.memang x sentuh. Soya x elok untuk suami juga,dia menurunkan kadar kesuburan,tapi lelaki kena minum kopi banyak.

7. Yang ni tambahan tapi elok amalkan,saya amalkan setiap hari susu kambing.Lagipon ini adalah makanan sunnah :)

Ok,ini sahaja. Selain dari petua ni,semuanya berlaku dengan izinNya. Elok banyak tawakal dan berdoa dengan doa Nabi Zakaria. Saya juga pernah menangis sorang2 waktu tidur dan dalam bilik air tika period. Namun,pabila kita bersangka baik dengan Allah,Allah akan permudahkan doa dan impian kita.

Saya juga telah membuat rawatan HSG dan clomid untuk 4 cycle. Tapi nyata rezeki itu hanya milik Allah yang menentukannya. Saya juga telah banyak menelan hiba sendiri tika ditanya tentang anak. Tapi saya tetap percaya Allah maha kuasa mengadakan dan meniadakan.

Saya telah melakukan banyak cara dan petua untuk hamil,tapi cara kat atas ni berkesan pada saya,mungkin akan berkesan juga pada anda dan mungkin juga tidak. Tapi jika anda terus ambil jalan pasrah dan enggan mencuba lagi la langsung tidak akan berkesan. Akhir kata dari saya...

cubalah supaya anda tidak menyesal kerana tidak mencuba awal. :)

Salam sayang dan ambil berat dari saya Ina. (^_^)V 




17 February 2012

CD6 | Menelan Yang Pahit

Posted by rAtu saLju™ at Friday, February 17, 2012 0 comments
Salam...


Semalam sebuk sket sebab pegi dengar ceramah undang2 untuk amik lesen keta. Sangat penat mendengar orang ceramah. Lately ni aku asik rasa x balance dan jalan pon rasa x berapa nak rata. Aku x tau sama ada kesan aku mengambil clomid atau pun darah rendah aku makin kritikal. 


Start semalam aku makan balik vitamin B+C. Aku x nak la nanti bila kami pergi journey honeymun semua aktiviti jadi tergendala pulak. So kenala jaga diri sendiri rite?


Sebenarnya,aku x amik port da berapa cycle aku telan clomid ni. Tapi aku cakap dengan hati aku x nak amik dah untuk next cycle. Aku bukan lah seorang pemakan ubat pil. Aku x mampu telan,lagi2 la bila menelan clomid yg pahit amat 2 biji! Tapi dengan harapan akan terjadi keajaiban kurniaan Allah. Aku teruskan makan dan berusaha.


Aku pon dalam rangka mencari pil Vitex jenama Kordel's ni,asik x jumpa je. Da macam2 farmasi aku tanya dan pergi. Rasa macam putus asa,tapi x nak sekali mengatakan putus asa! no no no. Bila aku free nanti aku akan ceritakan tentang vitex ni kepada kawan2 TTC nanti. Vitex ni untuk stabilize kan hormon untuk membantu conceive. Ntah,aku x penah pula tengok macamana rupanya. Tapi mintak2 la aku akan jumpa juga lepas ni.


Ok la,sampai sini dulu. Panjang umur,jumpa lagi.Insyallah :)
salam 

04 March 2011

Menurunkan Berat Lagi Mudah dari Menaikkan?

Posted by rAtu saLju™ at Friday, March 04, 2011 1 comments
Salam...

Rata2 bila aku post untuk jadi jurulatih kesihatan ramai yang teruja. Tapi pabila melibatkan modal,semua tarik muka.Ok,fine.

Aku penah alami 2,2 situasi. Nak turun dan dan naik. Ekceli aku bukanlah gemuk. Tapi bila aku tengok adik aku tertekan dengan ejekan orang disekeliling dia buat aku nampak 1 kesimpulan yang,kebanyakaan orang yang gemuk sangat tertekan. :'( sian..

Aku yang kurus ni pon orang dok cakap bukan2..tapi aku x kisah pon. So konklusi kat sini,lantak ape orang nak cakap ok. Aku x mati dek keji dan aku x hidup dek puji.

Klu korang betul2 berminat nak kuruskan badan dan tergolong dalam kategori badan yang harus di kuruskan,boleh contact aku. Semua pengorbanan memerlukan MODAL. Dan aku x penah paksa untuk mencuba kalau anda tak x sedia.

Ramai kat luar yang mudah untuk mengutuk kita pabila badan kita besar @ obes. Tapi,ramai ke yang peduli? Ada mereka kisah? Kesedihan.Kemurungan. Semuanya kita tanggung sendiri. Oleh itu jangan terlalu sayang wang ringgit tapi akhirnya kita sendiri yang makan hati. Rite?

Aku really care bukan sebab aku kemaruk duit,tapi betul2 niat aku nak tolong dan mahu rakyat Malaysia jadi lebih sihat dan bersemngat untuk teruskan hidup!.. o yea,yea..cakap da macam pakar motivasi da [tapi dulu aku jadi pakar motivasi nasihat kawan2 pon] wuahaha...

Sampai sini dulu ea..nanti aku cerita lain ok :)

09 February 2011

Batuk, Asid Folik dan Evening Primrose Oil

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, February 09, 2011 0 comments
Salam...

Aku rangkumkan 3 benda sekali untuk aku cerita kat sini. Almost 2 minggu da aku asik batuk,dan batuk tu kering,means tekak kering n x banyak kahak. Setakat ni aku memang x mo amik sebarang ubat. Just cure dengan minum air suam banyak2 [kdg2 minum ais gak..*degil*]. Hopefully batuk ni akan sehat pas ni...Sakit sampai perut tiap kali batuk..huhu T_T
Ok,sebut sal asid folik ni plak,aku da lama makan since taun lepas lagik. Nak cuba conceive to prgnant,insyaAllah. So far ok la efek dia pada aku,yang ketara sangat aku makin kuat makan dan cepat lapar. Itu x jadi masalah sementelah aku memang nak cuba gain weight aku. 

Cuma yang aku x tahan bila air urine semakin berbau ubat. Tu yang paling aku x suka sal ubat2an ni.Tu sebab aku la manusia yang paling x suka makan ubat dalam dunia ni...hahaha :p

Evening Primrose Oil atau EPO ni 1 suplemen yang baru aku tau kewujudan dia [nmpak sangat aku ni rajin membaca sal kesihatan..kan.]..hahaha...aku tau dari kak ipaq aku. Memula aku x kisah sangat sbb k.ipaq gtw tu untuk stabilkan hormon bagi wanita. Almost sebulan pas tu aku gi klinik LPPKN nak tambah ilmu sal conceive ni, then secara x sengaja aku tanya sal EPO nieh. 

[ni la EPO, gila besar la,tapi nak sihat..telan je la]
*pic ehsan Google*

Dia gtw EPO ni suplemen yang bagus untuk ppuan amalkan esp untuk kecantikan,sakit time pms, menopous dan yang paling penting AWET MUDA... Huh! dengor je sal kecantikan balik tu aku terus Google..hak3...Banyak jugak la input yang aku dapat sal EPO ni.

Antara kebaikan EPO yang di amik dlm artikel tenet:

1. Premenstrual Syndrome (PMS) - kandungan dalam EPO mampu hilangkan bengkak pada bahagian abdomen dan rasa tak selesa pada breast.. serious okay..!! lepas tu, EPO jugak kurangkan rasa tak best waktu period dan tekanan, moody ke mood swing semua lah.. kira kesimpulannya, control hormon kita..

2. Untuk masalah kulit, eczema dll -Amalan EPO dan Fish Oils but kena ikut arahan doktor untuk rawatan eczema psoriasis (sejenis sakit kulit, mmm cam ner nak explain eh.. dia tompok2.. merah2.. mm bukan kurap..)..

3. Cholesterol dan juga Blood Pressure – EPO membantu mengurangkan kandungan kolestrol dan tekanan darah kita tapi bukan sekadar amik sehari dua je... kena amalkan hari2, minggu2, bulan2, tahun2..

4. Rheumatoid Arthritis – sufferers have discontinued use of non-steroidal anti-inflammatory drugs after supplementation, but it is more effective when taken in conjunction with fish oils.
 
5. Alcoholism – may make withdrawal easier, and reduce post-drinking depression.
 
6. Immune System – low levels of essential fatty acids may stop the action of interferon, and body’s natural virus killer.
 
 Ok,anak2 dara di luar sana..dapatkan EPO sekarang!..aku baru je beli semalam..heheeh

 

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez