Daisypath Anniversary tickers

03 July 2011

Kepompong Bizi Semakin Menjerut

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, July 03, 2011 0 comments
Salam...

Penat. Perkataan yg aku nak jeritkan kat semua. Tiap2 hari aku kena sibukkan diri. Sampai rehat pon x dan. Ni baru aku taip belog aku. Kalau dak,berhabuk je la kau!

Semalam ada larian,aku? lari kat dewan sambil bace buku program...hahaha. Aku bertugas kat bahagian makan. So,x kose nyah nk gi lari2..aku x larat sgt..

Bila life da sgt hectic aku pon malas nk taip. Kerja rumah pun aku buat skit2. Yg len2 aku tunggu hujung minggu..huahuahua..ingt x penat ke? banyak hal yg kena settle. Minggu depan ada LADAP,tapi yg pasti aku x join kot sbb aku cikgu ganti je. So almaklum lah kedudukan aku.

Sebut sal biznes aku plak,Alhamdulillah da semakin menambah order.Aku doakan semoga terus sukses da semakin meningkat permintaan. Bila aku da full berhenti nanti aku perlukan duit sampingan untuk membantu hubby tersayang.Nanti nak tampung life kami plak selepas duduk asing dari mak mentua. :)

Dalam life yg semuanya duit mcm ni mmg sangat2 hectic,tapi aku tetap nak positif. Minggu depan aku plan untuk balik ke Penang. Harap smuanya dipermudahkan,aminn..

Sampai sini dulu la,aku da blank sketika.. :(

17 June 2011

Hidup Bukan Untuk Mencari Kesempurnaan

Posted by rAtu saLju™ at Friday, June 17, 2011 0 comments
Salam...

Semenjak aku dok sibuk dengan sekolah dan biznes,aku abaikan sekejap belog ni. Tak sempat nak tulis sebab sibuk tulis Rancangan Mengajar Harian[RMH] *bajet rajin* wuahaha... Padahal RMH pun lambat anto kat GB..lalalal~ sila jadikan daku contoh yang baik eyhh :P

Tuntutan keje wat aku da makin sibuk,kadangkala sampai tak de masa dengan life peribadi sendiri. Adakalanya,bila kita dah dapat sesuatu daripada Allah,kita terpaksa korbankan sesuatu untuk 'membayarnya'. Itulah yang dinamakan pusingan dunia yang harus kita tempuhi bersama. Tak kira muda @ tua.

Oh ya,aku still xde duit lagi nak ganti hp 20sen aku ni.huhuh..bila Kak Lia[member cetgu kat skola] tegur aku sal hp, baru la aku teringat. Nak buat lagu mana,duit kn saving untuk umah sewa. Moga cerita umah sewa akan cepat la diselesaikan. Aku letih la.... =.=' penat nak pikir kan hal umah sewa yang x settle lagi. Kadang2 rasa nak pindah planet lain je la...hahah

Time2 berangan ni mula la aku nak jadik anak raja Gopal. Nak petik jari je order ape2 yang patut..wuahahah..tapi apakan daya sebab aku kena sedor diri ini hanya anak org biasa...lalala~ jadi,nak sesuatu barang harus berusaha ye..jgn malas2...heheh :P kalau malas boleh la kawen dengan pakcik Gopal..haha :D

Lagipon,kena sentiasa bersyukur,sebab hidup ini bukan lah untuk mencari kesempurnaan semata2. Ada misi besar untuk kita lebih bahagia 'disana'. Kita pon bukan lah nak menongkat langit,harta semua akan tinggal bukan tanam sekali dalam kubur!

Ok,sekian dulu. Kepada readers yg baca hasil tulisan ini,terima kasih daun padi..*padi ada daun ke?* bolehla encik2 semua membaca lagi [da jadi macam Jarjit plak aku berpantun ni] hahah :P


p/s-teringat tiba2 bila nk endingkan karangan ni,rupa2nya kat skola aku cetgu BM,tapi dalam karangan ni hancur lebur BM aku..wuahahaha..nasib ank murid x baca tulisan aku ni! :D

 

 

07 June 2011

Introducing Our Baby!

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, June 07, 2011 3 comments
Salam...

Si Manja Ummi

Apa khabar semua? harap semuanya sihat2. Pagi update belog tapi mata kuyu amat..alahai..

Oh ya,selamat bercuti sekolah kepada semua murid,cetgu dan juga makcik kantin...ngeee...Alhamdulillah,setelah apa yang aku lalui,sokongan keluarga especially my hubby dengan pelancaran "Si Manja Ummi" 1 Jun tempoh hari buat aku bersyukur sgt.

Bukan senang nak mulakan sesuatu,tapi x pula terlalu susah sebenarnya. Cuma kita kena ada kekuatan dan sokongan orang terdekat. Cuti sekolah ni memang buat aku kurang masa sangat nak hapdet belog. Nak tengok fb sendiri pon berkira.

Aku tumpukan penuh pada pembukaan kompeni yang baru mula nak bertatih. Namun aku akan cuba sedaya upaya untuk memenuhkan permintaan pelanggan. :) Cabaran ni buat aku makin kuat dan semangat. Cuma aku harap,aku tak terlalu gila kerja nanti..hahah :P

Ok la semua,sampai sini dulu..

Discover clothing essentials for your children at Si Manja Ummi :)




  

25 May 2011

Penunggu Cuti Sekolah..

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, May 25, 2011 3 comments
Salam...

Hurm...tinggal almost 2 hari je lagi untuk cuti sekolah. Aku amat eksaited untuk bercuti. Even aku hanyalah cikgu ganti tapi perasaan teruja tu harus ada...hahaha 

Aku plan nak balik Penang akhir cuti sekolah nanti. Saja nak jenguk umi dan ayah. Lagi pun aku nak bincang apa yang aku leh bantu untuk majlis kawin abang aku nanti.

Sekarang ni kat sekolah amat penat dan banyak keje. Budak2 da start exam da sekarang ni aku in da mud tanda kertas exam. Siapkan semua kerja yang x selesai lagi sebelum cuti nanti bermula. Takut nanti kerja bertangguh susah pulak. :(

Esok nak puasa ganti...teruk betul aku sampai lambat sangat nak qada' kan.Aisey...kebelakangan ni aku asik x larat. Tapi bila kenangkan banyak keje kat sekolah yang aku buat sampai lupa makan,aku rasa aku boleh tahan diri untuk puasa esok.Insyallah,aminn.

Rumah sewa belum dapat lagi. Tapi masih berusaha. Aku pon x mo stress sangat sekarang ni. mahu enjoy kehidupan. Bila da balik rumah dari sekola,penat dan x lalu nak jalan. Jimat sket duet..ngeeee :)

Okla,sampai sini dulu...Esok2 tulis lagi kalo aku panjang umo... 

14 May 2011

Aku Sang Guru Ganti

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, May 14, 2011 3 comments
Salam...

Aku adalah guru ganti menggantikan guru yang bersalin jadi aku sekarang ini adalah peganti tegar. Erk...nak berapa banyak perkataan ganti daaaa...
Alhamdulillah,setelah hampir 2 bulan aku jadi penganggur terhormat lagi amat berjaya di alam maya ini,aku dengan suka cita nya telah menjawat jawatan guru ganti sementara sehingga bulan 8.

Alhamdulillah jugak la,ada la aku duit poket even x banyak cam korang sume...(T___T) sob3..tapi syukur la. Leh enjoy IKEA [sedar la ina,duit kamu ciput~~ dush!dush!]..oke,aku akan berhenti berangan buat seketika..

Ekceli aku ngah kumpul wet poket dari hubby untuk membeli henpon baru. [berangan lagi,x sedar diri!]. Henpon aku yang lama tu da uzur sangat da. Da patut sangat aku replace kan? hahaha

Aku mengajar kelas khas bagi cacat pendengaran. So selain cakap guna mulut aku akan wat bahasa isyarat. Dengan amat gigih aku belajar bahasa isyarat. Klu aku x tau aku cakap je ngan sesetengah murid yang paham dan boleh bercakap,then diorang yang akan ajar aku balik....ngeh3..best bukan?

Tengah fokus untuk fikirkan rumah sewa yang masih x settle2 lagi. Alahai...penat amat. Selain tu gak aku juga adalah wedding planner untuk majlis abang aku nanti. Bukan semua hati aku dapat puaskan,so aku pon amik jalan tengah dan x nak la kusutkan otak aku kerana orang lain. So,mana aku termampu aku akan buat untuk majlis mu ye bro. 

Oh ya,Isnin ni hari guru. 'SELAMAT HARI GURU' buat semua guru di Malaysia especially CIK NEON GEBU! Aku masuk acara sukaneka untuk menjaringkan bola. Padahal dulu tyme sekola aku bukan men netball pon,aku main handball...hahah..mati la klu x dapat nak masukkan bola dalam jaring...lalalal~ team geng semua,jangan marah ambo oke! :D

Sorry juga belog ni di anak angkat kan,coz aku xde nafsu nak tengok tenet kebelakangan ni. Penat ngan skola. FB pon aku x usik,post status pon ngn twitter je..aceh! [macam la update sgt puan ina ni!] hahaha

Sampai sini dulu la..nak gi main masak2 kat dapur..daaaa~



07 May 2011

Teman Hubby Outstation is Awesome!..

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, May 07, 2011 1 comments
Salam...

Penat balik dari Kuantan still tak reda lagi. Namun,aku tetap nak taip kat belog ni cos da lama benar aku x sentuh. Wuahahha...
Masuk ni da 2x aku teman hubby ke Kuantan sementelah aku still lagi x keje kan? Penat memang amat,namun best juga. Rata2 yang aku tengok orang2 kat Kuantan bawak kereta amat laju sangat. Hadoii..Penang pon x macam tu. And lagi 1 yang buat aku tersedak even aku x minum apa2 kala ni,harga makanan di Kuantan amat jauh mahal berbanding di Penang.lalalal~ [orang Kuantan jangan marah ea]

Tak dan nak jalan mana2 pon cos hubby x larat sangat.Just gi tepi pantai and duk dalam keta dating. Owwhhhh...masih terasa lagi angin bayu pantai sambil makan twisties...lalala~

Buat masa sekarang aku tak nak berapa aktif berjalan laju dan angkat barang bagai. Tempoh berjaga2 dengan 1 kemungkinan.  Bukan terlalu berharap,namun harapan itu tetap ada. :) 
Oh ya,sabtu lepas aku gi Pesta Buku @ PWTC. Aku gi ngan hubby n adik ipaq. Aku x borong buku sangat cam zaman anak dara dulu..ahaks..banyak aku pilih2 majalah je. Lagipon tak nak lavish sgt. Kena hati2 nak berbelanja,coz nak pindah umah sewa ni nak pakai banyak duit..huhuh (=_=')

Rumah sewa still x dapat lagi dan aku harap kami akan dapat before bulan 6 nanti. Kalau nak dekat2 puasa nanti takut x cukup wet nak raya nanti...huhuhu (T___T). Semuanya perlukan duit...alahai..
Ok la,sampai sini dulu ea..nak rehat dlu.ponat den..



 

27 April 2011

Checklist Untuk Mati

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, April 27, 2011 0 comments
Salam...

Kita selalu buat checklist rite? Ada checklist 4 new mommy, barang baby, masuk umah baru la n laen2. tapi pernah x orang buat checklist untuk kematian? takut nanti dikatanya buang tebiat kan! hehe

Pengalaman bertemu seorang ustaz yang kaya dengan pengalaman perubatan Islam membuatkan aku terpanggil untuk tulis2 sal checklist ni.
Zaman sekarang ni ramai sangat yang suka sibuk2 nak jaga tepi seluar dalam orang. Opsss..! tapi x sedar yang seluar sendiri dah lama terkoyak. Hakikatnya,kita kena muhasabah diri sendiri terlebih dahulu sebelum sibuk sangat nak tahu hal orang.

Pernah x seumur hidup kita untuk tulis dalam kertas kosong apa yang kita telah lakukan pada hari ni? [rasa2 macam x pernah kan?]. Berapa banyak maksiat dan kesalahan telah kita lakukan tanpa sedar. Bila kita tulis diari,lazimnya kita akan tulis benda yang baik2 dan menarik minat kita sahaja. Tapi yang cacatnya kenapa x nampak?

Banyak benda yang kita harus perhatikan semula. Tentang kehidupan kita,apa yang telah kita berikan kepada orang yang kita sayang, apa yang telah kita buat untuk membanggakan diri sendiri dan yang paling penting apa yang kita telah lakukan untuk KEREDHAAN Allah..
Fikir2kan dan selamat beramal.. :)
 harap kita dapat buat sesuatu yang menggembirakan semua pihak dan diri sendiri. cyaiyok3

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez