Daisypath Anniversary tickers

06 November 2012

Dalam dilema... (-_-')

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, November 06, 2012 1 comments Links to this post
Salam...

Dah lama tinggalkan belog. Bukan x sayang,tapi kekangan masa dan tak sempat. Alhamdulillah,sekarang dah 33minggu,Khamis ni masuk 34minggu. Perasaan? of kos dalam debaran dan teruja. Debaran sebab bila da melangkah ke minggu ni,bila2 masa je baby akan menjengah dunia. :)

Sekarang makin x selesa bila nak tido,mesti pusing 2-3x baru la terlelap,kadang2 lebih pusingan! :P tapi setiap ujian terasa manis. Alhamdulillah,preggy ni x ada masalah sangat. Allah mudahkan semuanya,sejak dari awal kandungan. Rasa macam x sangka dah nak jadi mak. Selama ni duk berdua je dgn hubby,bila lately hubby mnegusik dah sedia ke menjadi ibu,terasa syahdu x sangka.

Ekceli,ini bukan masalah,tapi aku dalam dilema nak bersalin di mana. Samaada di sini atau di kampung. Aku juz terfikir nak hubby aku ada bersama2 di labour room nanti. Biar dia mengazankan anak kami dan tolong aku yg dlm kepayahan. Ntahla,selama ni bila apa yang kami lalui bersama,aku kuat bila dia ada disisi. Tu yang mudah sensitif bila dia marah.. :P

Sekarang ni aku x tahu nak buat keputusan mcmana,so,aku nk tanya korang readers,if ada suggestion mna yg lagi baik. Terima kasih..

take care,
love lots! :)

10 September 2012

Sudah separuh perjalanan...

Posted by rAtu saLju™ at Monday, September 10, 2012 0 comments Links to this post
Salam...

Dah lama sebenarnya hasrat hati nak menulis,tapi asyik tulis sekerat jalan dan kemudian delete. Apekah?




Sekarang ni sangat la x larat,aku mula sedar benda ni jadi 2-3 hari ni. Kalau ikutkan kiraan lagi tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk menyatakan 'tata' untuk trimester 2. Tapi badan lemah semacam.

Sekarang ni aku da la kembali bekerja,kembali menjadi guru ganti,tapi jadual aku petang. Pagi tu kadang2 x sempat nak rehat bila mengadap lappy. Mulai hari ni aku nak disiplin kan diri at least kena tido sekurang2nya setengah jam sebelum ke sekolah,kalau x memang flat aku rasa bila balik sekolah. :(

Esok baru check up balik selepas hari last checkup masa bulan puasa aritu. Alhamdulillah kalo ikutkan perkebangan da 25 weeks++ da,terasa baby makin membesar dengan jayanya. Momen yang aku paling suka bila aku cakap dengan baby dan dia respon. Lagi2 bila ayahnya ketuk2 lembut perut sambil suh bangun,lepas tu cepat je respon.




Sekarang aku da terasa susah nak tido,semua posisi aku cuba,hahah~ :D tapi last2 lengan suami juga yang dicari. :P Semalam Alhamdulillah da beli barang baby sikit,tambah lagi koleksi. Rasanya da cukup kot baju baby 7 pasang. Tinggal nak senaraikan yang lain2. Setiap kali beli barang aku akan make sure untuk tulis senarai harga tu dlm budget supaya x tergelincir nanti.

Hubby da mula merisik2 tanya tentang set bersalin yang aku nak beli,memula aku cakap x payah. Tapi dia yang x kesah nak belikan..Erk..sangat best! Tapi x kisah sebenarnya,aku pun tengah kumpul duet untuk beli coz xnak bebankan my hubby. Nanti la aku cerita sal pilihan set bersalin.Insyallah :)

Oke la,sampai sini dlu..Ni pon macam ting tong je..Nak rehat. Terima kasih untuk semua ucapan Hari Raya. Saya bace,tapi kadang2 x sempat nak balas. Salam Aidilfitri juga yer semua. :)




25 August 2012

Salam Aidilfitri semua.. :)

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, August 25, 2012 2 comments Links to this post
Salam Syawal...

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan salam Aidilfitri untuk semua readers. :) Alhamdulillah dapat berehat lama dgn suami raya kali ni,hepi namun x dapat jalan ke mana sangat pun coz hubby x berapa sihat sepanjang raya.



Syukur Alhamdulillah baby da masuk ke minggu ke 23. :D Berat badan dah naik,tapi perut masih mentain saiz.hihihi.. makin terasa keaktifan baby dalam perut. Barang2 bayi da start beli sikit2,akhir bulan ni nak beli lagi,insyallah.

Setakat ini sahaja dulu,nak taip panjang2 macam belum cukup idea,mud pun x berapa nak ada kebelakangan ni. Sampai jumpa lagi insyallah~ :)


30 July 2012

Kita hanya merancang,Allah juga yang menentukan..

Posted by rAtu saLju™ at Monday, July 30, 2012 0 comments Links to this post
Salam...

Aku ada ceritakan di entri yang lepas yang aku ingin ke Parenthood Expo Mid Valley,tapi end up daku x pegi pon. :D  Hari sabtu lepas mungkin daku sedih sedikit.*menangis*. tapi aku ni jenis sedih sendiri pujuk sendiri..haishhh..entah kenapa sejak preggy agak cengeng. Setengah jam kemudian aku kembali oke. :)

Kami hanya ke pasar raya utk beli barang keperluan puasa. Kewangan yang x begitu oke bulan puasa ni membuatkan aku berfikir hampir 10x utk pergi. Lagi pun hubby nampak berat untuk pergi,kemungkinan bajet raya yang kami peruntukkan nanti takut gaji hubby lambat. Memang aku akui,kami berjimat cermat sedikit 2-3 bulan ini. Aku amat yakin rezeki dari Allah ada untuk kami dan baby.Alhamdulillah,syukur..

Mungkin bulan depan kami akan ke butik One Baby World saja. Sementelah kedai tu tengah buat sale. Oke la,pen off pasal shoping baju baby,frankly,aku da xde mud sangat.Ke depan2 x tau le pulak.

[baby da 19weeks+,Alhamdulillah]
sumber Babycenter


Alhamdulillah,baby da 300+ gram dlm rahim. Besar da,ikut perkembangan dlm Baby centerpatut 240gm jer. :) Khamis lepas pergi scan di KK,perkataan pertama doktor cakap,"oke puan,baby puan sihat". Syukur sangat2! Selama ni bila org komen kata perut aku x nampak,aku risau jika baby x ckup besar yang sepatutnya,tapi Alhamdulillah even puasa baby x efek pun. Sayang anak ummi manja dlm perut ni! :)

Baby pun semakin aktif gerak dan menendang,selalu terasa dia menendang waktu lepas sahur,lepas berbuka dan tyme terawikh.Hubby tersenyum2 je bila dapat rasa baby gerak.Then hubby cakap "jadi anak soleh ye". Oh,aku x tahu lagi anak dalam perut ni lelaki @ perempuan,tapi gerak hati kuat cakap mcm lelaki. Aminn..mudah2an betul.

X kisah la lelaki @ perempuan,apa yang Allah tentukan,semoga anakku lahir sihat dan cerdas. Oke,sampai sini dulu..tahniah kepada sahabat ttc SUE yang berjaya mengandung. Alhamdulillah..

Sehingga jumpa lagi,do take care.. :)

26 July 2012

Beberapa kemusykilan yang saya perlukan pendapat anda.

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, July 26, 2012 6 comments Links to this post
Salam...



Start esok sampai ahad ada expo Keibubapaan @ Mid Valley. Aku?...hurmmmm...masih serba salah nak pergi/tak. Hai..susahnya. (T__T) Dear readers,bole la bagi pandangan pada persoalan hati aku ni.

Pertamanya,aku nak pergi,tapi kesian kat hubby aku. Sekarang ni kan tengah bulan puasa,riso dia x larat je. So,bila bab ni masuk,aku jadi x kisah kalau x pergi. Coz kaki aku pun slalu sakit2 bila da 5 bulan ni.

Keduanya,aku siyes xde idea nak beli apa. Tak tahu nak mula beli yang mana. Please pada yang mengetahui,boleh la komen apa yg patut aku beli dulu. Dalam otak aku ni,aku dok pikir nak beli barang2 toiletries untuk baby je. Apekah?..

Ketiga, aku penat nak jawab soalan orang "kenapa beli awal2?". Reason aku cukup mudah,aku suka beli sikit2 start skarang smpai 8 bulan nanti. So,bila da masuk 8 bln nanti aku hanya tinggal membasuh dan mengecheck barang yg x cukup jer. Aku x suka beli sekali harung,nanti mesti terbabas,samaada bajet / barangan bayi tu.Lagipun yg paling penting,nanti bila perut da makin besar,cek da x larat nak jalan da mak jemah oii...

Keempat, aku ada buat list,tapi x tahu la betul ke x list tu. Aku pun xde pengalaman,aritu masa kak ipar balik kampung pun,aku sempat tnya dia beberapa soalan je. Sekarang ni aku yang duk blur sendri. Dari eksaited memula dulu nak beli barang baby da jadi suam2 kuku je skarang ni.

Kelima, beg diaper kena beli ke? (T____T) [itu pon nak tnya ke?] Ekceli aku mengharapkan adik aku yg kat P. Buntar tu join skali. At least ada juga la makhluk boleh gurau kaw2 dan bergelak ketawa tyme gi expo tu kalo suami aku x larat nak jalan da. Tapi dia lak ada komitmen..huhuh (T_____T) [nanges lagi]

Ok,lima perkara ni dulu la. Erk..mcm lagu Raihan le pulak. Terima kasih daun keladi kepada semua yang meninggalkan pandangan..Selamat berpuasa :)

Salam


    

24 July 2012

Ujian hidup ini hanya sementara..khas buat rakan2 TTC :)

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, July 24, 2012 4 comments Links to this post
Salam...

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

p/s- sy juga mendoakan rakan2 ttc diluar sana,jgn la putus berharap kepada Allah,insyaAllah rahmat Allah tidak pernah putus untuk hambanya. Insyallah.. :)

23 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Posted by rAtu saLju™ at Monday, July 23, 2012 2 comments Links to this post
Salam semua...

Pertama sekali,terima kasih yang tidak terhingga kepada readers Cinta Sang Ratu. Terima kasih juga sebab tinggalkan jejak. Alhamdulillah da masuk hari ke 3 kita iftar. Semoga perjuangan kita dipelihara dan diberkatiNya. Aminn Ya Allah..

Sempena bulan yang mulia ini,saya nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua. Doanya,semoga 10 hari yang pertama ini kita memohon rahmat dari Allah tanpa henti.Sehingga jumpa lagi :)


18 July 2012

Naik mendadak!

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, July 18, 2012 2 comments Links to this post
Salam...

Da lama x coret kat sini. Kebelakangan ni perut suka mengeras mcm buah keras,tapi so far xde ape yang membahayakan.insyallah :) ramai yg tanya,ada alahan x? sgt2 bersyukur sepanjang kehamilan Allah pelihara aku dan mempermudahkan kehamilan ini.

Semalam,aku pergi KK untuk rutin checkup mcm biasa.Aku memang ada beli alat penimbang kat rumah,saspen punya pasal,tapi alih2 penimbang tu asik wat hal je bacaannye..hampeh tul. Bila da dtg KK tu memula kena timbang,aku juz espect berat aku akan naik paling tinggi pon 300gm. Sekali misi cakap naik 1.6kg..mak aihhhh! terkejut aku dengar bacaan tu. Dalam hati da ckp da,mati la aku kena minum air gula,hahaha :D

Memang aku perasan seminggu 2 ni aku tersangat la suka makan,mkn da jadi mcm asrama pulak,6x sehari. Aku mkn sikit tapi kerap,Alhamdulillah semakin lalu dan bertambah selera,tapi natijahnya,berat aku NAIK MENDADAK! sgt saspen oke. Nurse ada ckp yang perut aku pon mcm org preggy 20weeks,bukn 17..huhuh

Memandangkan aku underweight,melalui pembacaan aku,aku kena naik sehingga 20kg sepanjang kehamilan..means aku akan jadi 65kg di akhir kehamilan. Tapi bila aku mula naik ni aku rasa x sedap hati le pulak. takut kena bebel je.hahah :P

Sekarang ni xde la control makan sangat,tapi aku semakin behati2 la. Untuk pertama kalinya berat aku naik,sangat best dan teruja! Selama ni memang susah berat aku nak naik. Merasa la aku menjadi gemuk seketika..hehehe :)

Ok la,sampai sini dlu,do take care all..terima kasih kepada sesiapa yg sudi meninggalkan jejak :)

salam


p/s- bby da 17weeks :)

 

10 July 2012

Banyaknye duit nak pakai. Adoi!

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, July 10, 2012 1 comments Links to this post
Salam...

Eh hai! asik belog walking je. Tak de mud nak update belog sendiri. T__T. Nak tulis pasai kepentingan dan cara guna cloth diaper (CD) / lampin moden pun belum mencanak naik mud tu. Haissshhh~

Alhamdulillah,baby da meningkat umur 4 bulan dalam perut. Perut da makin nampak,tapi kalau pakai baju kurung memang x nampak sebab aku pon pakai tudung labuh so, no sweat la! Da malas nak ambik port da bila orang kecoh x nampak perut aku. Yang penting baby dalam perut ni sihat dan membesar dengan kadar sepatutnya. 



Sekarang ni dalam mode berjimat cermat. Plan nak bersalin kat swasta. Tapi entah cukup ke x tabung nye. Bila servey2 barang2 ummi dan baby,phewww..sangatla mencanak naik akaun KREDIT! rasa nak pengsan 3x je..huhuhu

ni plan pakej yg kekononnye nak di ambil.

PAKEJ FATIMAH                                                                   RM1599
4 KATIL SEBILIK
(BILIK BERHAWA DINGIN)

Alhamdulillah la masih membuka perniagaan  on9 yang masih status BERNIAGA. Ni pun lepas barang2 diri sendiri je. Henpon yang patut aku tukar lama dulu pun,aku berkira2 nak beli. Hai,duit...duit..mana la aku nak petik ko laju2 dan banyak2? sila jawab dengan nada kuat2 ye duit.

* sila la LIKE fb Si Manja Ummi yer :)*

Semalam,aku dengan amat rajin telah menservey barang2 keperluan ummi dan baby. [boleh serbey je la,beli belum boleh lagi]. Sekali terjumpa 1 belog ni yang dia bukan takat listkan barang2 untuk ummi & baby,tapi sekali rege nye ko! sekali aku tengok list yang dia da jimat2 kan tu pon aku nak pengsan. Dia tulis bajet dia ciput,ada yang dia buat sendiri je. Tu pon da keluar almost RM4K! Aku ni da tergaru sana sini bila tengok bajet tu.

So sekarang ni,aku rasa bab2 barang2 baby,aku nak tolak tepi untuk hubby aku beli. Untuk duit bersalin,pantang dan barang2 ummi aku rasa aku cover la. Sian suami aku,da la keje teruk2. Ni yang nak nges ni.. (T__T) sangat syahdu oke! Aku kalau bab nak mintak duit kat hubby la paling liat sekali. Selalu tunggu je la dia bagi. Kalu x duk diam2. Kasut pun pakai sampai la da x le pakai.sob...sob..

Oke la,sampai sini la aku buat drama,cerita panjang nanti pon silap2 aku nanges kat sini..heheh.[kata nges,tapi bunyik gelak].Esok2 hapdate lagi.. :) insyallah

take care.

p/s- baby da 16 weeks.. :)
 

 

 

22 June 2012

Apabila hb rendah dan berat menurun.

Posted by rAtu saLju™ at Friday, June 22, 2012 1 comments Links to this post
Salam jumaat semua!

Apa khabar? aku doakan agar semua pembaca belog Cinta Sang Ratu ceria dan sentiasa dilindungi Allah hendaknya.aminn..~

Selasa lepas pergi checkup di klinik kesihatan. Sekali bila timbang dang ambik darah,2-2 turun.aiseh..misi dah stat bising sebab apa turun sampai 1kg. So dia ckp esok kn dtg lagi jumpa doktor,hati da sikit cuak da.

Esok nye dengan hati yang malaspergi la KK,sampai pukul 8 lebih,skali dapat nombor giliran 60.Dalam hati da cakap,ala,ni kejap je.Sebab last month aku pegi x la lama sangat kena tunggu.Tapi sangkaan meleset sama sekali,aku punya giliran pukul 12.15 baru masuk bilik doc! haishhh...da sakit2 pinggang duk kat lantai.hehehe..tapi x pe,demi baby..tahan je la.

Doc x cakap banyak sangat pun,dia tnya kenapa hb n berat turun. Aku cakap la sbb aku puasa hari isnin sebelumnya. Dia bising sikit la,yang aku x larat dia kata kalau turun lagi aku kena minum air gula.Haishhh..tu yang aku sangat2 x lalu! minum air biasa pun x manis,inikan pulak air gula hospital..weekkk  (X_X)

So sekarang ni alhamdulillah,alahan pada bau telur telah pun pergi,so aku dapat masak dan makan dengan aman. Aku da stat cakap dengan baby,ransangan awal supaya baby kenal suara ummi dia. :) Aku dengan misi menaikkan berat 2 kg untuk 2 minggu ni sebab next appointment will be on 3rd July. Aku minum 3gelas susu kali ni. Aku pastikan x skip obimin n fish oil dan aku makn kerap.

Aku saspen sikit sebab perut aku betul2 x buncit mcm ibu mengandung. Klu datang KK pon orang tengok je nape aku ada kat situ..huhuhu (T___T) xpe la,janji baby dalam ni sihat dan membesar dengan kadar yang betul.Dah ummi dia kurus tinggi,mungkin sebab tu perut x nampak lagi kot.heheh..oke la,sampai sini dulu..penat da taip.kih3 

Jumpa lagi ye..insyallah :)

salam

 

15 June 2012

Eh,awak mengandung ke? perut kecik je.

Posted by rAtu saLju™ at Friday, June 15, 2012 2 comments Links to this post
Salam ceria semua!

 Apa khabar yer? da lama x menulis kerana syok pi cuti kat kampung halaman di Parit Buntar,Perak :) hati teringin nak coret2 sementelah si kecik membesar dengan pantasnya walaupun perut ummi dia x berapa nak nampak.


[baby 13 minggu :) ]


Alhamdulillah,sedar-sedar usia kandungan saya da cecah 3 bulan lebih. Kalu ikut kalender mingguan da masuk 13weeks. :) Alhamdulillah...berat badan haritu pun naik 500g je. Cuma bila makan,x boleh nak makan banyak2 nanti mengah dan kain jadi sendat.Sekarang ni saya cuba x tinggal minum susu,kesnya sebab haritu gigi dan pinggang saya sakit selama lebih seminggu asbab saya tinggal minum susu selama seminggu!

Walau kandungan da nak masuk 4 bulan,tapi perut saya x nampak macam orang mengandung langsung. cedih (T___T).. tapi x kisah la,janji lil miracle dalam perut saya ni sihat. Alhamdulillah sepanjang kehamilan ni saya xde alahan dan loya yang amat teruk. Rasa nak muntah ada,cuma muntah jarang sekali. Lil miracle dlm perut x nak ummi nye susah kot. :) syukur Ya Allah.

Frankly,sampai sekarang saya masih x percaya yang saya mengandung,masih baru nak terima kenyataan yang ada janin dalam perut saya ini. Kadangkala,rasa nak menangis x sangka impian itu akhirnya jadi milik saya. Sungguh! Dulu sayu je tengok ibu mengandung. Kadangkala menangis sorang2. Tapi Allah x pernah sekali melupakan hambanya,malah kita yang selalu melupakan Allah SWT. Astaghfirullah....

Baru-baru ni masa naik LRT saya memang x larat nak berdiri,last2 dengan muka selamba,saya menyangkung sekejap dlm tren. Tekanan darah saya rendah,jadi bila berdiri lama saya mudah x tahan,jadi penat. Saya berdiri dari tunggu tren di KL sentral sampai la ke 8 stesyen berikutnya,almost sejam! Tapi dalam hati redha je la,orang x tau saya mengandung,perut kecik..heheh. Semoga anak dalam kandungan ni nanti kuat dan sabar macam ummi nye.Insyallah.. :)

Sebenarnya,kadangkala saya x nampak mcm orang mengandung sebab jalan dan buat kerja macam orang x mengandung. Tu yang selalu kena marah dengan family n hubby coz wat keje cepat-cepat. xpela,lepas ni sy kurangkan sikit 'cepat' tu. Insyallah..

Sampai sini dulu,sampai ada rezeki,saya menulis lagi..minggu depan nak gi klinik kesihatan wat check up. Jumpa lagi,insyallah..doakan kesihatan saya yer :) ...jazakillah

salam

18 May 2012

Si Kecil yang semakin membesar :)

Posted by rAtu saLju™ at Friday, May 18, 2012 1 comments Links to this post
Salam...

Apa khabar semua? Lama x berblogging sebab keadaan kesihatan aku yang tidak berapa elok kebelakangan ni. Selera makan masih lagi belum ada lagi,namun aku cuba x skip makan (sebab lapor amat if x makan) hehe.

Alhamdulillah semalam da wat 2nd check up,1st dulu masa nak confirm kan kehamilan,ni coz nak check ada heart beat ke x. Alhamdulillah syukur,lil miracle dalam badan saya ada heart beat,doc bagi dengar. Sayup2 tapi still kuat. Sangat kuat lil miracle dlm badan ummi dia. Sekarang ni ikutkan tarikh scan,aku da 9 minggu. Means dari doc,semua organ da terbentuk kecuali peparu yang akan terbentuk sepenuhnya pada minggu yang ke 28.

Nak kata teruja sangat tu x de la.Aku still ambik pendekatan berhati2,x nak terlalu eksaited sebelum semuanya ada depan mata. Hubby aku tengok happy,tapi saja je sembunyikan depan aku. heheh...tapi semakin lama aku tengok dia semakin amik berat tentang semua yang aku buat. 


Okla sampai sini dulu,ni adalah pic tumbesaran baby pada minggu ke 9 :). sehingga jumpa lagi.insyallah ~

salam 

29 April 2012

'Kalau abg mati,ayang kahwin lain ye..'

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, April 29, 2012 1 comments Links to this post
Salam...

Pause. Dunia terasa berhenti berputar bila hubby tiba2 mengeluarkan ayat itu. Sungguh saya x penah sangka dia akan cakap ayat itu. Dengan badan yang x berapa sihat asbab pembawaan budak,saya terpaksa menyusun kata di dalam minda sebelum membalas ayatnya itu.

Ya,mati itu pasti,hidup itu Insyallah. Saya amat pasti dan sangat meyakini hal itu,namun kehilangan orang yang paling saya sayang pada masa kini,saya tidak mahu sekali pun membayangkan! Sebab saya tahu,saya x sekuat itu pada ketika ini.

Dia la tempat saya mengadu dan meminjam bahu kala saya menangis tentang sesuatu dan keadaan badan yang x berapa selesa. Dia tetap sabar mengurut badan dan kaki saya walau saya tahu kadangkala dia keletihan. Namun semua perihal dia itu buat saya amat terharu dan menghargai dia.

1 ayat yang biasa terkeluar dari mulut saya setiap pagi dan malam sebelum tidur ialah, "Abang,ayg sayang abg" [sambil senyum]. Biasanya hubby x terus jawab,dia akan senyum dan buat saya tunggu berminit untuk dia membalas ayat itu kembali. Tapi kadangkala saya terpaksa bertanya dengan muka sedikit merajuk yang dibuat adakah dia menyayangi saya.hahah :D

Apa yang berlaku pada masa hadapan,saya tidak tahu.Tapi saya tidak akan berjumpa lelaki sebaik suami saya,kemungkinan tiada orang boleh menggantikan 'tempat' dia dihati saya. Kerana saya percaya,Allah akan menghantar seorang lelaki yang baik untuk kita yang bakal berkongsi kehidupan kita hingga ke akhirnya. :)

Sehingga kini saya terfikir akan ayatnya itu,namun saya tahu dia hanya mahu saya tetap gembira even bila dia tidak ada lagi di dunia ini. Tetapi,walau apa pun yang berlaku,saya tetap mahukan hanya dirinya. Saya ingin menghargai dan menyayangi dia seadanya sehingga tempoh 'pinjaman' itu tamat. Sehingga belum sampai tempoh itu,saya hanya mahu dia tahu...

Abang,ayang sayang abg sangat!

Akhir kata,cuba lihat hubby anda tika dia sedang khusyuk melakukan sesuatu,saat itu dia akan kelihatan sangat hensem,maka anda katakan kepadanya,yang anda amat sayangkan dirinya sambil memeluk erat. Dia akan teringat2 reasi spontan anda itu,malah mungkin anda akan mendapat flying kiss dari dia. Cubalah... :)

 


 

24 April 2012

Kenapa geng TTC cepat terasa?

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, April 24, 2012 5 comments Links to this post
Salam...

Tahniah untuk pembaca di luar sana yang mengambil keputusan untuk mencuba petua hamil ini. Aku doakan agar Allah permudahkan jalan untuk anda mencapai hajat dan impian. Tapi jgn sesekali lupa solat dhuha dan hajat yer.(pesanan untuk diri sendiri juga).



Sebenarnya,ramai yang berstatus ttc,namun ramai yg x tahu apa itu ttc. For ur info TTc adalah singkatan untuk trying to conceive. Kebanyakan yg dalam golongan ni adalah pasangan yg telah berkahwin setahun dan ke atas yg belum dikurniakan anak lagi.

Setiap kali bila berbicara soal anak,ada geng ttc yg boleh dan ada yang x boleh menerima,kerana sesetengah dari mereka mempunyai sejarah lampau disindir mahupun di senyum sengih oleh insan2 yg berderet anaknya @ sedang mengandung. Ini merupakan faktor pertama mereka terasa.

Geng ttc sebenarnya lebih kerap ke hospital berbanding ibu2 yang sedang pregnant. Kerana ttcians harus menjalani beberapa prosedur untuk mengenal pasti masalah kesuburan yg dihadapi. Aku juga pernah merasa perjalanan ini. Bayangkan la pabila setiap kali hadir ke hospital dan bertembung dengan ibu mengandung,bagaimanakah perasaan kecil mereka? Sebak ini yg selalu mereka pendamkan. Adakah anda mengetahuinya?

Mendengar nasihat dan melakukan pelbagai cara moden untuk mengandung bukan lah 1 perjalanan yang indah,namun bila hasilnya 2 line,terasa jerih itu menjadi debu yg berterbangan. Ttcians juga banyak menghabiskan wang untuk mengandung,malah wang yang telah dihabiskan kadangkala lebih banyak dari kos seorang ibu bersalin czer di hospital swasta! Bayangkan la hati mereka bila ttcians dituduh tidak melakukan usaha yg banyak untuk mengandung. Padahal?

Anak ini akan menjadi fitrah @ pun fitnah buat kita. Terserah cara mana kita mendidik. Lambat @ cepat anak itu,yang penting adalah kualiti anak tersebut. Bagaimana si anak mampu memberi manfaat kepada ibu bapanya. Oleh itu,jgn terlalu berbangga pabila anda mudah mengandung,tapi pandanglah tanggungjawab mencorak anak tersebut mengikut acuan Islam yg lebih utama.

Kepada ttcians yg masih dan sedang berusaha,buka hati kamu seperti lautan. Laut orang campak sampah pun dia terima,begitu juga hati kita.Luaskan skop dan hati kita supaya redha dan jgn mudah terasa dengan saudara/kawan yg sedang mengandung. Aku pernah alaminya,ia juga pernah menyakitkan.Namun,pabila hati dibuka seluas lautan,hanya ganjaran Allah yg aku dambakan. :)

Kepada ibu mengandung di luar sana,kadangkala lihatlah disekeliling skop rakan kerja anda.Adakah semua sudah mendapat anak @ ada yg lama berkahwin namun belum dikurniakan anak? Jika ada yg belum dikurniakan anak,jgnlah anda terlalu ghairah bercerita perihal anak yg dikandung dihadapan mereka. Sesekali,mungkin mereka dapat menerima,namun jika tiap2 hari? patah juga hati kecil mereka.Kerana mereka juga manusia biasa yang mempunyai keinginan untuk berbadan dua. :)

Akhir kata...

salam sayang dari saya ina :)

22 April 2012

Sudahkah anda mencuba petua hamil ini?

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, April 22, 2012 10 comments Links to this post
Salam...

Saya sebenarnya sangat teruja untuk berkongsi petua ini dengan rakan2 TTC di luar sana.Seperti yg di khabarkan melalui entri yang lepas. Saya cuba menulis dengan seringkas nya makanan dan juga cara yang telah saya lakukan untuk mengandung.

Alhamdulillah,Allah telah memakbulkan doa selama 2 tahun penantian saya. Petua ni saya dapat dari kawan sekolah saya. Dia juga telah berjaya mengandung dengan mengamalkan cara yang sama. So,dengan izinNya,saya juga ingin mengkhabarkan kepada semua rakan TTC diluar sana :)

Petua & cara2 :~

1. Buat solat dhuha.

2. Makan delima sebiji untuk suami & anda.

3. Pegi farmasi beli Multivitamin & minerals (satu ubt tapi nama je 2) jenama Blackmores mkn sebiji sehari tanpa skip untuk anda dan suami juga.

4. Beli foot patch detox untuk buang toksin. Aku beli regenye RM68 kat farmasi.Tampal di kaki suami & anda setiap malam b4 tido.Eloknya tampal dibahagian tumit coz itu bahagian reproduktif. (saya buat selama 12 hari bagi habis 1 kotak je..heheh) ni puncanya sebab badan kita banyak toksin asbab susah nak preggy. Aku buat mmg resap hitam gila. So rasa mmg banyak toksin kot dlm badan ku.

5. Makan asid folik of kos. (saya skip2 yg ni sbb terlupa selalu,tapi skrang x skip da)

6.  Pantang minum soya,teh & kopi untuk isteri. Saya pantang 3 minuman ni lama.memang x sentuh. Soya x elok untuk suami juga,dia menurunkan kadar kesuburan,tapi lelaki kena minum kopi banyak.

7. Yang ni tambahan tapi elok amalkan,saya amalkan setiap hari susu kambing.Lagipon ini adalah makanan sunnah :)

Ok,ini sahaja. Selain dari petua ni,semuanya berlaku dengan izinNya. Elok banyak tawakal dan berdoa dengan doa Nabi Zakaria. Saya juga pernah menangis sorang2 waktu tidur dan dalam bilik air tika period. Namun,pabila kita bersangka baik dengan Allah,Allah akan permudahkan doa dan impian kita.

Saya juga telah membuat rawatan HSG dan clomid untuk 4 cycle. Tapi nyata rezeki itu hanya milik Allah yang menentukannya. Saya juga telah banyak menelan hiba sendiri tika ditanya tentang anak. Tapi saya tetap percaya Allah maha kuasa mengadakan dan meniadakan.

Saya telah melakukan banyak cara dan petua untuk hamil,tapi cara kat atas ni berkesan pada saya,mungkin akan berkesan juga pada anda dan mungkin juga tidak. Tapi jika anda terus ambil jalan pasrah dan enggan mencuba lagi la langsung tidak akan berkesan. Akhir kata dari saya...

cubalah supaya anda tidak menyesal kerana tidak mencuba awal. :)

Salam sayang dan ambil berat dari saya Ina. (^_^)V 




17 April 2012

Tempoh hibernasi telah tamat.

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, April 17, 2012 0 comments Links to this post
Salam...



Alhamdulillah,walau x 100% oke. Tapi makin lama macam tenang pulak dengan kehidupan. Mungkin bila aku meletakkan titik penanda REDHA dalam hati,maka mudah nak menjalani hidup.

Selama menyepi aku sibuk amik lesen kereta. Oke,lesen dah selesai untuk kereta tapi belum lagi untuk motor.huuhu..so far ok la juga. Dalam hati cuak hanya Allah saja yang tahu. Bukan apa,risau kalau2 x lulus,tapi Alhamdulillah lulus dengan cemerlang..hahaha :P

Kawan sekolah aku,ain ada la bagi petua untuk rakan2 ttc. Insyallah kalau x de ape aral,next entri aku akan story. Untuk hari ni setakat ni dulu,sampai jumpa lagi. :) insyallah!

 

14 March 2012

Deactivate For A Real Life

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, March 14, 2012 2 comments Links to this post
Salam...

Dah lama sebenarnya aku nak deactivate account fb ni. Tapi ada beberapa reason yang menghalang aku untuk deactivate. Aku selalu jengah 1 fb ni untuk kutip maklumat n ilmu,lagipun aku buat biz tenet,jadi payah if aku deactivate. But now,its time already n i'm truly ready enough.Insyallah.

Selepas tempoh deactivate nanti,aku akan unfriend semua yang aku x kenal,xmo la dapat hapdate orang2 yang aku x kenal. Walaupon dalam alam maya yang sengaja meng'friend' dengan aku untuk tambah stok kawan tapi aku tengok xde pon nak tegur sapa dengan aku.So,wasting time.

Aku deactivate bukan secara rasmi di account setting fb,tapi aku ignore fb for a moment,maybe months. Lepas ni aku fokus balik pada biz aku,Si Manja Ummi yang lama x berusik coz aku sibuk di kantin dan tengah amik lesen kereta. Tu yang buat aku penat,dan x mampu nak bukak email dan pesanan customer. 

Aku pn x nak amik hati sangat dengar progress kawan2 preggy mommies kat fb aku.Cukup la aku doa untuk dorg dari jao. Hari jumaat ni nak pegi melaka,untuk family trip dengan the whole family aku. Aku teruja coz aku nak campak kesedihan dan kisah hati aku di laut. Biarla bersemadi di situ. Aku ingin kembali dengan Nur Amalina yang baharu! itu azam aku. Ya,hanya itu.

Hari ni stat CD 1 untuk bulan Mac. Masa dapat tahu,hati aku jadi kosng. Sakit perut coz cramp buat aku tertido,sampai mimpi aku solat. hehe~ Bukan senang nak tenangkan hati,tapi bila pikirkan suami aku yang selalu tabah bila bab anak ni,aku jadi malu dengan diri sendiri coz cepat terasa hati. Aku akan cuba lagi bulan ni,moga2 kali ini berjaya hendaknya,aminn...

Belog aku x deactivate kot,tapi tengok camne. Kekuatan hati aku pon kadangkala x kuat mana,tapi tetap cuba untuk tabah. Aku rasa banyak benda aku nak buat. Benda yang lama aku tinggalkan. Hobi aku jelajah kedai buku. Dah lama sungguh aku abaikan hobi tu. So its time to come back to real life for prayers and hopes.

Aku mengharapkan doa dari kalian semua,doakan aku berjaya dalam misi menjadi ummi bulan ini,insyallah. Till then,jumpa lagi.Insyallah. Salam sayang semua.

Wordless Wednesday - Doa & harapan

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, March 14, 2012 0 comments Links to this post
Salam

 
p/s- CD31

08 March 2012

Sedikit Malas =.='

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, March 08, 2012 0 comments Links to this post
Salam...

Kebelakangan ni memang rasa malas amat. Malas nak menaip dan bukak belog. Sebabnya aku nak kurangkan rasa pilu dihati. Even cuba nak ceriakan hati sendiri tapi entahlah,macam stress tu susah pula nak kikis pergi.

Cuti sekola da nak stat. Aku pulak masuk kelas memandu. Da dapat lesen L da,skrang ni aku cuba untuk P pula. Next week stat kelas hari isnin kul 2..setiap kali studi selama 2 jam. Oke la kan,da kawen ni baru la ada duit nak bayor lesen. Syukur Alhamdulillah~

Aku bukan apa,kesian kat hubby yang terpaksa drive lama2 klu balik kampung. Coz aritu dia eksiden,kaki dia selalu saket2. Da la keta kami tu manual.Penat kaki dia asik maen clutch. Aku amik inisiatif supaya aku dapat bantu dia gilir2 drive. Oke la~ :)

Ok la. sampai sini dlu. Kaki aku da stat sejuk,aku pon x taw nape. Badan ada sikit panas. Cramp pun ada jugak. Aku doa sangat bulan ni ada berita gembira untuk aku dan suami.Amin,insyaAllah~

p/s- hari ni da CD26. 

03 March 2012

CD21 | R.A.P.U.H

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, March 03, 2012 0 comments Links to this post
Salam~

Hati ini mudah rapuh,mudah kecewa,mudah menangis. Namun sedarlah,sebaik2 kembali adalah disisi Allah yang maha Esa. Allah ada dan tahu bila hambanya lelah dengan kehidupan dan ujian. Rintihan demi rintihan dari mu yang mahu didengariNya. Saya selalu mengingatkan diri saat diri ini jatuh tersungkur dengan permainan dunia dan ujian,bahawa Allah amat sayangkan hambanya. Lebih sayang dari seorang ibu kepada anaknya. 70 kali!

Kita sayangkan anak sanggup berjaga malam tika anak dalam kesakitan. Kita memeluk saat dia ketakukan. Kita mengesat dan menenangkannya saat dia kesedihan. 

Namun, Allah lebih lagi menjaga kita tika malam merangkak,dengan malaikat penjaga menemani sepanjang malam sehingga subuh. Saat kita kesedihan,buntu dengan kehidupan Allah tetap disamping setia mendengar keluh kesah dan tangis kita. Malah,Allah juga memberi peringatan2 kepada kita agar kita tidak menjadi bahan bakar di neraka kelak. Pernahkan kita sedari itu semua?

Sempurnakah cinta kita kepada ilahi untuk kita bertanya KENAPA? KENAPA? dan KENAPA? doa kita selama ini tidak dimakbulkan cepat. Saya meredhakan segalanya,pasrah bukan bererti kalah. Namun saya pasti dan pasti Allah memberikan hikmah terbesar untuk saya nanti,Allah x kan biarkan saya keseorangan dengan 'dugaan' kecil ini,Insyallah~


Rapuh by Opick

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

02 March 2012

CD20 | Bukan senang nak buat hati tabah..

Posted by rAtu saLju™ at Friday, March 02, 2012 1 comments Links to this post

Salam

Aku hanya insan biasa.(baca:manusia biasa). Tak banyak pon,sikit aku akan terasa dengan suasana kawan2 sekolah aku yang semakin menambah bilangan keluarga kecil mereka. Bohong la if aku ckap aku setabah gunung,if gunung pon kalau hari2 tarah pon akan tumbang akhirnya. Aku cuma berusaha untuk terus tak mengikut kata hati. Tak terlalu sedih dan tak menyeksa hati aku.

Aku juga sebenarnya mahukan seramai yang boleh dan secepat yang di izinNya. namun,kita mampu merancang,Allah jua mempunyai perancangan yg tidak kita ketahui. Aku pernah terfikir untuk men'delete' akaun FB. Aku belum bersedia untuk mendengar berita gembira orang lain. Tak,hati aku x betul2 sedia!

Bila mendengar berita gembira kawan,aku tetap ucapkan tahniah dan mengharapkan doa dari mereka agar aku juga akan merasai nikmat menjadi ibu seperti mereka. Aku bukan la sekejam itu untuk tidak mendoakan mereka,tapi hakikatnya,aku juga manusia biasa. Tetap rasa pilu dan sedih.

Sekarang ni,aku belajar untuk lebih redha dan pasrah atas semua ketentuan dari Yang Maha Esa. Bukan senang sebenarnya untuk memujuk hati menjadi tabah,namun semuanya tidak susah. Beberapa langkah aku da buat,tradisional,moden dan ubat2an aku da cuba. Aku mahu berusaha tanpa terlalu bergantung dengan pengharapan tentang ubatan.

Cukup la sekadar ini,aku semakin ok. Luahan ini sudah berkulat didalam hati,cumanya aku hanya ingin menulis agar kulat ini telah 'bersih' dari jiwa aku. Buat semua yang telah mendoakan aku,terima kasih banyak,hanya Allah sahaja yang akan memakbulkan permintaan dan doa kalian pula.

salam~

 

28 February 2012

CD17 | Hati ini bergetar..

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, February 28, 2012 0 comments Links to this post
Salam...




Alhamdulillah,terima kasih yang x terhingga untuk hubby sayang yang telah menghadiahkan percutian ke Port Dickson. Trip tu hubby bagi sempena befday dan anniversary kami yang ke2.Sepanjang cuti kat sana,aku x pikir sangat tentang keinginan aku untuk anak. Hubby nak bagi hati dan minda aku betul2 relax.

Aku heppy walaupun trip x panjang sangat dan kami merancang nak pergi tempat lain tahun depan,InsyaAllah~ Even aku x sempat nak balas dendam mandi laut,tapi still aku terbayang2 haneymun kami lagi.

Tahniah kepada rakan ttc Kak Nana yg telah berjaya dalam penantiannya untuk bergelar ibu. Alhamdulillah. walaupun entri dia ringkas tapi sebak pula bila membacanya. Aku berdoa moga entri macam tu juga nanti aku tulis,Insyallah.. :)

Terima kasih utuk semua yang telah mengucapkan seelamat hari lahir kepada aku pada 24 Feb yang lalu. Dan terima kasih juga untuk semua doa kalian untuk ku.Semoga doa dan harapan saya menjadi kenyataan. Aminnn~

Ok,sampai sini.Jumpa lagi.. :)

23 February 2012

CD12 | Eh,penantian tinggal lagi 3 hari la!

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, February 23, 2012 0 comments Links to this post
Salam...

Xsedar sebenarnya [tapi dlm hati menanti.tipu!] haha.. tinggal 3 hari je lagi anniversary kami. Sila tengok anniversary ticker kami kat atas belog ini. Sory la if pengunjung yg bace belog ni asik membaca kisah penantian saya menjelang anniversary je. So sorry. 

Bila masuk bulan Feb je,mesti saya hepy semacam. Sebab 2 tarikh penting dalam hidup saya. Petang ni balik kije terus nak packing barang. Nak gi haneymun esok,[haneymun la sangat!] hehehe.. :P owh..ow..mud sangat jiwang!..esok bertolak lepas solat Jumaat..sangat suka dan teruja..cannot describe la how teruja i am!.. :D 



Till then,jumpa lagi.Owh ya,esok befday aku.So,happy becoming bufday puan Ina :)

22 February 2012

CD11 | Thanks coz always stand by me :D

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, February 22, 2012 0 comments Links to this post
Salam...

Dalam kehidupan berumah tangga dan percintaan mesti ada turun naik. Ada pasanng surutnya. Setiap kali aku menangis,ada dia di sisi. Dan tiap kali aku hilang keyakinan diri,ada dia disini.

Tika aku sakit dan kurang berdaya,dia tetap sabar menemani. Tiap kali sedih bila UPT menunjukkan 1 line,hubby yang tetap setia memberi kata semangat. Dalam soal anak,dia x penah merungut walau selalu nampak dia sangat hepy bila maen dengan anak buah.

Untuk semua yang berlaku sejak dari pernikahan kita,terima kasih untuk semuanya abang. Syukur ya Allah for the great oppturnity living with the best man ever. Thanks for always stand by my side my dear Mohd Hafizan b Anuar :) i will luv u till the rest of my life,insyAllah.



 Stand by me 

When the night has come
And the land is dark
And the moon is the only light we'll see
No I won't be afraid, no I won't be afraid
Just as long as you stand, stand by me

And darlin', darlin', stand by me, oh now now stand by me
Stand by me, stand by me

If the sky that we look upon
Should tumble and fall
And the mountains should crumble to the sea
I won't cry, I won't cry, no I won't shed a tear
Just as long as you stand, stand by me

And darlin', darlin', stand by me, oh stand by me
Stand by me, stand by me, stand by me-e, yeah

Whenever you're in trouble won't you stand by me,
Oh now now stand by me
Oh stand by me, stand by me, stand by me

Darlin', darlin', stand by me, stand by me
Oh stand by me, stand by me, stand by me
 

20 February 2012

CD9 | Biar sikit tapi terjaga!

Posted by rAtu saLju™ at Monday, February 20, 2012 0 comments Links to this post
Salam...

Alhamdulillah,aku amat hepy since x lama lagi kami nak pegi honeymun. yay! akhirnya...Ada juga masa kami berdua.hanya berdua. Bukan x penah bercuti sebelum ni,tapi selalu je mesti buat benda lain juga.haisshh~

Plan kali ni teratur la sket,3 hari 2 malam. Bukan senang nak rancang sebenarnya,tapi sebab nak ada masa untuk masing2,so kami decide untuk pergi saja!

Aku berazam nak jaga dhuha aku.Hubby aku suh buat sikit2 tapi terjaga.Means,setiap hari x miss. Semalam hubbby x sihat,tapi kami da janji nak buat air susu kambing blend dengan kurma. So semalam aku buat dan kami minum,rasa nya xde la teruk sangat. Pada aku sedap la. Cuma badan kami start panas sket bila mula minum air susu kambing tanpa miss ni.huhu~

Setakat ni aku lebih berserah kepada Allah atas semua usaha TTC yang aku buat ni. Aku redha atas semua ketentuanNya. Nak usaha lebih2 aku takut aku terlebih kecewa,tapi aku cuba x nak berputus asa. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Ok la,sampai sini dlu.Do take care.Doakan aku berjaya untuk bulan ni :)

salam~

18 February 2012

CD7 | Berusaha untuk menjadikan ia baik.

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, February 18, 2012 0 comments Links to this post
Salam...

Semalam masa jalan2 dengan hubby di Giant,dia dengan bermurah hati membelikan  handbag dan baju sebagai hadiah harijadi in advance.hehe

Sangat teruja! terima kasih hubby! luv u much2..pada aku yang sedang dalam TTC ni,mempunyai seorang suami yang sangat memahami adalah anugerah dari Allah buat aku. Tak ramai di luar sana yang sanggup terima dan bersabar dengan ujian belum dikurniakan anak ni.

Plan kedua lepas ni,aku nak saving duit untuk pergi umrah bersama hubby. Insyallah. Untuk proses ttc ni aku da makan clomid,minum susu kambing hari2 dan lepas ni pula aku azam untuk melakukan dhuha tanpa leka.

Ujian ini berat,namun bila da ada anak pon ujian nye berat juga. Tapi setiap apa yang kita hadapi dimasa depan,lakukan persediaan dan redha la dengan persediaan yang kita telah buat.

Oh ya,aku teringin nak mula makan FertileAid. Sesapa yang pernah makan sila la informye. Jumpa lagi,insyallah. 

salam

17 February 2012

CD6 | Menelan Yang Pahit

Posted by rAtu saLju™ at Friday, February 17, 2012 0 comments Links to this post
Salam...


Semalam sebuk sket sebab pegi dengar ceramah undang2 untuk amik lesen keta. Sangat penat mendengar orang ceramah. Lately ni aku asik rasa x balance dan jalan pon rasa x berapa nak rata. Aku x tau sama ada kesan aku mengambil clomid atau pun darah rendah aku makin kritikal. 


Start semalam aku makan balik vitamin B+C. Aku x nak la nanti bila kami pergi journey honeymun semua aktiviti jadi tergendala pulak. So kenala jaga diri sendiri rite?


Sebenarnya,aku x amik port da berapa cycle aku telan clomid ni. Tapi aku cakap dengan hati aku x nak amik dah untuk next cycle. Aku bukan lah seorang pemakan ubat pil. Aku x mampu telan,lagi2 la bila menelan clomid yg pahit amat 2 biji! Tapi dengan harapan akan terjadi keajaiban kurniaan Allah. Aku teruskan makan dan berusaha.


Aku pon dalam rangka mencari pil Vitex jenama Kordel's ni,asik x jumpa je. Da macam2 farmasi aku tanya dan pergi. Rasa macam putus asa,tapi x nak sekali mengatakan putus asa! no no no. Bila aku free nanti aku akan ceritakan tentang vitex ni kepada kawan2 TTC nanti. Vitex ni untuk stabilize kan hormon untuk membantu conceive. Ntah,aku x penah pula tengok macamana rupanya. Tapi mintak2 la aku akan jumpa juga lepas ni.


Ok la,sampai sini dulu. Panjang umur,jumpa lagi.Insyallah :)
salam 

15 February 2012

CD4 | Rupanya,ramai yg senasib! :)

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, February 15, 2012 4 comments Links to this post
Salam...

Alhamdulillah! hanya itu ucapan yg aku nak ckpkan. Tadi,jalan2 dari web ke web,kemudian Allah temukan aku dengan 1 belog yg akhirnya buat aku gembira. hehe..nama belog akak ni 'Hanya Orang Kecil'


Even akak ni belum pernah masuk ruangan belog aku.Namun,aku gembira ditemukan dengan belog yg penuh info tentang TTC. Pada yang mudah mengandung mungkin x kan rasa pengalaman seperti TTCians yg lain. Selama ni aku hanya bace melalui laman web je. Sebab jarang sekali aku jumpa TTC di alam belog. 


Lepas ni aku akan letak pengalaman aku selama ber TTC. Bukan mudah sebenarnya,namun x sukar memulakan langkah pertama untuk berTTC pada yg telah berkahwin selama setahun lebih.


Rupanya ramai juga yg mengalami nasib dan penantian yang sama seperti kami.Doakan agar semuanya dipermudahkan. Hari ni hari 3 amik Clomid. Walau amat payah nak telan tapi demi sesuatu pengharapan,itu lagi manis.


Ok sampai sini dulu. Jumpa lagi! insyallah~

salam

14 February 2012

Cerita di bulan Februari :)

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, February 14, 2012 0 comments Links to this post
Salam...

Dalam banyak2 bulan dalam kalender,aku paling nantikan bulan Februari. Kenapa? sebab ada 2 tarikh penting,yg pertama sebab hari lahir aku jatuh pada 24 Feb dan ulangtahun pernikahan aku pulak 26 Feb.

Tahun ni merupakan tahun ke3 kami bersama.Tapi sambut anniversary yg ke 2. Banyak kenangan antara aku n hubby. start dari mula kawen yg malu2,then main sergah2 dan kejar2 di taman rekreasi.
Walau di mata orang dia tak punya apa2,tapi pada aku dia penuh dengan segala-galanya. Dari pembantu peribadi aku dirumah sehingga la tukang rujuk bab2 agama. Kita tak akan jumpa orang yang perfect 100% tapi hubby melengkapkan diri aku yg kekurangan.

Even hubby aku bukan la pandai nak amik hati aku. Dia x reti nak belikan bunga ni,nak pilih hadiah pon kadang2 dia tnya aku dulu. Tapi banyak benda yang dia buat aku makin sayang kat dia. Tahun lepas,anniversary x sambut sangat. Befday aku pon hubby x buat ape2 even aku harapkan sumthing dari dia. Tahun ni,insyallah akan buat sumthing sempena 2 tarikh istimewa tu.

To my dearest husband,ayang nak ckap i luv u so much my dearie,Mohd Hafizan b Anuar.

Oke la,sampai sini dlu.Kepala x stabil coz x berapa nak cukup darah.Jumpa lagi,insyallah..

Salam

20 January 2012

Selesai 1 bab

Posted by rAtu saLju™ at Friday, January 20, 2012 0 comments Links to this post
Salam...

Kalau semalam aku cite sal nak ke KPJ untuk buat hsg. So aku nak cite pengalaman aku masa kat KPJ tadi.

10.20 pagi- aku bertolak ke KPJ dengan hubby.kalau ikutkan aku da lewat coz temujanji aku kul 10. dalam hati da dup dap da...huhuh nerves!

11.10 pg- sampai n cek in terus ke bahagian radiologi. pas daftar semua,dia suh tunggu dlm 13 minit camtu.tapi lebih kurang 40 minit baru nama aku dipanggil.staf2 KPJ minta maaf coz lambat sket,tapi sbb layanan dorang oke.aku ok je.

11.50 pg- masuk je bilik nak x-ray,hati da mengeletar gila.staf x-ray tu yg nama emi tanya several question sambil aku tunjuk tangan yang mengeletar.emi suh aku salin baju.pakai baju ala2 masuk wad bersalin! hahah...

12.05 tgh- oke,prosedur bermula.Dr Darlina masuk dan perkenalkan diri. Dia suh aku bertenang sambil siapkan diri dia. Kemudian dia suh kangkangkan kaki,dia buka laluan faraj.Awwww,masa ni aku boleh tahan lagi,tapi bila dia mula mencuci bahagian dlm 'tu' 2,3x dia masukkan alat dan kapas (yg sempat aku tengok) aku da mula nak menjerit.tapi x jerit pon,aku juz pejam mata n feel rasa tu.tapi apa aku nak ckp,memang amat SAKIT oke! ngilu dia terasa sampai ke atas perut. Lepas selesai cuci,Dr masukkan alat macam anak panah tapi kecil kat dalam tu da suh mulakan x-ray. Bila x-ray dibuat,perlahan2 dye tu dilepaskan masuk dalam faraj.masa ni pon ngilu. Tapi x sengilu masa Doc cuci tadi. Masa ni apa dalam otak aku adalah mmg susah sebenarnya nak dapat seorang anak.

12.20 tgh- settle sume. Perut rasa senak gila. Tapi still aku maintain. tapi aku da rasa dye tu start keluar sikit2.

So far keputusan x ray tu menunjukkan saluran tiub aku x tersumbat.Lepas je diberitahu,aku ucap Alhamdulillah. Syukur sangat! sebelum ni memang aku nerves sangat2 takut bukan2. Ada juga staf x ray tu bagitahu yang biasanya lepas buat hsg ni ramai yang dapat mengandung. Aku 'aminn'kan je.Moga itu juga terjadi pada aku.

Ok la,sampai sini dulu. Ni aku apdate dalam kereta guna laptop. Naik lenguh peha aku ni.Masa ni otw balik Penang. Jalan pon tengah jem..

Jumpa lagi,insyallah.salam!

19 January 2012

Perjalanan Pertama

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, January 19, 2012 2 comments Links to this post
Salam...

Sebenarnya,memang bukan senang nak mengandung. Tapi yang senang mengandung asik mengeluh je depan aku coz terpaksa menanggung beban ekonomi keluarga yang semakin meningkat. Aku pulak? kategori yang susah nak mengandung...huhu -.-'

normal HSG


Last week aku da jumpa Dr Siti Mariam,pakar O&G kat poliklinik Barakah. Selalunya kalau aku gi Barakah,aku akan jumpa Dr Khairiah. Tapi sebab aku nak mulakan perjalanan conceive balik dan masa tu Dr Khairiah xde so,aku jumpa jugak la Dr Siti ni. So far Dr ct ni agak tegas dan straight forward orangnya. Lepas dia cerita serba sikit pasal fertility dia terus bagi surat rujukan ke KPJ untuk buat HSG. 

Aku memang da set mind untuk buat HSG sementelah aku stop buat rawatan fertility kat hospital gomen. Sekarang ni aku memang nak serius dengan rawatan ni sehingga berjaya. Alhamdulillah Allah bagi aku kesempatan dan kewangan yang dipermudahkan.


So,esok aku bakal memulakan langkah pertama (mungkin). Tapi pada aku kalau da mula berjumpa dengan Dr pakar O&G tu da dikira perjalanan pertama la kan? :P aku mengharapkan juga xde la terlalu sakit masa buat Hsg nanti.Dr ct ada ckp yang if tersumbat sikit melalui Hsg dye yang dimasukkan dlm rahim tu nanti akan bantu clearkan tersumbat tu. Sesetengah kes pula akan mudah mengandung pas buat Hsg. 

Aku mengharapkan semuanya bakal berjalan dengan sempurna esok,bagi yang mudah untuk mendapat zuriat dan senang 'lekat' mungkin x kan melalui perjalanan cerita macam aku. Tapi aku bersyukur dan redha dengan apa jua ketentuan dari Nya. Semua yang tersembunyi ada hikmahnya,insyaAllah :)


Esok lepas aku balik dari KPJ aku akan cuba catit sesuatu,Insyallah. Itu pun jika ada yang nak baca..hahah :P

jumpa lagi,salam ~

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez