Daisypath Anniversary tickers

24 February 2011

Usia ku Sudah Suku Abad..Tua kah?

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, February 24, 2011 4 comments
Salam..

Selamat ulang tahun kelahiran Nur Amalina..wah2..kali ni baru aku review nama penuh aku kat semua org kan?.  *kedekut*..wuahaha..
[gambar oleh En G]


Melangkah ke suku abad da life aku dan juga sebagai isteri kepada Mohd Hafizan genap setahun. Aku nak tukar template blog aku ni,rasa mcm semak je *xde kaitan*.PANGG!
Sambil dgr lagu Maher Zain ni wat aku touching plak da.Ok la,aku sebenarnya nak cerita sal impian aku sementelah aku da menapak ke 25thn.*nape baru sekarg?* ntah la,aku xde jwpan untuk itu.Aku akan tempek kat atas tu wishlist aku nanti.wuahahah *gelak jahat*

Aku berdoa semoga ada sinar yang lebih baik untuk life aku slpas ni.Dapat mencapai impian aku nak jalan2 ke negara laen,jadi isteri,anak,menantu dan kakak yang TERBAIK,dan lebih semngat untuk menghadapi hidup! chaiyok3.

Last but not least,semoga aku dapat buat bisnes slimming dan menguruskan badan dgn jayanya. yea! kalo sesape yg nak slim tu gtw aku la ea,leh aku bantu. ;)

23 February 2011

Daku Dapat Hadiah Dari Celcom! woww!

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, February 23, 2011 6 comments
Salam...

Erm,macam x percaya pulak dapat sumting dari Celcom even aku ni x selalu masuk contest. Selalu penyakit rajin teramat datang pada aku kala2 contest melanda. =P

[pic oleh en. G]

Semua orang penah tengok trailer filem Merong Mahawangsa x? Sbb aku dapat 2 tiket tayangan filem tu. Da la baru je dengar tajuk tu,trailer pun hapah aku x tengok lagi..hehe *amat bagus aku ini* PANGGG! [bagi sedar sikit]

Aku ingat nak bagi kat orang je tiket tu. Boleh wat charity sikit kan? =p sebab aku pon tak plan nak tengok wayang.hehehe..

So korang,any idea aku nak wat ape ngan tiket ni?

21 February 2011

Hot! Di tangkap Beberapa Jam Sebelum Akad Nikah

Posted by rAtu saLju™ at Monday, February 21, 2011 0 comments
Salam...

Tergamam seketika pabila bakal pengantin lelaki ditangkap beberapa jam sebelum akad nikah dijalankan! Di tangkap kerana kesalahan menagih dadah jenis methamphetamine pada 13 Feb yang lalu.

Haish..kesian pengantin perempuan,namun khabarnya telah di ikat jamin oleh ahli keluarga pengantin lelaki itu dengan bayaran RM2500 untuk membolehkan dia melaksanakan majlis perkahwinannya.

Ye la kan,kalau da kena tangkap majlis mesti diteruskan namun kalau tanpa pengantin lelaki,macamana pulak kan? 
Kes tertuduh akan dibicarakan pada 9 Mac ini dan sabit kesalahan boleh dihukum denda RM5000 atau 2 tahun penjara atau kedua2nya sekali.

Wahai semua,jauhilah najis dadah ye! Jangan jadi seperti ini.
p/s - da jadi reporter da cet ratu ni ye..sumber sini

20 February 2011

Tip & Tricks : Letak Favicon Di Blog

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, February 20, 2011 3 comments
Salam...

Ekceli nak wat tutorial sal favicon ni da lama..erm..sila usha anak ayam cumel taburkan cinta disebelah link ku untuk mengetahui apekah itu favicon.. *ngade* =p


 so,nanti kita ada lambang keunggulan sendiri kan? cara mudah saja..

1. pegi ke Design - Edit HTML 
2. make sure tekan expand widget dulu ea.cari </head> dgn menekan ctrl+f.
3. paste kan link ni diatas </head> :
<link href='favicon url' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/><link href='favicon url' rel='icon' type='image/x-icon'/>
4. tukarkan favicon url tu ke image yg korang suka.then klik save template. DONE! 
Wokeyh,bawah ni ade beberapa gambar cute ngade untuk korang jadikan favicon.Sila la mencuba :)
Photobucket         http://i293.photobucket.com/albums/mm70/ratusalju3/Cherry.gif
Photobucket         http://i293.photobucket.com/albums/mm70/ratusalju3/Sushi.gif
Photobucket         http://i293.photobucket.com/albums/mm70/ratusalju3/Stars.gif
panda       http://i293.photobucket.com/albums/mm70/ratusalju3/Panda.gif
kipas      http://i293.photobucket.com/albums/mm70/ratusalju3/senpuki04.gif 

oh ya,klu korang ada pic sendiri boleh la amik yang direct link ye..di ulang direct link..nanti kang x jadi pulak.dan gambar kena kecik berukuran pasport,kalau x dia x support.

da cuba, boleh komen yer. :) 

19 February 2011

Jangan Di Ucap Selamat Tinggal...

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, February 19, 2011 3 comments
Salam...
Pagi ni bangun dengan agak bersemangat untuk tulis blog..hahaha =p
Anak murid da mula bertanya sal perpindahan aku ke s'ngor. Tapi dia ingt aku akn ke s'wak..hehe, jauhnye lari sebutan tu.

Kalau tanya hati aku,siyes aku x mau pindah. Bukan aku x penah duduk s'ngor pun,aku dibesarkan di s'ngor dan banyak kenangan aku disitu. Tapi aku rasa s'ngor not a right place untuk besarkan anak. Ni pendapat aku la. Situasi aku dibesarkan juga banyak yg x 'indah'. 

Aku penah jln2 di blog lain yg pendapatnya sama ngn aku. Dengan keadaan yg org sama2 x percaya antara 1 sama laen dan komuniti yang 'hal engkau hal engkau,hal aku hal aku' menguatkan lagi persepsi aku. 1 kelebihan s'ngor ni dia hampir ngn KL dan kemudahan agak senang,tapi moral kehidupan manusia tak seramah kg di Penang..=p
Aku bukan anti s'ngor. Namun 'perpindahan' ke2 terbesar dlm sejarah hidup aku ni buat aku amat2 x sedia. Plus nti aku tanam anggur..hahah..x tau sampai bulan berapa. Hope sekejap je la. Boring tahap gaban la if dduk x wat ape. [tapi snarnya best..hahah] 

Wlw Penang bukan la tempat aku lahir, tapi best gile duk Penang. x caya cube korg pindah n dduk Penang =p heheh

18 February 2011

Sedih

Posted by rAtu saLju™ at Friday, February 18, 2011 2 comments
Salam...

Sedih sangat sekarang ni T____T..
bila cinta kini, x lagi bermakna..yang ku rasa kini hanya la nestapa

aku x taw nak cite ngan sape..sampai aku rasa nak quit je ngan life skang ni..
wut should i do?
T____T 

 

15 February 2011

Bulan Baru, Azam Baru dan Kitaran Baru..

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, February 15, 2011 2 comments
Salam...
Bulan Januari telah melabuhkan tirainya hampir setengah bulan. Kini hadir dihadapan aku bulan baru dalam Februari. Kitaran baru untuk berusaha agar didalam perut kecil ini ada sesuatu.Insyallah..

Lately ni aku slu jln2 web yg 'senasib' dengan aku. Jenguk dan baca info sal fertile,conceive dan pregnancy. So far aku x de la 100% mahir tapi da makin paham. Alhamdulillah.

Aku akui,ada yang mudah pregnant namun ada juga yang susah. Belum lagi ada rezeki,macam hubby aku gitaw pada ku tiap kali aku nangis sal ni 'Allah yang bagi rezeki,mana boleh kita paksa Allah untuk bagi rezeki kalau Dia x mahu bagi'. =)


Bukan mudah nak terima kenyataan if kita ada masalah kesuburan,malah bukan senang juga rezeki yang dinanti ni lambat Allah kurniakan. Aku pujuk hati agar segala2nya Allah permudahkan. Mungkin faktor berjauhan hampir setahun dengan hubby aku buat lambat rezeki tu hadir.Aku pasrah.

Dengan azam baru aku kali ni,aku amalkan asid folic dan EPO [aku da amik lama untuk asid folic]. Kitaran kali ni doanya aku akan dapat mengandung. Aku juga da cuba pelbagai cara,namun kali ni aku pasrah dan mahu 'ia' terjadi secara normal...

ok,sampai disini dahulu.

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez