Daisypath Anniversary tickers

15 October 2008

- 9 Wanita Penggegar Dunia -

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, October 15, 2008
bismillahirrahmanirrahim...

....Assalamualaikum wbkth...
Sy tersntuh nk p0st sal wanita..bukan sbb smata sy wanita..tpi sy nk anda juga di luar sna,sma2 ambik iktibar 'Siti' mne yg anda nk plih...heheheh..h0pefully n0t ct nur haliza or ct sarah..ekekek:snow29:

1)SITI KHADIJAH
Merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak-anak baginda.
Setia dan begitu kuat menyokong Rasulullah saw walaupun ditentang
hebat olah orang-orang kafir dan musyrik,serta sanggup menghantar
makanan kepada baginda ketika beribadat di Gua Hira'.

2)SITI FATIMAH
Puteri Rasulullah saw yang amat tinggi budi pekertinya.Sangat kasih
dan setia kepada suaminya,Saidina Ali Karamallahu wajhah.Walaupun
Ali miskin sehingga tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang
berbantalkan lengan Ali,namun Siti Fatimah tidak pernah merungut.
Rasulullah pernah berkata ,"Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah
sehingga Ali memaafkan kamu."

3)SITI AISYAH
Adalah isteri Rasulullah saw yang paling romantik.Sanggup berkongsikan
bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah.Dimana saja baginda minum,
disitulah Siti Aisyah akan minum dengan menggunakan bekas yang sama.

4)SITI HAJAR
Isteri Nabi Ibrahim a.s yang amat patuh kepada suami dan suruhan Allah SWT.
Sanggup ditinggalkan suami atas suruhan Allah SWT demi kebaikan.Berjuang
mencari air untuk anaknya Nabi Ismail(pengorbanan ibu mithali)

5)SITI MARIAM
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah SWT untuk
mengandungkan Nabi Isa,meskipun begitu kuat tohmahan dan fitnah yang diterimanya.

6)SITI ASIAH
Isteri Firaun yang begitu tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang
dihadapinya daripada Firaun laknatullah.

7)SITI AMINAH
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah saw.Mendidik baginda
menjadi insan mulia dan tidak pernah gentar dengan ujian.

8)SITI MUTI'AH
Beliau adalah lambang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah
SWT syurga untuknya kerana sifat setianya kepada suami yang sanggup
menjaga makan minum.Setiap hari dia menyediakan tongkat untuk dipukul
suami jika layananya tidak memuaskan.Berhias dengan cantik dan kemas
hanya untuk tatapan suami sahaja.

9)SITI ZUBAIDAH
Wanita kaya lagi dermawan menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi
kegunaan orang ramai dengan niat hanya kerana Allah SWT.

Sekadar nk k0ngsi ngn u guys...amacm?..ade rse terdetik mne2 yg nk jadikan c0ntoh? Alhamdulillah...snarnya inilah wanita yg perlu di contohi dn di 'idol' kan...sem0ga di syurga kelak kita menjdi jiran wanita2 mujahadah di ats...insyallah...



3 comments:

atap_aje on October 16, 2008 11:09 AM said...

Semoga siti nurhaliza pun allah bagi hidayat dan peluang untuk menjadi seperti mereka juga... amin..

yashygsempoi on October 16, 2008 11:31 AM said...

huhuhuhu~
nak sume jadik idola... T_T
dapat ke aku menjadik jiran wanita2 mulia di sebuta kan?? insyaAllah..

Anonymous said...

nk tnye, siti muti'ah sp ek? sory la eden br nk bljor hik3 lalala5

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez