Daisypath Anniversary tickers

31 December 2013

Tiket flight murah weh dengan Expedia.com.my!

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, December 31, 2013 2 comments
Assalam..

Ha..dah lama x taip entri sekali terus buat review pasal penerbangan dan melancong ni ape kes?

Actually ni untuk plan tahun depan. My BF si Ain tu ada isytiharkan 2014 tahun melancong even barang semua naik.hahaha..Aku pun cam tu gak cuma tak declare kat dia,hahaha. Nak jalan gak 2014. Serabut sikit tahun 2013 ni. Since da start meniaga balik ada la ongkos simpan2 untuk berjalan.

Niat nak bawak family,family belah i dan family belah in law skali. Phewww...banyak ko punya duit! miahaha. Aku tukang plan je. Bajet tu tong2 sama2 la. Aci?

Alkisahnya,aku bukan tau menahu tentang Expedia.com.my ni. Memula abang aku tanya pasal nak booking flight utk ke Langkawi. So,aku compare la 2-3 syarikat penerbangan tambang murah seperti Air Asia,Malindo dan Firefly. Tapi,kesemua 3 syarikat tu agak mahal even da cakap promo bagai. Pastu aku serach macam2 keyword,penat la ko pakcik Google kan. Sekali terjumpa Skyscanner. Owh..macam best! Then bila main masukkan booking dia directkan ke Expedia ni. OWH..lagi BEST! <---sila ala2="" iklan="" lagu="" myvi="" nyanyi="" sila--="">



ni ler webnye..pi la compare ye.kalu mahal jgn carik i :P


Then bila made booking thru Expedia.com.my memang super ohsem murah! Aku ada keraguan,takut scam ke ape ke kan,so aku search dan buat kajian. Rupanya dia partner dgn Air Asia dan MAS. Okeh,sedikit keraguan dah dinyahkan! Tapi still ragu lagi kan. Then aku google org yg penah beli thru Expedia,memang jarang2. Rupanya belum femes lagi makcik Expedia ni. Tapi yg beli memang puas hati la.

Dia ada beberapa pilihan,ko nak lenggang kangkung atau include bagasi 20kg. Tapi harga still tak jauh beza sangat. Memang murah sikit la compare dgn Air Asia bila aku buat compare. Kalau nak beli tiket flight ni,ko kena buat booking sampai final. Maksudnya sampai ko kena masukkan nama detail semua. Masa tu akan keluar harga sebenar. Harga awal adalah tipu semata-mata. Hahaha..

Okeh,tu je. Aku nak korek tabung kot2 tahun depan boleh pi Sabah. Bajet nak pi honeymoon lagik. Hahaha..ok tengs bai! 

psst:-Oh ya,kalau anda ada pengalaman booking melalui makcik Expedia ni sila habaq dekat ceq naa.. ^___^

13 December 2013

Salam Jumaat yg penuh berkah!

Posted by rAtu saLju™ at Friday, December 13, 2013 2 comments
Assalam..

Eh,lama sungguh x hapdate belog. Seriously sgt busy dengan biz dan kehidupan sebagai ummi. Lepas ni memang banyak sgt nak soksek2,banyak idea dalam kepala,tapi nak terjemahkan tu yg asyik tersangkut2 sebab banyak hal.

Ingat nak tukar template juga. Haish..banyaknye kerja nak buat. nak update resepi lagi. Choiii... penat!

Oh ya,Zakeer dah nak masuk setahun,Alhamdulillah. :D ingat baru nak belajar tentang homemade solid food utk bagi pada dia. Sengaja memang bagi makan lambat pada dia. Selain faktor dia x mintak makan,nak badan dia lebih sihat dan bonding antara mak-anak tu rapat. 

Till then,nanti aku hapdate lain. Ada kerja lain nak buat.Daaa~

 


06 June 2013

Perjalanan Agung...

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, June 06, 2013 0 comments
Assalam semua!



Bagaimana anda semua hari ini? Semoga dengan hadirnya mentari pagi ini kita terus merafak ucapan indah Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas didunia ini tanpa musibah.

Salam isra' mikraj buat semua. Tarikh ini juga merupakan tanda Rejab 1434 hijrah bakal berakhir dan digantikan dengan Sya'ban. Semakin hari semakin dekat dengan kematian,namun kita masih tetap mengejar bayang dunia yang menipu.

Hari ini juga adalah ingatan hari dimana junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Allah SWT untuk perintah solat. Alhamdulillah kita ada solat untuk menghubungkan diri kita dengan Allah SWT. Namun kita masih culas dan malas bertemu dengan Allah. Entah mengapa... 

Perjalanan agung ini perlu kita ambil iktibar dan dihayati sebagai perjalanan kita juga dalam mencari redha Ilahi. Perjalanan mencari tuhan yang Esa,Allah SWT. 

Kembalilah...

 kepada sang pencipta jika pernah terpesong sebelum ini,

pulanglah...

jika termasuk laluan yg salah,

Allah tak pernah jauh sebagaimana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Kerna,kasih sayang Allah melebihi 70 kali sayangnya seorang ibu kepada anaknya.

SALAM ISRA' MIKRAJ buat semua.. :)

05 June 2013

Yeah! Belog Update :P

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, June 05, 2013 2 comments
Assalam!

Hai u olls.. Bukan takat bersawang dan berhabuk,tapi segala mc parasit dah duduk dlm belog ni.. -_-" alahai..

Sibuk since ada anak dengan biz lagi, tak tercekau masa nak menaip even hati banyak taman nak menulis. eceh!

Zakeer dah menjangkau 5 bulan..lagi beberapa hari masuk 6 bulan! Ya Allah,anak ummi dah makin besar! Gigi pun da ada 2 batang..hohoho..cepat membesar dengan susu ibu sejati. :P setiap masa adalah masa berkasih sayang dengan Zakeer. Tak puas rasanya tengok dia mebesar depan mata,terasa masa cepat nooo la tinggalkan umi nak bagi Zakeer cepat2 tua..uwaaaa~~~

i miss this moment!

a lot.

seriously.

Rasa nak peluk dia kuat2 supaya duduk je bawak ketiak umi ni ha. Tok sah dah pegi mana. Rindu masa dia banyak tido dulu..hahahah (kejam seh!)..sebab skrang dia da start main. Kurang tido n nak orang melayan,kadang2 nak masaka pun terpaksa dukung sekali kacau lauk..adehh.. -_-"

Baju pon sekarang dah kena beli lagi. Dah makin besar kan,tapi kena tunggu la nak dekat raya nanti. (tapi ekceli baju raya da beli!) OMG..hahahah..cepat benor belinya..malas nak bersesak2 dengan orang.

Nanti dah masuk 6 bulan,umi nak buat album kompilasi la (mcm album lagu pulak!). Tumbesaran Zakeer since 0m-6m..Sayu nya hati. Zakeer dah pandai meniarap dan guling2. Belajar dan mencuba menyusur pulak. Tapi mulut dah riuh bersembang...lalalala~

Oh ya,sory la. Seronok cakap pasal anak kan? Esok2 pulak la i story pasal diri sendri. Ekceli lots of story nak cerita. Macam nak pecah hati n otak ni..(ayat x ley blah)..

But,x leh la nak story semua kat sini kan? Till then,stop dulu kat sini.


my luv,heart & soul

sayang semua..

Assalam :)

 

21 February 2013

Jangan pernah berhenti menjadi orang BAIK!

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, February 21, 2013 0 comments
Salam...

Kenapa? dah penat menjadi orang baik? susah sangat ke menjadi baik? apa,ingat jadi jahat tu senang? jadi jahat tu hati tenang? jadi jahat tu orang redha dan suka? ha...boleh jawab?

Aku penat dengan orang yang macam lalang ni! Senang mengalah dengan DUNIA,ingat best ke jadi jahat? best tinggal solat? best la tueh..ko cuba fikir sampai bila...

nak hidup tanpa pedoman,

tanpa kasih sayang,

tanpa orang ?

Kembalilah ke pangkal jalan,kalau mati nanti dalam keadaan jahat x ke naya? macamana ko nak tebus taubat? boleh ke ko harap anak,cucu cicit ko sedekah kan amalan kebaikan even ko dulunya jahat. Make sense ke? 

So,sekarang ni fikir dalam2,da selam sedalam antartika,klu ko rasa nak jadi jahat juga,pi selam lagi dan lagi sampai 40x. Semoga jumpa pintu keinsafan...

insyAllah

 :)

04 January 2013

Salam Tahun Baru Masihi 2013 !

Posted by rAtu saLju™ at Friday, January 04, 2013 2 comments
Salam...



Lama rasanya x tengok belog ni,idea banyak tapi masa mcm x cukup. Alhamdulillah sy da slmat bersalin pada 16hb Dec 2012. Entri pengalaman bersalin akan saya ceritakan di nxt entri Insyallah.. :)

Salam Tahun baru Masihi 2013 untuk semua pembaca belog Cinta Sang Ratu. Semoga kedatangan tahun baru ini membuat kita lebih bersemangat untuk membuat amal kebaikan dan amal soleh. Semoga Allah melorongkan kita untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas.

Sekejap je masa berlalu,terasa baru semalam menulis entri tahun baru 2012. Ni da masuk 2013 pulak..masa,memang seumpama pedang. X betah menunggu kita walau sekejap,tiba masanya kematian menghampiri. (-__-) semoga pengakhiran kita dalam redha Allah swt.

Kalau tahun 2011 saya berdua sahaja dengan suami,2012 pula Allah memberi khabar gembira dengan kehamilan dan kelahiran putera sulung kami. Bertambah 1 lagi tanggungjwab keatas bahu kami. Memang indah pabila mendapat anak,namun tinggi juga tanggungjawab yang kami galas untuk mencorak khalifah Allah ini. Semoga menjadi anak yang soleh sayang. Ummi sentiasa mendoakan yg terbaik utk kamu..

Akhirnya,nantikan entri pengalaman melahirkan anak sulung saya. :D hingga jumpa lagi Insya Allah.. :)

salam

06 November 2012

Dalam dilema... (-_-')

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, November 06, 2012 1 comments
Salam...

Dah lama tinggalkan belog. Bukan x sayang,tapi kekangan masa dan tak sempat. Alhamdulillah,sekarang dah 33minggu,Khamis ni masuk 34minggu. Perasaan? of kos dalam debaran dan teruja. Debaran sebab bila da melangkah ke minggu ni,bila2 masa je baby akan menjengah dunia. :)

Sekarang makin x selesa bila nak tido,mesti pusing 2-3x baru la terlelap,kadang2 lebih pusingan! :P tapi setiap ujian terasa manis. Alhamdulillah,preggy ni x ada masalah sangat. Allah mudahkan semuanya,sejak dari awal kandungan. Rasa macam x sangka dah nak jadi mak. Selama ni duk berdua je dgn hubby,bila lately hubby mnegusik dah sedia ke menjadi ibu,terasa syahdu x sangka.

Ekceli,ini bukan masalah,tapi aku dalam dilema nak bersalin di mana. Samaada di sini atau di kampung. Aku juz terfikir nak hubby aku ada bersama2 di labour room nanti. Biar dia mengazankan anak kami dan tolong aku yg dlm kepayahan. Ntahla,selama ni bila apa yang kami lalui bersama,aku kuat bila dia ada disisi. Tu yang mudah sensitif bila dia marah.. :P

Sekarang ni aku x tahu nak buat keputusan mcmana,so,aku nk tanya korang readers,if ada suggestion mna yg lagi baik. Terima kasih..

take care,
love lots! :)

10 September 2012

Sudah separuh perjalanan...

Posted by rAtu saLju™ at Monday, September 10, 2012 0 comments
Salam...

Dah lama sebenarnya hasrat hati nak menulis,tapi asyik tulis sekerat jalan dan kemudian delete. Apekah?




Sekarang ni sangat la x larat,aku mula sedar benda ni jadi 2-3 hari ni. Kalau ikutkan kiraan lagi tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk menyatakan 'tata' untuk trimester 2. Tapi badan lemah semacam.

Sekarang ni aku da la kembali bekerja,kembali menjadi guru ganti,tapi jadual aku petang. Pagi tu kadang2 x sempat nak rehat bila mengadap lappy. Mulai hari ni aku nak disiplin kan diri at least kena tido sekurang2nya setengah jam sebelum ke sekolah,kalau x memang flat aku rasa bila balik sekolah. :(

Esok baru check up balik selepas hari last checkup masa bulan puasa aritu. Alhamdulillah kalo ikutkan perkebangan da 25 weeks++ da,terasa baby makin membesar dengan jayanya. Momen yang aku paling suka bila aku cakap dengan baby dan dia respon. Lagi2 bila ayahnya ketuk2 lembut perut sambil suh bangun,lepas tu cepat je respon.




Sekarang aku da terasa susah nak tido,semua posisi aku cuba,hahah~ :D tapi last2 lengan suami juga yang dicari. :P Semalam Alhamdulillah da beli barang baby sikit,tambah lagi koleksi. Rasanya da cukup kot baju baby 7 pasang. Tinggal nak senaraikan yang lain2. Setiap kali beli barang aku akan make sure untuk tulis senarai harga tu dlm budget supaya x tergelincir nanti.

Hubby da mula merisik2 tanya tentang set bersalin yang aku nak beli,memula aku cakap x payah. Tapi dia yang x kesah nak belikan..Erk..sangat best! Tapi x kisah sebenarnya,aku pun tengah kumpul duet untuk beli coz xnak bebankan my hubby. Nanti la aku cerita sal pilihan set bersalin.Insyallah :)

Oke la,sampai sini dlu..Ni pon macam ting tong je..Nak rehat. Terima kasih untuk semua ucapan Hari Raya. Saya bace,tapi kadang2 x sempat nak balas. Salam Aidilfitri juga yer semua. :)




25 August 2012

Salam Aidilfitri semua.. :)

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, August 25, 2012 2 comments
Salam Syawal...

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan salam Aidilfitri untuk semua readers. :) Alhamdulillah dapat berehat lama dgn suami raya kali ni,hepi namun x dapat jalan ke mana sangat pun coz hubby x berapa sihat sepanjang raya.



Syukur Alhamdulillah baby da masuk ke minggu ke 23. :D Berat badan dah naik,tapi perut masih mentain saiz.hihihi.. makin terasa keaktifan baby dalam perut. Barang2 bayi da start beli sikit2,akhir bulan ni nak beli lagi,insyallah.

Setakat ini sahaja dulu,nak taip panjang2 macam belum cukup idea,mud pun x berapa nak ada kebelakangan ni. Sampai jumpa lagi insyallah~ :)


30 July 2012

Kita hanya merancang,Allah juga yang menentukan..

Posted by rAtu saLju™ at Monday, July 30, 2012 0 comments
Salam...

Aku ada ceritakan di entri yang lepas yang aku ingin ke Parenthood Expo Mid Valley,tapi end up daku x pegi pon. :D  Hari sabtu lepas mungkin daku sedih sedikit.*menangis*. tapi aku ni jenis sedih sendiri pujuk sendiri..haishhh..entah kenapa sejak preggy agak cengeng. Setengah jam kemudian aku kembali oke. :)

Kami hanya ke pasar raya utk beli barang keperluan puasa. Kewangan yang x begitu oke bulan puasa ni membuatkan aku berfikir hampir 10x utk pergi. Lagi pun hubby nampak berat untuk pergi,kemungkinan bajet raya yang kami peruntukkan nanti takut gaji hubby lambat. Memang aku akui,kami berjimat cermat sedikit 2-3 bulan ini. Aku amat yakin rezeki dari Allah ada untuk kami dan baby.Alhamdulillah,syukur..

Mungkin bulan depan kami akan ke butik One Baby World saja. Sementelah kedai tu tengah buat sale. Oke la,pen off pasal shoping baju baby,frankly,aku da xde mud sangat.Ke depan2 x tau le pulak.

[baby da 19weeks+,Alhamdulillah]
sumber Babycenter


Alhamdulillah,baby da 300+ gram dlm rahim. Besar da,ikut perkembangan dlm Baby centerpatut 240gm jer. :) Khamis lepas pergi scan di KK,perkataan pertama doktor cakap,"oke puan,baby puan sihat". Syukur sangat2! Selama ni bila org komen kata perut aku x nampak,aku risau jika baby x ckup besar yang sepatutnya,tapi Alhamdulillah even puasa baby x efek pun. Sayang anak ummi manja dlm perut ni! :)

Baby pun semakin aktif gerak dan menendang,selalu terasa dia menendang waktu lepas sahur,lepas berbuka dan tyme terawikh.Hubby tersenyum2 je bila dapat rasa baby gerak.Then hubby cakap "jadi anak soleh ye". Oh,aku x tahu lagi anak dalam perut ni lelaki @ perempuan,tapi gerak hati kuat cakap mcm lelaki. Aminn..mudah2an betul.

X kisah la lelaki @ perempuan,apa yang Allah tentukan,semoga anakku lahir sihat dan cerdas. Oke,sampai sini dulu..tahniah kepada sahabat ttc SUE yang berjaya mengandung. Alhamdulillah..

Sehingga jumpa lagi,do take care.. :)

26 July 2012

Beberapa kemusykilan yang saya perlukan pendapat anda.

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, July 26, 2012 6 comments
Salam...



Start esok sampai ahad ada expo Keibubapaan @ Mid Valley. Aku?...hurmmmm...masih serba salah nak pergi/tak. Hai..susahnya. (T__T) Dear readers,bole la bagi pandangan pada persoalan hati aku ni.

Pertamanya,aku nak pergi,tapi kesian kat hubby aku. Sekarang ni kan tengah bulan puasa,riso dia x larat je. So,bila bab ni masuk,aku jadi x kisah kalau x pergi. Coz kaki aku pun slalu sakit2 bila da 5 bulan ni.

Keduanya,aku siyes xde idea nak beli apa. Tak tahu nak mula beli yang mana. Please pada yang mengetahui,boleh la komen apa yg patut aku beli dulu. Dalam otak aku ni,aku dok pikir nak beli barang2 toiletries untuk baby je. Apekah?..

Ketiga, aku penat nak jawab soalan orang "kenapa beli awal2?". Reason aku cukup mudah,aku suka beli sikit2 start skarang smpai 8 bulan nanti. So,bila da masuk 8 bln nanti aku hanya tinggal membasuh dan mengecheck barang yg x cukup jer. Aku x suka beli sekali harung,nanti mesti terbabas,samaada bajet / barangan bayi tu.Lagipun yg paling penting,nanti bila perut da makin besar,cek da x larat nak jalan da mak jemah oii...

Keempat, aku ada buat list,tapi x tahu la betul ke x list tu. Aku pun xde pengalaman,aritu masa kak ipar balik kampung pun,aku sempat tnya dia beberapa soalan je. Sekarang ni aku yang duk blur sendri. Dari eksaited memula dulu nak beli barang baby da jadi suam2 kuku je skarang ni.

Kelima, beg diaper kena beli ke? (T____T) [itu pon nak tnya ke?] Ekceli aku mengharapkan adik aku yg kat P. Buntar tu join skali. At least ada juga la makhluk boleh gurau kaw2 dan bergelak ketawa tyme gi expo tu kalo suami aku x larat nak jalan da. Tapi dia lak ada komitmen..huhuh (T_____T) [nanges lagi]

Ok,lima perkara ni dulu la. Erk..mcm lagu Raihan le pulak. Terima kasih daun keladi kepada semua yang meninggalkan pandangan..Selamat berpuasa :)

Salam


    

24 July 2012

Ujian hidup ini hanya sementara..khas buat rakan2 TTC :)

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, July 24, 2012 4 comments
Salam...

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

p/s- sy juga mendoakan rakan2 ttc diluar sana,jgn la putus berharap kepada Allah,insyaAllah rahmat Allah tidak pernah putus untuk hambanya. Insyallah.. :)

23 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Posted by rAtu saLju™ at Monday, July 23, 2012 2 comments
Salam semua...

Pertama sekali,terima kasih yang tidak terhingga kepada readers Cinta Sang Ratu. Terima kasih juga sebab tinggalkan jejak. Alhamdulillah da masuk hari ke 3 kita iftar. Semoga perjuangan kita dipelihara dan diberkatiNya. Aminn Ya Allah..

Sempena bulan yang mulia ini,saya nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua. Doanya,semoga 10 hari yang pertama ini kita memohon rahmat dari Allah tanpa henti.Sehingga jumpa lagi :)


18 July 2012

Naik mendadak!

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, July 18, 2012 2 comments
Salam...

Da lama x coret kat sini. Kebelakangan ni perut suka mengeras mcm buah keras,tapi so far xde ape yang membahayakan.insyallah :) ramai yg tanya,ada alahan x? sgt2 bersyukur sepanjang kehamilan Allah pelihara aku dan mempermudahkan kehamilan ini.

Semalam,aku pergi KK untuk rutin checkup mcm biasa.Aku memang ada beli alat penimbang kat rumah,saspen punya pasal,tapi alih2 penimbang tu asik wat hal je bacaannye..hampeh tul. Bila da dtg KK tu memula kena timbang,aku juz espect berat aku akan naik paling tinggi pon 300gm. Sekali misi cakap naik 1.6kg..mak aihhhh! terkejut aku dengar bacaan tu. Dalam hati da ckp da,mati la aku kena minum air gula,hahaha :D

Memang aku perasan seminggu 2 ni aku tersangat la suka makan,mkn da jadi mcm asrama pulak,6x sehari. Aku mkn sikit tapi kerap,Alhamdulillah semakin lalu dan bertambah selera,tapi natijahnya,berat aku NAIK MENDADAK! sgt saspen oke. Nurse ada ckp yang perut aku pon mcm org preggy 20weeks,bukn 17..huhuh

Memandangkan aku underweight,melalui pembacaan aku,aku kena naik sehingga 20kg sepanjang kehamilan..means aku akan jadi 65kg di akhir kehamilan. Tapi bila aku mula naik ni aku rasa x sedap hati le pulak. takut kena bebel je.hahah :P

Sekarang ni xde la control makan sangat,tapi aku semakin behati2 la. Untuk pertama kalinya berat aku naik,sangat best dan teruja! Selama ni memang susah berat aku nak naik. Merasa la aku menjadi gemuk seketika..hehehe :)

Ok la,sampai sini dlu,do take care all..terima kasih kepada sesiapa yg sudi meninggalkan jejak :)

salam


p/s- bby da 17weeks :)

 

10 July 2012

Banyaknye duit nak pakai. Adoi!

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, July 10, 2012 1 comments
Salam...

Eh hai! asik belog walking je. Tak de mud nak update belog sendiri. T__T. Nak tulis pasai kepentingan dan cara guna cloth diaper (CD) / lampin moden pun belum mencanak naik mud tu. Haissshhh~

Alhamdulillah,baby da meningkat umur 4 bulan dalam perut. Perut da makin nampak,tapi kalau pakai baju kurung memang x nampak sebab aku pon pakai tudung labuh so, no sweat la! Da malas nak ambik port da bila orang kecoh x nampak perut aku. Yang penting baby dalam perut ni sihat dan membesar dengan kadar sepatutnya. 



Sekarang ni dalam mode berjimat cermat. Plan nak bersalin kat swasta. Tapi entah cukup ke x tabung nye. Bila servey2 barang2 ummi dan baby,phewww..sangatla mencanak naik akaun KREDIT! rasa nak pengsan 3x je..huhuhu

ni plan pakej yg kekononnye nak di ambil.

PAKEJ FATIMAH                                                                   RM1599
4 KATIL SEBILIK
(BILIK BERHAWA DINGIN)

Alhamdulillah la masih membuka perniagaan  on9 yang masih status BERNIAGA. Ni pun lepas barang2 diri sendiri je. Henpon yang patut aku tukar lama dulu pun,aku berkira2 nak beli. Hai,duit...duit..mana la aku nak petik ko laju2 dan banyak2? sila jawab dengan nada kuat2 ye duit.

* sila la LIKE fb Si Manja Ummi yer :)*

Semalam,aku dengan amat rajin telah menservey barang2 keperluan ummi dan baby. [boleh serbey je la,beli belum boleh lagi]. Sekali terjumpa 1 belog ni yang dia bukan takat listkan barang2 untuk ummi & baby,tapi sekali rege nye ko! sekali aku tengok list yang dia da jimat2 kan tu pon aku nak pengsan. Dia tulis bajet dia ciput,ada yang dia buat sendiri je. Tu pon da keluar almost RM4K! Aku ni da tergaru sana sini bila tengok bajet tu.

So sekarang ni,aku rasa bab2 barang2 baby,aku nak tolak tepi untuk hubby aku beli. Untuk duit bersalin,pantang dan barang2 ummi aku rasa aku cover la. Sian suami aku,da la keje teruk2. Ni yang nak nges ni.. (T__T) sangat syahdu oke! Aku kalau bab nak mintak duit kat hubby la paling liat sekali. Selalu tunggu je la dia bagi. Kalu x duk diam2. Kasut pun pakai sampai la da x le pakai.sob...sob..

Oke la,sampai sini la aku buat drama,cerita panjang nanti pon silap2 aku nanges kat sini..heheh.[kata nges,tapi bunyik gelak].Esok2 hapdate lagi.. :) insyallah

take care.

p/s- baby da 16 weeks.. :)
 

 

 

22 June 2012

Apabila hb rendah dan berat menurun.

Posted by rAtu saLju™ at Friday, June 22, 2012 1 comments
Salam jumaat semua!

Apa khabar? aku doakan agar semua pembaca belog Cinta Sang Ratu ceria dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya.aminn..~

Selasa lepas pergi checkup di klinik kesihatan. Sekali bila timbang dang ambik darah,2-2 turun.aiseh..misi dah stat bising sebab apa turun sampai 1kg. So dia ckp esok kn dtg lagi jumpa doktor,hati da sikit cuak da.

Esok nye dengan hati yang malaspergi la KK,sampai pukul 8 lebih,skali dapat nombor giliran 60.Dalam hati da cakap,ala,ni kejap je.Sebab last month aku pegi x la lama sangat kena tunggu.Tapi sangkaan meleset sama sekali,aku punya giliran pukul 12.15 baru masuk bilik doc! haishhh...da sakit2 pinggang duk kat lantai.hehehe..tapi x pe,demi baby..tahan je la.

Doc x cakap banyak sangat pun,dia tnya kenapa hb n berat turun. Aku cakap la sbb aku puasa hari isnin sebelumnya. Dia bising sikit la,yang aku x larat dia kata kalau turun lagi aku kena minum air gula.Haishhh..tu yang aku sangat2 x lalu! minum air biasa pun x manis,inikan pulak air gula hospital..weekkk  (X_X)

So sekarang ni alhamdulillah,alahan pada bau telur telah pun pergi,so aku dapat masak dan makan dengan aman. Aku da stat cakap dengan baby,ransangan awal supaya baby kenal suara ummi dia. :) Aku dengan misi menaikkan berat 2 kg untuk 2 minggu ni sebab next appointment will be on 3rd July. Aku minum 3gelas susu kali ni. Aku pastikan x skip obimin n fish oil dan aku makn kerap.

Aku saspen sikit sebab perut aku betul2 x buncit mcm ibu mengandung. Klu datang KK pon orang tengok je nape aku ada kat situ..huhuhu (T___T) xpe la,janji baby dalam ni sihat dan membesar dengan kadar yang betul.Dah ummi dia kurus tinggi,mungkin sebab tu perut x nampak lagi kot.heheh..oke la,sampai sini dulu..penat da taip.kih3 

Jumpa lagi ye..insyallah :)

salam

 

15 June 2012

Eh,awak mengandung ke? perut kecik je.

Posted by rAtu saLju™ at Friday, June 15, 2012 2 comments
Salam ceria semua!

 Apa khabar yer? da lama x menulis kerana syok pi cuti kat kampung halaman di Parit Buntar,Perak :) hati teringin nak coret2 sementelah si kecik membesar dengan pantasnya walaupun perut ummi dia x berapa nak nampak.


[baby 13 minggu :) ]


Alhamdulillah,sedar-sedar usia kandungan saya da cecah 3 bulan lebih. Kalu ikut kalender mingguan da masuk 13weeks. :) Alhamdulillah...berat badan haritu pun naik 500g je. Cuma bila makan,x boleh nak makan banyak2 nanti mengah dan kain jadi sendat.Sekarang ni saya cuba x tinggal minum susu,kesnya sebab haritu gigi dan pinggang saya sakit selama lebih seminggu asbab saya tinggal minum susu selama seminggu!

Walau kandungan da nak masuk 4 bulan,tapi perut saya x nampak macam orang mengandung langsung. cedih (T___T).. tapi x kisah la,janji lil miracle dalam perut saya ni sihat. Alhamdulillah sepanjang kehamilan ni saya xde alahan dan loya yang amat teruk. Rasa nak muntah ada,cuma muntah jarang sekali. Lil miracle dlm perut x nak ummi nye susah kot. :) syukur Ya Allah.

Frankly,sampai sekarang saya masih x percaya yang saya mengandung,masih baru nak terima kenyataan yang ada janin dalam perut saya ini. Kadangkala,rasa nak menangis x sangka impian itu akhirnya jadi milik saya. Sungguh! Dulu sayu je tengok ibu mengandung. Kadangkala menangis sorang2. Tapi Allah x pernah sekali melupakan hambanya,malah kita yang selalu melupakan Allah SWT. Astaghfirullah....

Baru-baru ni masa naik LRT saya memang x larat nak berdiri,last2 dengan muka selamba,saya menyangkung sekejap dlm tren. Tekanan darah saya rendah,jadi bila berdiri lama saya mudah x tahan,jadi penat. Saya berdiri dari tunggu tren di KL sentral sampai la ke 8 stesyen berikutnya,almost sejam! Tapi dalam hati redha je la,orang x tau saya mengandung,perut kecik..heheh. Semoga anak dalam kandungan ni nanti kuat dan sabar macam ummi nye.Insyallah.. :)

Sebenarnya,kadangkala saya x nampak mcm orang mengandung sebab jalan dan buat kerja macam orang x mengandung. Tu yang selalu kena marah dengan family n hubby coz wat keje cepat-cepat. xpela,lepas ni sy kurangkan sikit 'cepat' tu. Insyallah..

Sampai sini dulu,sampai ada rezeki,saya menulis lagi..minggu depan nak gi klinik kesihatan wat check up. Jumpa lagi,insyallah..doakan kesihatan saya yer :) ...jazakillah

salam

18 May 2012

Si Kecil yang semakin membesar :)

Posted by rAtu saLju™ at Friday, May 18, 2012 1 comments
Salam...

Apa khabar semua? Lama x berblogging sebab keadaan kesihatan aku yang tidak berapa elok kebelakangan ni. Selera makan masih lagi belum ada lagi,namun aku cuba x skip makan (sebab lapor amat if x makan) hehe.

Alhamdulillah semalam da wat 2nd check up,1st dulu masa nak confirm kan kehamilan,ni coz nak check ada heart beat ke x. Alhamdulillah syukur,lil miracle dalam badan saya ada heart beat,doc bagi dengar. Sayup2 tapi still kuat. Sangat kuat lil miracle dlm badan ummi dia. Sekarang ni ikutkan tarikh scan,aku da 9 minggu. Means dari doc,semua organ da terbentuk kecuali peparu yang akan terbentuk sepenuhnya pada minggu yang ke 28.

Nak kata teruja sangat tu x de la.Aku still ambik pendekatan berhati2,x nak terlalu eksaited sebelum semuanya ada depan mata. Hubby aku tengok happy,tapi saja je sembunyikan depan aku. heheh...tapi semakin lama aku tengok dia semakin amik berat tentang semua yang aku buat. 


Okla sampai sini dulu,ni adalah pic tumbesaran baby pada minggu ke 9 :). sehingga jumpa lagi.insyallah ~

salam 

29 April 2012

'Kalau abg mati,ayang kahwin lain ye..'

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, April 29, 2012 1 comments
Salam...

Pause. Dunia terasa berhenti berputar bila hubby tiba2 mengeluarkan ayat itu. Sungguh saya x penah sangka dia akan cakap ayat itu. Dengan badan yang x berapa sihat asbab pembawaan budak,saya terpaksa menyusun kata di dalam minda sebelum membalas ayatnya itu.

Ya,mati itu pasti,hidup itu Insyallah. Saya amat pasti dan sangat meyakini hal itu,namun kehilangan orang yang paling saya sayang pada masa kini,saya tidak mahu sekali pun membayangkan! Sebab saya tahu,saya x sekuat itu pada ketika ini.

Dia la tempat saya mengadu dan meminjam bahu kala saya menangis tentang sesuatu dan keadaan badan yang x berapa selesa. Dia tetap sabar mengurut badan dan kaki saya walau saya tahu kadangkala dia keletihan. Namun semua perihal dia itu buat saya amat terharu dan menghargai dia.

1 ayat yang biasa terkeluar dari mulut saya setiap pagi dan malam sebelum tidur ialah, "Abang,ayg sayang abg" [sambil senyum]. Biasanya hubby x terus jawab,dia akan senyum dan buat saya tunggu berminit untuk dia membalas ayat itu kembali. Tapi kadangkala saya terpaksa bertanya dengan muka sedikit merajuk yang dibuat adakah dia menyayangi saya.hahah :D

Apa yang berlaku pada masa hadapan,saya tidak tahu.Tapi saya tidak akan berjumpa lelaki sebaik suami saya,kemungkinan tiada orang boleh menggantikan 'tempat' dia dihati saya. Kerana saya percaya,Allah akan menghantar seorang lelaki yang baik untuk kita yang bakal berkongsi kehidupan kita hingga ke akhirnya. :)

Sehingga kini saya terfikir akan ayatnya itu,namun saya tahu dia hanya mahu saya tetap gembira even bila dia tidak ada lagi di dunia ini. Tetapi,walau apa pun yang berlaku,saya tetap mahukan hanya dirinya. Saya ingin menghargai dan menyayangi dia seadanya sehingga tempoh 'pinjaman' itu tamat. Sehingga belum sampai tempoh itu,saya hanya mahu dia tahu...

Abang,ayang sayang abg sangat!

Akhir kata,cuba lihat hubby anda tika dia sedang khusyuk melakukan sesuatu,saat itu dia akan kelihatan sangat hensem,maka anda katakan kepadanya,yang anda amat sayangkan dirinya sambil memeluk erat. Dia akan teringat2 reasi spontan anda itu,malah mungkin anda akan mendapat flying kiss dari dia. Cubalah... :)

 


 

24 April 2012

Kenapa geng TTC cepat terasa?

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, April 24, 2012 5 comments
Salam...

Tahniah untuk pembaca di luar sana yang mengambil keputusan untuk mencuba petua hamil ini. Aku doakan agar Allah permudahkan jalan untuk anda mencapai hajat dan impian. Tapi jgn sesekali lupa solat dhuha dan hajat yer.(pesanan untuk diri sendiri juga).



Sebenarnya,ramai yang berstatus ttc,namun ramai yg x tahu apa itu ttc. For ur info TTc adalah singkatan untuk trying to conceive. Kebanyakan yg dalam golongan ni adalah pasangan yg telah berkahwin setahun dan ke atas yg belum dikurniakan anak lagi.

Setiap kali bila berbicara soal anak,ada geng ttc yg boleh dan ada yang x boleh menerima,kerana sesetengah dari mereka mempunyai sejarah lampau disindir mahupun di senyum sengih oleh insan2 yg berderet anaknya @ sedang mengandung. Ini merupakan faktor pertama mereka terasa.

Geng ttc sebenarnya lebih kerap ke hospital berbanding ibu2 yang sedang pregnant. Kerana ttcians harus menjalani beberapa prosedur untuk mengenal pasti masalah kesuburan yg dihadapi. Aku juga pernah merasa perjalanan ini. Bayangkan la pabila setiap kali hadir ke hospital dan bertembung dengan ibu mengandung,bagaimanakah perasaan kecil mereka? Sebak ini yg selalu mereka pendamkan. Adakah anda mengetahuinya?

Mendengar nasihat dan melakukan pelbagai cara moden untuk mengandung bukan lah 1 perjalanan yang indah,namun bila hasilnya 2 line,terasa jerih itu menjadi debu yg berterbangan. Ttcians juga banyak menghabiskan wang untuk mengandung,malah wang yang telah dihabiskan kadangkala lebih banyak dari kos seorang ibu bersalin czer di hospital swasta! Bayangkan la hati mereka bila ttcians dituduh tidak melakukan usaha yg banyak untuk mengandung. Padahal?

Anak ini akan menjadi fitrah @ pun fitnah buat kita. Terserah cara mana kita mendidik. Lambat @ cepat anak itu,yang penting adalah kualiti anak tersebut. Bagaimana si anak mampu memberi manfaat kepada ibu bapanya. Oleh itu,jgn terlalu berbangga pabila anda mudah mengandung,tapi pandanglah tanggungjawab mencorak anak tersebut mengikut acuan Islam yg lebih utama.

Kepada ttcians yg masih dan sedang berusaha,buka hati kamu seperti lautan. Laut orang campak sampah pun dia terima,begitu juga hati kita.Luaskan skop dan hati kita supaya redha dan jgn mudah terasa dengan saudara/kawan yg sedang mengandung. Aku pernah alaminya,ia juga pernah menyakitkan.Namun,pabila hati dibuka seluas lautan,hanya ganjaran Allah yg aku dambakan. :)

Kepada ibu mengandung di luar sana,kadangkala lihatlah disekeliling skop rakan kerja anda.Adakah semua sudah mendapat anak @ ada yg lama berkahwin namun belum dikurniakan anak? Jika ada yg belum dikurniakan anak,jgnlah anda terlalu ghairah bercerita perihal anak yg dikandung dihadapan mereka. Sesekali,mungkin mereka dapat menerima,namun jika tiap2 hari? patah juga hati kecil mereka.Kerana mereka juga manusia biasa yang mempunyai keinginan untuk berbadan dua. :)

Akhir kata...

salam sayang dari saya ina :)

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez