Daisypath Anniversary tickers

24 October 2011

Buah hati baru :D

Posted by rAtu saLju™ at Monday, October 24, 2011 0 comments
Salam...

Semenjak aku balik sini [Penang] aku x sebut langsung sal buah hati terbaru aku kan? ni baru nak reveal.hahah :P

Esok la insyallah baru aku letak pic buah hati tu,tapi kasi korang taw nama je dulu. Ekceli nama dia Farisha Azzalia. Tomei dan cumel mcm aku jugak..[waaa,sgt perasan] muka dia bila senyum manis je,sbb dia suka senyum time tido,lagi2 bila kita dodoi dengan zikir.

Azzalia pon x banyak meragam,cuma aritu je dia meragam bila perut dia kembung sikit. Tapi sekejap je,then senyum balik. Tapi yang best sangat bila dia asik nak ajak orang sembang walau dia hanya mampu untuk keluarkan bunyi dan menangis je.heheh :D 

Bila rindu2 kat en hubby,memang tengok muka si kecik tu je la,hehe...then 'terlupa' la sekejap kat en hubby. Biarkan dia tawajuh kat sana. Btw,en hubby gi Kelantan,tapi still x dapat nak contact dia sangat.

Ok la,sampai sini dlu.bai
salam


23 October 2011

Miss him already... :'(

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, October 23, 2011 0 comments
Salam...


Baru je seminggu en hubby pergi,namun dalam hati hanya Allah yang tau betapa rindunya,huhuh. [jiwang karat!]


Aku masih ada di Penang,lepak rumah ummi sambil wat biznes,namun ape yang buat aku terhibur ialah kehadiran Farisha Azalia.. :D seriusly,aku menumpang kasih si kecikAzalia  tiap kali aku mengasuh dia.Sampai adik aku cakap 'anak akak nanti mesti manja sangat' coz dia tengok layanan aku pada Azalia.. :P

Sebelum dapat anak ni aku memang a bit terasa sikit ngn orang sekeliling yang selalu tanya tentang anak. So,kadang2 jalan terbaik,aku lebih banyak diam dari bersembang. Bukan sombong,tapi bila soalan2 sensitip macam tu keluar,aku penat nak pujuk hati. Baik aku angkat kaki dulu!

Life a bit hectic sikitla,banyak kali terkejar2 kesana sini.But,i'm happy here. raya nanti pon kat sini,wehuuu...so,cam best la kan..hahah..ingat nak masak macam2 tyme raya nanti. Saja nak wat open house yang x sempat buat tyme raya aritu. Hopefully menjadi,insyallah ;)

Mata da kuyu,tapi still aku rasa nak bebel macam2 lagi kat sini,tapi makin rindu en hubby plak,mcm nak nges,sob3 :'(( ..
ok la jumpa lagi,bai.

salam..

20 October 2011

It's already 27 years old!

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, October 20, 2011 0 comments
Salam...

Pejam celik,pejam celik sekejap je da hari Khamis. hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran en hubby. Aku sangat teruja untuk sambut,tapi dia xde disisi sebab pergi berkursus. So,aku akan wat sumthing suprise bila di balik next month nanti. Insyallah.Walau apepon,aku harap Allah akan makbulkan doa kami untuk dikurniakan baby dan merahmati en hubby dimana saja dia berada. :)

Bila aku x kira hari dia pergi,terasa cepat je masa ni,tapi bila hitung dan tengok kalender.Alahai,lambatnye masa..

Aku sekarang sebuk sikit,kejap lari ke Madrasah,kejap ke kantin sekolah untuk menjual dan kejap di depan komputer uruskan biz on9. Walau hectic,tapi aku sangat teruja dan happy. So aku x pikir sangat sal remeh temeh.
Sekarang ni aku wat terapi air. 8-10gelas sehari untuk dapatkan berat badan ideal.Sebab badan aku kurus sangat,ni da 2hari aku jaga makan dan minum buat badan aku da semangat dan berisi sikit.

Alhamdulillah,semalam aku da selesaikan urut untuk fasa pertama. Tukang urut (mak teh) tu urut dibahagian peranakan. Mak teh cuma kata peranakan aku rendah sikit,tapi yang lain oke. Mak teh gak kata,mungkin masa ank dara aku aktif sangat. Frankly,mmg aktif pon,menembak,panjat bukit bagai semua pon buat. Mana ada aku manjakan badan masa anak dara dulu. Nak dekat kawen baru pandai ke spa bagai..hahaha :P

Oleh itu,nasihat aku,jagalah diri anda selagi boleh.Nanti da sakit xde gunanya. Next month aku akan gi ngurut lagi untuk kali k2.Mak teh suh dtg sampai 3x,untuk kali k2,dia akan kasi air,tengok peranakan balik dan kaki.Aku berdoa Allah akan permudahkan semuanya.Insyallah.. :)

Oke la,sampai sini dlu ye...any progress aku cite kemudian..

salam~

16 October 2011

Wake me up when November ends

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, October 16, 2011 0 comments
Salam...

Mood x berapa nak ok hujung minggu ni. Kepala da migrain,tapi gagahkan diri tengok biznes pepagi ni,sambil tu apdet belog. :P

Hubby akan berkursus agama selama 40hari. Sebab tu aku nak orang kejutkan aku bila November da habis..heheh..malam ni da bertolak gi KL. Hati aku? of cos la x keruan. huhuu..baru jumpa da kena pisah balik,aisehhh..tapi x pe la demi agama.

Badan memang x larat,nak buat ape pon x larat.So takat ni je la..

mood berterabur..

serabai..

jumpa lagi,bai!

12 October 2011

Sesak nafas dibuatnya!

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, October 12, 2011 3 comments
Salam...

Hati aku x keruan sekarang ni,di tambah dengan sesak dada dengan bebanan hutang yang makin meningkat,terasa nak lari ke planet pluto je..hahaha :)

Sekarang ni da selesai majlis kawen abang ke 2 aku,Alhamdulillah la ramai yang hadir memeriahkan majlis. Means da seminggu lebih aku kat kampung. Dalam hati amat rindu kat buah hati yang tertinggal di Klang. sob3 :'( tapi sesekali balik sini memang banyak benda yang aku kena settle kan,selain tolong ummi kat kantin sekolah.

Letih badan aku sama dengan letih otak aku yang kurang rehat asik memikior je kejenye. Doktor da nsihat kan aku suruh kurangkan stress level. Tapi bila semua benda datang dalam keadaan serentak,maunye x bejat otak aku! huh!

Oh ya,aku x sempat nak ucapkan tahniah kepada mama panda iaitu Ryehanna coz berjaya merealisasikan impian dia untuk membuka kedai online...hoyeah! tahniah la ye. semoga tambah success...anyway kedai kita jual brg yang sama la...kekeke..

Kedai online aku still berjalan dengan tenang,cuma aku malas kurang masa nak update belog Si Manja Ummi. Aku go through Fb je senang dan pantas.Nanti2 aku update lain la belog tu. Setakat ni aku xde masa lagi nak rehat betul2,asik bz je memanjang..huishh..tensi dibuatnya!

Dah lama x bebel,macam2 aku nak tulis.Da jadik rojak pasemboq da entry aku ni...arghh lantak la..heheh..yang pasti aku dapat lepaskan nafas dengan aman sekali..hehe..sabtu ni da nak balik da,so nanti aku cite lain la ek..tapi yang pastinya aku rindu amat hubby aku kat sana tu..uhuk3 :'((

Eh,da la yer..jumpa lagi next tyme kalau aku ada masa..

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez