Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

13 December 2013

Salam Jumaat yg penuh berkah!

Posted by rAtu saLju™ at Friday, December 13, 2013 2 comments
Assalam..

Eh,lama sungguh x hapdate belog. Seriously sgt busy dengan biz dan kehidupan sebagai ummi. Lepas ni memang banyak sgt nak soksek2,banyak idea dalam kepala,tapi nak terjemahkan tu yg asyik tersangkut2 sebab banyak hal.

Ingat nak tukar template juga. Haish..banyaknye kerja nak buat. nak update resepi lagi. Choiii... penat!

Oh ya,Zakeer dah nak masuk setahun,Alhamdulillah. :D ingat baru nak belajar tentang homemade solid food utk bagi pada dia. Sengaja memang bagi makan lambat pada dia. Selain faktor dia x mintak makan,nak badan dia lebih sihat dan bonding antara mak-anak tu rapat. 

Till then,nanti aku hapdate lain. Ada kerja lain nak buat.Daaa~

 


06 June 2013

Perjalanan Agung...

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, June 06, 2013 0 comments
Assalam semua!



Bagaimana anda semua hari ini? Semoga dengan hadirnya mentari pagi ini kita terus merafak ucapan indah Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas didunia ini tanpa musibah.

Salam isra' mikraj buat semua. Tarikh ini juga merupakan tanda Rejab 1434 hijrah bakal berakhir dan digantikan dengan Sya'ban. Semakin hari semakin dekat dengan kematian,namun kita masih tetap mengejar bayang dunia yang menipu.

Hari ini juga adalah ingatan hari dimana junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Allah SWT untuk perintah solat. Alhamdulillah kita ada solat untuk menghubungkan diri kita dengan Allah SWT. Namun kita masih culas dan malas bertemu dengan Allah. Entah mengapa... 

Perjalanan agung ini perlu kita ambil iktibar dan dihayati sebagai perjalanan kita juga dalam mencari redha Ilahi. Perjalanan mencari tuhan yang Esa,Allah SWT. 

Kembalilah...

 kepada sang pencipta jika pernah terpesong sebelum ini,

pulanglah...

jika termasuk laluan yg salah,

Allah tak pernah jauh sebagaimana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Kerna,kasih sayang Allah melebihi 70 kali sayangnya seorang ibu kepada anaknya.

SALAM ISRA' MIKRAJ buat semua.. :)

24 July 2012

Ujian hidup ini hanya sementara..khas buat rakan2 TTC :)

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, July 24, 2012 4 comments
Salam...

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

p/s- sy juga mendoakan rakan2 ttc diluar sana,jgn la putus berharap kepada Allah,insyaAllah rahmat Allah tidak pernah putus untuk hambanya. Insyallah.. :)

03 March 2012

CD21 | R.A.P.U.H

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, March 03, 2012 0 comments
Salam~

Hati ini mudah rapuh,mudah kecewa,mudah menangis. Namun sedarlah,sebaik2 kembali adalah disisi Allah yang maha Esa. Allah ada dan tahu bila hambanya lelah dengan kehidupan dan ujian. Rintihan demi rintihan dari mu yang mahu didengariNya. Saya selalu mengingatkan diri saat diri ini jatuh tersungkur dengan permainan dunia dan ujian,bahawa Allah amat sayangkan hambanya. Lebih sayang dari seorang ibu kepada anaknya. 70 kali!

Kita sayangkan anak sanggup berjaga malam tika anak dalam kesakitan. Kita memeluk saat dia ketakukan. Kita mengesat dan menenangkannya saat dia kesedihan. 

Namun, Allah lebih lagi menjaga kita tika malam merangkak,dengan malaikat penjaga menemani sepanjang malam sehingga subuh. Saat kita kesedihan,buntu dengan kehidupan Allah tetap disamping setia mendengar keluh kesah dan tangis kita. Malah,Allah juga memberi peringatan2 kepada kita agar kita tidak menjadi bahan bakar di neraka kelak. Pernahkan kita sedari itu semua?

Sempurnakah cinta kita kepada ilahi untuk kita bertanya KENAPA? KENAPA? dan KENAPA? doa kita selama ini tidak dimakbulkan cepat. Saya meredhakan segalanya,pasrah bukan bererti kalah. Namun saya pasti dan pasti Allah memberikan hikmah terbesar untuk saya nanti,Allah x kan biarkan saya keseorangan dengan 'dugaan' kecil ini,Insyallah~


Rapuh by Opick

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

29 July 2011

Eh,dah nak puasa la... :)

Posted by rAtu saLju™ at Friday, July 29, 2011 0 comments
Salam...

Tak lama je lagi kan? Hati aku rasa seronok sangat. Alhamdulillah jika Allah izinkan,Isnin ni kita semua akan berpuasa. Insyallah. Aku dan suami ada beberapa planning nak buat masa bulan Ramadhan ni.

Ramadhan kali ni aku dapat berpuasa dengan suami sepenuhnya,tak macam tahun lepas sbb kami duduk jauh2..heheh..Alhamdulillah akhirnya Allah mudah semuanya...

Harini Insyallah nak balik kampung...yea!...best nyew..terbayang lauk2 masakan umi,aku ni kuat makan klu umi masak..memeng marbeles..da lama tak balik,plan nak balik pon asik bertangguh je sebab hubby sebuk even sabtu ahad.

Ok,sampai sini dlu..untuk semua, Salam Ramadhan Al-Mubarak... :)



 

27 April 2011

Checklist Untuk Mati

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, April 27, 2011 0 comments
Salam...

Kita selalu buat checklist rite? Ada checklist 4 new mommy, barang baby, masuk umah baru la n laen2. tapi pernah x orang buat checklist untuk kematian? takut nanti dikatanya buang tebiat kan! hehe

Pengalaman bertemu seorang ustaz yang kaya dengan pengalaman perubatan Islam membuatkan aku terpanggil untuk tulis2 sal checklist ni.
Zaman sekarang ni ramai sangat yang suka sibuk2 nak jaga tepi seluar dalam orang. Opsss..! tapi x sedar yang seluar sendiri dah lama terkoyak. Hakikatnya,kita kena muhasabah diri sendiri terlebih dahulu sebelum sibuk sangat nak tahu hal orang.

Pernah x seumur hidup kita untuk tulis dalam kertas kosong apa yang kita telah lakukan pada hari ni? [rasa2 macam x pernah kan?]. Berapa banyak maksiat dan kesalahan telah kita lakukan tanpa sedar. Bila kita tulis diari,lazimnya kita akan tulis benda yang baik2 dan menarik minat kita sahaja. Tapi yang cacatnya kenapa x nampak?

Banyak benda yang kita harus perhatikan semula. Tentang kehidupan kita,apa yang telah kita berikan kepada orang yang kita sayang, apa yang telah kita buat untuk membanggakan diri sendiri dan yang paling penting apa yang kita telah lakukan untuk KEREDHAAN Allah..
Fikir2kan dan selamat beramal.. :)
 harap kita dapat buat sesuatu yang menggembirakan semua pihak dan diri sendiri. cyaiyok3

23 April 2011

Lepaskan Stress Dengan Memaki Orang lain..Faedahnya?

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, April 23, 2011 1 comments
Salam...

Lately aku da semakin aktif dengan twitter..Kepada sesape yg ada akaun twit leh folow daku n say hi so dat aku leh folow balik.. folow SINI

Banyak benda baru yang kita leh discover dengan twitter..bermula dengan kawan2,gambar[ht2 dgn yg ini],latest news dan cacian...errr...manusia boleh bergaduh dimana2 saja.Kadang2 aku pelik,benda kecik pon leh jadi besar. Adeh...masalah betul la. Dan yang paling suka hasad mendengki dan sibuk2 hal orang ni adalah orang Melayu.[Aku orang Bugis..wuahahah].

Kat FB da gado apetah lagik kat twitter rite? Agaknya susah juga M'sia ni nak maju dan semuanya dalam berkasih sayang kan?...selagi adanya manusia cenggini memang susah manusia tu nak maju..wuahahah..

Apa pun yang kita lakukan,realize la sumthing yang Allah sentiasa ada lihat dan dengar niat hati kita sebenarnya. Ada 2 pesanan,janganlah depan sangat malah teramat baik,namun di belakang umpat keji menjadi mainan. Jangan lah juga sangat2 hipokrit,nyatakan jika mahu menegur,namun biarlah ada alas pabila melakukannya.

Sampai disini dahulu..ketahuilah sesuatu "MANUSIA KINI SIBUK UNTUK MEMBETULKAN ORANG LAIN,NAMUN TIDAK SEDAR YANG DIA PERLU DIBETULKAN"...renung2kan dan selamat beramal..hehehe :D


29 March 2011

Kejap Pakai,Kejap Bukak..Apa Pegangan Saudari Sebenarnya?

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, March 29, 2011 4 comments
Salam...

Lately ni aku suka tengok fenomena di M'sia. Kenapa? ramai da sedar akan tanggungjawab seorang perempuan untuk menutup aurat. Alhamdulillah. Cuma aku x setuju bila mana dia pakai tudung hanya kerana tujuan tertentu.

Ekceli,memakai tudung hukumnya adalah wajib. Sedia @ x,bila hukum da wajib maka kena pakai even x sedia. Kita bukan nya tahu ajal kita bila,namun bila Allah amik kita dalam keadaan kita yang x menutup aurat,bagaimana ya?

Aku nak bercakap dari sudut perspektif yang lebih luas. Baru2 ni aku menonton rancangan Oprah. Dia temu bual dengan orang Islam,ada pendapat mengatakan perempuan yang memakai tudung ni adakah x moden,tapi apa yang di jawab oleh Ingy(wanita mesir yg memakai tudung), wanita bertudung ini sama moden dengan yang x pakai malah mereka lebih baik pabila melihatkan kecantikan kepada yang berhak(suami).

Kes soal jawab bertudung ni aku lebih respek pandangan orang luar negara. Diorang sincere dan lebih bagus mempertahankan keindahan & tanggungjawab tudung berbanding negara kita yang lebih banyak 'menjaga hati' banyak pihak.


So,kat sini aku nak kita sama2 doakan agar semua perempuan di M'sia dan seluruh alam akan melaksanakan hukum Allah ini. Jangan lah nanti bila negara kita da jadi macam jepun dan Myammar baru kita nak berubah. Takut2 masa itu sudah terlambat...

  Renung2kan dan selamat beramal!

 

03 March 2011

Rakan Blogger Masuk Agama Islam :)

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, March 03, 2011 1 comments
Salam...

Pejam celik,pejam celik Allah masih izinkan kita bernafas di bumi ini lagi. Alhamdulillah :) 
Semenjak awal2 aku berblogging, ramai kenalan yang aku kenal. x kira apa agama,namun 1 yang buatkan ku terharu, ada 1 blogger yang aku doakan agar dia menemui jalan haq yang benar telah pon dimakbulkan Allah..Alhamdulillah :) syukur sgt2!

Dulu aku kenal dia dengan nama Zhoe Wyn..tapi sekarang kena paggil nama Safiyyah pulak.Nama persis isteri Nabi SAW.

Tapi yang paling aku terharu,antara blogger ni ada link kasih sayang wlw pon x nampak. Kami bercadang nak jumpa.Yay!..tapi lepas aku success ngn projek pelatih kesihatan aku la.Insyallah..

Yela,dia kat Brunei..aku kat Mesia ni..huhu~ perbezaan duit pon ketara sangat! Kalau korg nak support pon ok jugak..ngeee~

Ni blog dia if korang nak terjah~ Safiyyah's Blog 

21 February 2011

Hot! Di tangkap Beberapa Jam Sebelum Akad Nikah

Posted by rAtu saLju™ at Monday, February 21, 2011 0 comments
Salam...

Tergamam seketika pabila bakal pengantin lelaki ditangkap beberapa jam sebelum akad nikah dijalankan! Di tangkap kerana kesalahan menagih dadah jenis methamphetamine pada 13 Feb yang lalu.

Haish..kesian pengantin perempuan,namun khabarnya telah di ikat jamin oleh ahli keluarga pengantin lelaki itu dengan bayaran RM2500 untuk membolehkan dia melaksanakan majlis perkahwinannya.

Ye la kan,kalau da kena tangkap majlis mesti diteruskan namun kalau tanpa pengantin lelaki,macamana pulak kan? 
Kes tertuduh akan dibicarakan pada 9 Mac ini dan sabit kesalahan boleh dihukum denda RM5000 atau 2 tahun penjara atau kedua2nya sekali.

Wahai semua,jauhilah najis dadah ye! Jangan jadi seperti ini.
p/s - da jadi reporter da cet ratu ni ye..sumber sini

11 August 2010

Epilog Cinta Ramadhan

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, August 11, 2010 2 comments
Salam buat pencinta Ramadhan..
Pejam celik,pejam celik da masuk bulan barakah iaitu Ramadhan al Mubarak.Bagaimana dgn persiapan minda dan hati semua? Adakah masih ditakuk lama?

Bulan Ramadhan ini merupakan bulan dan hari pertama saya sebagai isteri kepada Mohd Hafizan Anuar. Perasaan? sgt syahdu dan lain sangat.Amal dalam status isteri @ suami ini akan digandakan berbanding semasa single dulu.


Alhamdulillah,banyak2 kesyukuran buat yang Maha Esa kerana dapat lagi berjumpa dengan Ramdhan kali ini. Doanya moga saya dan anda juga dapat tetap dalam pelukan Ramadhan sehingga Aidil fitri menjelma.Aminn..

Oh ya,sempena bulan berkah ini, jaga lah perilaku dan amal kita agar tidak menjadi pahala buat orang lain. Tinggalkan umpat keji dan mengata, malah perbanyakkanlah zikir buat basahan lidah. Hindari dosa2 organ-organ yang lain. Semoga Ramadhan ini betul-betul bermakna buat kita menyuci dosa.
Salam Ramadan al mubarak kepada semua!~

12 March 2010

Facebook meruntuhkan istitusi perkahwinan?

Posted by rAtu saLju™ at Friday, March 12, 2010 2 comments
Salam semua...

Dulu nak berkenalan menggunakan surat,ada org tengah dan seumpamanya.Namun kini,kemudahan internet telah digunakan secara meluas dan maksima membuatkan atok dan  nenek juga turut bermain internet.
Dahulu untuk berhubung mungkin agak terbatas,namun kini hatta dalam seluar pun lebih dikenali dan tahu.Ramai pengkaji telah mengeluarkan kajian dimana Facebook adalah laman sosial yang turut memainkan peranan dalam pertemuan jodoh,namun dikala itu,ramai juga yang mengambil kesempatan untuk memulakan langkah 1 perkenalan walau telah ada anak 8!

Umpama A,B dan C.tambah kenalan dalam facebook,berkenalan,dan komen.Namun dalam keghairahan itu,banyak juga institusi perkahwinan menjadi pincang asbab kelekaan dan keterujaan bermain Facebook.Pengabaian dalam aspek kasih sayang selaku ketua keluarga dan mencari hiburan di'luar'.
Sangat menyedihkan,apabila org Melayu,khasnya yg beragama Islam,menganggap enteng permasalahan ini dan masih terus terbuai asmara buatan tanpa memikirkan natijah perbuatan terlarang itu.Nauzubillah~

18 January 2010

Manusia semakin angkuh dan selfish!

Posted by rAtu saLju™ at Monday, January 18, 2010 5 comments
Salam...

Bukan senang sebnarnya nak puaskan hati sekalian makhluk dibumi ini.Hatta hati sendiri pon belum tentu lagi kita mampu untuk dipuaskan.



Kadngkala juga,manusia seakan tidak paham dan lebih melihat kepentingan diri sendiri dari bertolak ansur dan amalkan frasa give n take dlm kehidupan.

Situasi dimana manusia itu mnjadi sgt mementingkan diri adalah pabila dia terlibat dlm perkara yg menguntungkan tetapi tdak mahu berkongsi dgn org laen,situasi di dlm tren KTM,sewaktu di ats jln raya,membeli tiket,dlm bas awam,dlm tandas awam dan semua yg awam2 la..


Tiada lagi unsur kasih syg dan tolak ansur,yang ada hanyalah sikap siapa dulu dan persaingan yg hanya memntingkan.Mengapa dalam hal2 pelajaran dan kebaikan tidak mahu pula untuk bersaing?

02 January 2010

Lelaki Sudah Hilang Kelakian?

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, January 02, 2010 4 comments
Salam..


Pada ku,secara peribadi,lelaki x kan hilang kelakian pabila:-
  • membasuh baju
  • tolong jaga anak
  • wat facial
  • memasak kat dapur 
  • tolong siram dan tgok2 bunga kat laman

Tapi,maaf cakap..lelaki akan hilang kejantanannya pabila:-
  • terlalu cerewet mngalahkan ppuan
  • wat pembedahan sana sini
  • terasa geli geleman nak buang smpah dan wat kije2 rumah
  • bawak keta cam siput sedut!
 
Kadang2 llki ni pelik juga[bukan nak kondem!]. Susah sgt ke nak ringankan tulang menyinsing lengan membantu para wanita di dapur,hatta kadang2 terasa berat mmbasuh sebiji pinggan yg dimakan sendiri,haishhh...melampau!
 
Pabila balik kmpung ade para suami yg smpai aty membiarkan isterinya shja yg bertungkus lumus menyiapkan brg2 dan memastikan anak2 disiapkan,dia pulak..baring2 rileks tengok tv,,wo0t..adilkah?

Apa yg boleh sy katakan ialah,saling bantu membantu la agar keadaan harmoni,x hilang lelaki anda membantu kerja2 prempuan,cuma yg x kan hilang dan makin meninggi adalah EGO dlm diri anda!

21 December 2009

Buat Baik Salah,Buat Jahat Pun Salah..alahai...!

Posted by rAtu saLju™ at Monday, December 21, 2009 4 comments
Salam..



Hai..mcm2 ngan dunia ni,buat baek slah,buat jht lagi la salah! Bila kita bermurah hati untuk sedekah dan slalu jengah masjid @ surau..sedap2 ati je sstgh masyarakat melabel 'ustaz' @ 'ustazah'..hello,nak tggu kiamat dlu ke baru nak insaf @ buat amal?..phewww

Ku slalu juga org takut nak tgur..erk..daku mkn org ke? Pelik la manusia ni,ekceli rakyat mesia je kot yg sgt2 pelik bin ajaib! Suka otak x berkembang bila tang2 buat kebaikan dan kebajikan.Suka melabel dan memperlekeh,bila org tu baru nak insaf dan kembali kepangkal jalan,mulalah mulut2 menjuih2 dan ngata yg buruk2.Patutnye doakan la yg terbaik dan kekal dia ke arah kebaikan.Ni buat dia balik nak menyetan!..aduhai...

Kadang2 org ssah sgt nak wat kebaikan,senyum pun dah kira OK untuk mendapat 1 pahala,tapi jgn plak snyum nafsu,tu dapat BALA!Buang duri/kayu/paku tengah jalan pon da kira sebahagian dri iman.Kita hidup kat dunia ni x lama,habis tggi pun 60-70 tahun je,klu lebih tu bonus,tapi tyme tu kita msih lagi boleh buat amal secara sempurna ke? boleh jalan2 bebas mcm umur 20-30an? Takut2 tyme tu kita da terlantar je nak tggu Malaikat cabut nyawa,masa tu baru pk nak taubat dan amal yg sikit dah x guna lagi..

oleh itu,tepuk dada tnya iman,jgn hanya mencaci bila ade yg buat kebaikan,ambik iktibar dan insaflah,turut serta bertaubat dan membuat amal.Semoga kita berat timbangan di 'sana',ringan persoalan dan cepat masuk syurga..insyallah,aminn...  

11 December 2009

Masalah Hati Jika Tak Bersyukur...

Posted by rAtu saLju™ at Friday, December 11, 2009 6 comments
Senah [bkn nama sbnar] : Alahai,bdn aku ni da x slim la. Muka pun pucat je.
Tipah : Eh,ok ape.Aku tengok da bnyak ko makan pil2 dan tahan nafsu makan,ni pun da slim da.Nak turun sampai kena Aneroxsia Nervosa ke? 

Senah: Aku takut bf aku lari la...

Tipah : Selama ni pun dia amik kesempatan kat ko je,bukan dia betul2 suka kau pun.

Salam...

Org yg gemuk,nak kurus kan badan,yg kurus pulak sebuk kena perli cekeding x cukup makan..alahai...

Manusia sejak dri dlu x penahnya bersyukur dgn apa yg dimiliki nya,dari badan sehingga lah kepada harta benda dunia yg x bawak mati tu.Muka hidung senget,pi ubah kejadian Allah wat plastic surgery,x cukup ada Produa Kancil,pi tukaq plak Myvi.Pokoknya,manusia itu x pernahnya PUAS! sering menjadikan syaitan sebagai ikutan dan panduan agar dikatakan mengikut trend terkini.alahai...Nauzubillah! bersyukurlah dgn apa yg ada..

Harta kalau boleh mesti melebihi dari jiran sebelah rumah,jiran renovate dapur,kita pulak kena renovate dari anjung smpai longkang dapur.Anak jiran hantaran kawen RM10 ribu,kita kena lebih RM15 ribu.Jiran guna Exora terkini,kita kena ubah Alza memikat hati.Alahai...kenapa bersaing menaikkan hutang yg akhirnya membebankan diri sendiri? Membaluti diri dgn sifat hasad dengki dan tamakkan dunia,akhirnya nanti kita juga yg menyesal sendiri.

  Mengapa kita x ambil contoh Nabi Muhammad yg hidup dan matinya mahu dikalangan org miskin dan Baginda mahu dibangunkan di akhirat kelak bersama2 org miskin juga,namun kita?..tepuk dada tnya iman sendiri,sadisnya.bersyukurlah kita dgn apa yg ada.'Pabila kaya,aku akan mudah menderma'..owh,ya kah? sejarah membuktikan pabila manusia itu dilimpahi kekayaan,makanya dia amat kedekut dan takut hartanya habis bila dia menderma dan bersedekah.Padahal Allah dah janjikan setiap 1 yg kita sedekah,Allah balas dengan 10.

Oleh itu,hiduplah secara sederhana tanpa niat dan hati bersaing mencari kemurkaan Allah,redha Allah lagi utama dri semuanya!...smpai sini dlu,salam penghulu hari untuk semua!
p/s-sila klik DERMA untuk kempen menderma tabung CIK INA.



10 December 2009

Layakkah Lelaki Memimpin Zaman ini?

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, December 10, 2009 17 comments
Salam...




Baru2 ni ku balik dri 1 ceramah agama,penceramah-of coz seorang llki.Terpegun dgn pengetahuan agama yg beliau miliki.Terdetik dlm hati,berapa ramai lagi spesis lelaki mcm ni wjud di dunia ini?

 Ya,mnjadi pemimpin kepada 1 istitusi bukan lah 1 perkara mudah,tanggujwb dan komitmen harus 200%,harus spnuh jiwa dan snggup mghadapi risiko,namun x ramai llki mcm ni skrng.Kebanyakn kahwin kerana seronok dan tujuan tertentu.Kala di ajukan soalan fardu ain untuk protokol sebelum bernikah,tergagap2 mahu menjawab.Sy x pertikaikan kedudukan llki yg lebih tggi dri permpuan,namun keengganan mereka menambah ilmu dan juga keegoan dlm mendalami ilmu agama yg sy kesalkan.

Sanggupkah menjadikan isteri terkontang kanting tnpa bimbingan? Rata2 kebanyakan malah semua wanita mahukan seorang llki yg mampu membimbing dan memimpin mereka dlm agama untuk dijadikan suami.Hatta prmpuan yg suka berpelesaran pun begitu,jadi bersediakah lelaki memikul tggjwb itu di pundak mereka?Perempuan pabila baik,adalah lebih baik dari 1000 org abid[pengamal agama],namun bila jahat,adalah lebih jahat dari 1000 org lelaki.

Pabila sudah memakai short kala bermain bola,masih di kedai mkn kala azan maghrib berkumandang dan mewarnakan rambut ikut air karat,bolehkah ini dianggap contoh seorang pemimpin?Sadis...sebagai khalifah,contoh yang baek harus ditunjukkan,walau diri x sehebat Rasulullah namun jadikanlah peribadi Rasulullah sebagai panduan dan ikutan..bukan menyuruh diri menjadi terlalu alim,namun kala di padang Masyhar,kita akan digolongkan dgn siapa ikutan kita dibumi dulu.

 Mahukah anak2 lelaki anda nnti mengikut jejak llki yg x bleh dijadikan pemimpin?


Renung2kan dan selamat beramal! 

22 November 2009

Seksi: Stokin dan Gurl

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, November 22, 2009 6 comments
Salam keindahan buat semua...~


Uiks,..tjuk en3 mcm best.Ekceli,selain seluruh badan,yg wajib gurl ttup,kaki juga memainkan peranan.Slalu je lupa yg 1 ni,nak cover kaki,maka tersembul la kaki yg puteh mulus tu [klu puteh la],ade yg x segan silu bila pkai skirt pendek mmg nmpak kaki dia yg ala2 semak belum tebas lagi..haishhh...


Itu lum lagi tgok cagu dan pecah2 di tumit lagi..adeh..kdg2 hnya pkai kala emergency shja,tyme kaki sgt2 'chantek' untuk diperlihatkan.Aduhai..aurat tu kak Limah~Skng da mcm2 fesyen stokin da untk diperagakan,cumanya,1 la..ttup la aurat ngn sempurna..


jgn biarkan kaki anda digelakkan sang lelaki~Aurat wajib ttup smpurna..kepala ttup kaki x ttup x boley juga..lalala~

20 November 2009

Hantaran tinggi,keperluan @ pertunjukan?

Posted by rAtu saLju™ at Friday, November 20, 2009 9 comments
Salam semua...

"Mak aih,banyaknye hantaran cik Tipah tu,mak dia jual anak ape?" 

Biasa dgr je talk2 mcm tu kan?..mak pak klu boleh nak hantaran tggi,ank n bakal menantu klu boleh nak kwen cepat,hantran so-so je..Bakal mak mentua plak pening nak supot kenduri belah llki plak..



Haishh..hantaran tggi skng da jd trend plak,biar smpai 20-30 riban,kena tnjuk smpai 7 keturunan.Hantaran plak skng kena ikut tarikh lahir,klu 24 februari jadi la RM24020.86 <----wuahaha..ni bukan hntaran ku,wlw terikh lahir itu tarikh lahir ku..wakaka~kad kawen kena standet mcm kad kadbot,yg fotostat biasa x prestij.Ape la,ni kenduri ank Cik Tipah tau!




Ok,baju plak kena ternama nye tailor dan pereka sch s Rizalman,Radzuan Radzwill x pon paling koman mesti Hatta..Cik mat wlw da 20 thn menjahit x pandang weihh! x de name! ape ade dgn nama sdangkan kena byau RM5,000 untuk sepasang baju!..huh..GILA~

Kenduri kena paling koman wat kat dewan MPPJ,wat kat umah?..euuuu..x kelas la.Dewan u,jemput la si Siti wife datuk K nyanyi,klu kugiran Kg Pisang kirim salam! lagu pop yeh2?..ape tu?..wuahaha..semua konon nak nmpak class!jemputan dri kalangan ternama,RSVP beb! ank2 yatim x yah jemput,semak pandgn,padahal itu lah golongn yg perlu di utamakan.



cincin idaman hati..heheh
Bila da selesai majlis,si menantu pening pala nak bayar hutang keliling pinggang,mak pak mentua senyum ke telinga collect tol tyme kawen,menantu dan ank pening gaduh di bilik nak settle hutang.


Dari berjanji sumpah setia masa bercinta dan tunang,kawen 3 hari masing2 masam muka.Penyudahnye...


"betul ke ank cik Tipah yg baru sebulan kawen dah bercerai?"


Ke ank tangga majlis agama kita kali kedua...bukan membina tapi meleraikan 1 ikatan yg kononnye nak kenangan 7 keturunan.Mak pak baru sedar,wang dan kemasyhuran bukan segala2nya untuk bahgia.


Walimah ikut cara sunnah,hantaran x perlu tinggi,majlis x perlu grand,baju dan kad x perlu mahal2,bahagia dan berjaya,Insyallah..

14 November 2009

Terbiasa Makan & Minum Tangan Kiri,Salah Siapa?

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, November 14, 2009 4 comments
Salam..

Maaf,mngkin entri ku kali ini agak direct to da point,namun itulah kenyataannya.Org Melayu kebnyakan.ku ulng,KEBANYAKAN NYA mgalakkan @ xtegur langsung anak2 yg minum tgn kiri!

Perkara yg sgt sedih,namun sgt2 berleluasa pada masa skng,bila da mkn guna tgn knn(mkn tnpa sudu),dia anggap tgn knn da kotor,dia guna tgn kiri kononnya bersih untuk minum(eklan di tv juga menunjukkan contoh x baek).Ape punya tabiat la,Nabi anjurkan kita untuk ikut sunnahnye dan lwn syaitan,tapi perilaku kita dlm x sedar mmg join syaitan sama!

Situasi: ank murid ku sdg mkn nasi mnggunakan sudu dgn tgn kiri!
Daku : A,knpa mkn tgn kiri?
A : x biasa ustzah mkn tgn kanan.
Daku : kan mkn guna tgn kiri ikut syaitan,mahu ikut dia?(ku perhatikan A menggeleng kepala seraya menukar sudu ditgn kanan dan mula menyuap nsi kekok)
Daku : Mak kamu xtegur kamu mkn dan minum tgn kiri?
A : (menggeleng kepala) TAK
Daku : Ayah?
A : kadang2
Daku : (istgfar dlm hati) xpela,mulai hari ini,jgn lagi guna tgn kiri untuk mkn dan minum wlw kamu kidal skalipun,ikut cara Nabi,kamu akn berjaya,Insyallah

 
Mak pak x tegur lngsung,tapi yg dia tegur bila anknye guna tgn knn untuk minum.Sgt sedih!Lagi2 kebnykn org yg kidal(menulis guna tgn kiri),pegang sudu dan mkn guna tgn kiri...huhhhhhhh...sedih.Keadaan ni anda dpt saksikan bila mjlis2 mkn2 @ kenduri,hatta org berilmu pun malu untk guna tgn knn minum dan ceduk mknn dri pinggan lauk.

Sebenarnya dlm xsdar,perbuatn yg kita anggap 'kecil' itu efek pada budak2 kecil yg sedang mmbesar,dan perangai mereka.Syaitan itu dri api,jadi pemarah itu akn diwarisi,kdg2 ibu bapa itu sndiri menyuapkan mknn dgn tgn kiri,alahai...umpama menyumbat mknn najis@sisa syaitan dlm mulut anknya.

Anda boleh perhatikan anda juga,adakah masih menggunakan tgn kiri untuk minum dlm x sedar kerana terlebih biasa?skdar renungn kita bersama..Nabi x ajar kita,tapi knapa kita perlu biasakan larangan Junjungan Mulia kita?

p/s: renung2kan dan selamat beramal!

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez