Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

24 July 2012

Ujian hidup ini hanya sementara..khas buat rakan2 TTC :)

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, July 24, 2012 4 comments
Salam...

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

p/s- sy juga mendoakan rakan2 ttc diluar sana,jgn la putus berharap kepada Allah,insyaAllah rahmat Allah tidak pernah putus untuk hambanya. Insyallah.. :)

23 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Posted by rAtu saLju™ at Monday, July 23, 2012 2 comments
Salam semua...

Pertama sekali,terima kasih yang tidak terhingga kepada readers Cinta Sang Ratu. Terima kasih juga sebab tinggalkan jejak. Alhamdulillah da masuk hari ke 3 kita iftar. Semoga perjuangan kita dipelihara dan diberkatiNya. Aminn Ya Allah..

Sempena bulan yang mulia ini,saya nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua. Doanya,semoga 10 hari yang pertama ini kita memohon rahmat dari Allah tanpa henti.Sehingga jumpa lagi :)


24 August 2011

Already 24th

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, August 24, 2011 0 comments
Salam...

Alhamdulillah da menginjak ke hari 24 kita berpuasa. Aku tak buat preparation sangat pun,lebih kepada masuk rumah sewa je. Setakat ni peti ais da beli,banyak benda lagi yang belum mampu nak beli..heheh..
pelan-pelan kayuh maaa~

Tahun ni ingat beraya di Penang,best la coz MIL pun akan ke Perlis sebab kak ipaq baru dapat baby. So,tahun ni beraya di utara. Aku da plan nak jalan2 je. Terasa nak letak tepi stress selama ni.


Sebut pasal wishlist aku,aku still belum dapat melaksanakan wishlist tu,tapi serius la,lepas aku letakkan wishlish aku kat tepi,terasa macam beban apa yang aku minat da hilang. Ntah,x tau camner nak cakap. :P

Sedar x sedar,lagi 2 hari genap la 18 bulan a.k.a 1tahun 6 bulan aku menjadi isteri kepada En. Pijan. Usia pernikahan walau pun masih baru,namun setiap hari adalah pengalaman baru untuk kami. Aku pun berdoa moga perjalanan hidup kami bersama diberkati Allah dan sentiasa dilimpahi bahagia.aminn..

Doakan untuk kami.. :)

Sampai sini dulu. Semoga anda semua dilimpahi rahmat dalam bulan yang barakah ini.. :)

29 July 2011

Eh,dah nak puasa la... :)

Posted by rAtu saLju™ at Friday, July 29, 2011 0 comments
Salam...

Tak lama je lagi kan? Hati aku rasa seronok sangat. Alhamdulillah jika Allah izinkan,Isnin ni kita semua akan berpuasa. Insyallah. Aku dan suami ada beberapa planning nak buat masa bulan Ramadhan ni.

Ramadhan kali ni aku dapat berpuasa dengan suami sepenuhnya,tak macam tahun lepas sbb kami duduk jauh2..heheh..Alhamdulillah akhirnya Allah mudah semuanya...

Harini Insyallah nak balik kampung...yea!...best nyew..terbayang lauk2 masakan umi,aku ni kuat makan klu umi masak..memeng marbeles..da lama tak balik,plan nak balik pon asik bertangguh je sebab hubby sebuk even sabtu ahad.

Ok,sampai sini dlu..untuk semua, Salam Ramadhan Al-Mubarak... :)



 

24 August 2010

Tukar Baju Depan Orang?

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, August 24, 2010 0 comments
Salam...

erk...tajuk entri sgt ter'uja'kan kah? atau sgt2 18SX?..he~ tiada niat begitu..gilakah mahu menyalin baju depan khalayak! tiada akal!

Aku cuma mahu salin baju blog ini,sudah kusam dan luntur warnanya dimata aku. Dah agak lama aku tak apdet blog,poya2,dan tukar baju blog nie..Semangat nak explore benda baru ala-ala awal tahun pertama berblogging macam da luntur sikit..gulp!
Selamat berpuasa buat semua..eh..eh..da tukar entri pulak?..saja nak ucapkan slmat berpuasa buat semua yang masih x baca blog ratu ni..walau mcm tak de ape blog ni,tapi ada la sikit2 best kan? masuk bakul angkat sendiri da masuk hari ke 14 da kita berpoya berpuasa..phew..almost separuh  bulan da puasa..

Ingat nak apdate sal MOL-PAYPAL la nanti..so,sape yang suka shop online dan gaming online tu..stay tune k!~

salam puasa dan jgn ponteng puasa k!

11 August 2010

Epilog Cinta Ramadhan

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, August 11, 2010 2 comments
Salam buat pencinta Ramadhan..
Pejam celik,pejam celik da masuk bulan barakah iaitu Ramadhan al Mubarak.Bagaimana dgn persiapan minda dan hati semua? Adakah masih ditakuk lama?

Bulan Ramadhan ini merupakan bulan dan hari pertama saya sebagai isteri kepada Mohd Hafizan Anuar. Perasaan? sgt syahdu dan lain sangat.Amal dalam status isteri @ suami ini akan digandakan berbanding semasa single dulu.


Alhamdulillah,banyak2 kesyukuran buat yang Maha Esa kerana dapat lagi berjumpa dengan Ramdhan kali ini. Doanya moga saya dan anda juga dapat tetap dalam pelukan Ramadhan sehingga Aidil fitri menjelma.Aminn..

Oh ya,sempena bulan berkah ini, jaga lah perilaku dan amal kita agar tidak menjadi pahala buat orang lain. Tinggalkan umpat keji dan mengata, malah perbanyakkanlah zikir buat basahan lidah. Hindari dosa2 organ-organ yang lain. Semoga Ramadhan ini betul-betul bermakna buat kita menyuci dosa.
Salam Ramadan al mubarak kepada semua!~

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez