Daisypath Anniversary tickers

26 September 2010

Ohhh,tua-tua Keladi,Makin Tua Makin Berisi...

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, September 26, 2010 0 comments Links to this post
Salam...

Apa rasanya,bila kau dibaringkan dengan wang yang bertaburan,mandi di spa yang berkelas tinggi dan menaiki kereka sport yang harganya lebih best dari Nissan FairLady si Shahir? owh,..bestnya,namun apa harga yang perlu korg bayar?..of course body babeh!
Ni celeb yang kipas-susah-mati si tua keladi.Janji duit dapat masyuk apa salahnya kan?..Eh,semua ppuan ni mata duitan ke?xde la sangat tapi ayat biasa "Ala,untuk masa depan" kuang3..Bukan salah tapi elok la berpada.

 Ni si Janet dgn saudagar syarikat rakaman. (x mo kalah!)



 Ni Naomi Campbell,si model berjaya la kononnya (pilih tua gak!)


 Salam Hayek,dia ikat lelaki tua ni ngan anak dulu..(owh,produk kuar dulu baru kawen!)


 Sang Tyra Banks,(da nama pun bank kan?..hehe)

Artis M'sia ku x mo komen,ada tu memang ada.Malah belambak! tapi untuk anda bak kata Abg Bil (awww) "Lu pikir la sendiri!"...

Jumpa lagi ols..salam

25 September 2010

Main Game Bill Gates Sampai Muntah!

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, September 25, 2010 2 comments Links to this post
Salam guys!

Hahaha...ku sgt addict dgn game kala ini.Sampai cari download yg crack semata2 mahu menghabiskan kerja 'berfaedah' itu.Fuyooh!
p/s- ini adalah game Ranch Rush..wuahaha (promote nmpak!)

Selagi exam kanak2 di sekolah masih lagi belum selesai,selagi itu la otak ku menjadi amat tepu seperti tepung.wuahha~ sgt tensi. Oleh itu daku menghabiskan sisa2 masa yang terluang (terluang la sangat) untuk main game online sehingga muntah!
Ini adalah amalan yang paling baik untuk dicontohi oleh semua umat pembaca ya! (hehe-ayat x ley blah). Erm...minggu depan ada 2 majlis kenduri rakan sekolah yang harus amat hadirkan diri. Namun kereta plak wat hal..alahai..~ dugaan apakah ini ya Allah?

Taip belog sambil dengar lagu Denting dari Melly ni wat teringat sangat kat hubby..Alahai...nak buek lagu mano,sorang kat tengah M'sia,sorg lagi utara..ambik kau! Uwaaa~ miss him badly!
okla,untuk uols..sila la layang lagu jiwang ala2 nak nangis ni..jumpa lagi..tata~ 
Salam


23 September 2010

Cerita Manis Beraya Sebagai Isteri Kali Pertama...

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, September 23, 2010 0 comments Links to this post
Salam kepada semua pembaca..

Hari ni da masuk hari 14 Syawal,hampir separuh perjalanan raya telah kita lalui bersama.Namun,saya masih belum menghulurkan maaf dan mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam khasnya pembaca blog ini.




Masih belum menunaikan puasa enam? Cuba la meluangkan masa buat Yang Maha Esa tanda bersyukur kita padaNya dengan menahan nafsu selama enam hari lagi. Alhamdulillah,tahun pertama saya bergelar isteri,beraya mengucup tangan suami,walau kemaafan sudah selalu saya pohon kala ada khilaf antara kami,namun 1 Syawal tetap menyimpan 1 kenangan manis dan syahdu.




Beraya kali pertama ini juga saya lihat kalut juga ingin menetapkan semua,maklumlah pengalaman pertama.Harus semua hati perlu dijaga sementelah kala majlis walimah kami ada sedara yang tidak hadir.



Sekarang,menguruskan ehwal anak murid yang akan mengambil peperiksaan,saya sedikit sibuk dan membataskan masa di ruangan maya. Smapi disini sahaja dlu..jumpa lagi di lain masa.

Salam. 

24 August 2010

Tukar Baju Depan Orang?

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, August 24, 2010 0 comments Links to this post
Salam...

erk...tajuk entri sgt ter'uja'kan kah? atau sgt2 18SX?..he~ tiada niat begitu..gilakah mahu menyalin baju depan khalayak! tiada akal!

Aku cuma mahu salin baju blog ini,sudah kusam dan luntur warnanya dimata aku. Dah agak lama aku tak apdet blog,poya2,dan tukar baju blog nie..Semangat nak explore benda baru ala-ala awal tahun pertama berblogging macam da luntur sikit..gulp!
Selamat berpuasa buat semua..eh..eh..da tukar entri pulak?..saja nak ucapkan slmat berpuasa buat semua yang masih x baca blog ratu ni..walau mcm tak de ape blog ni,tapi ada la sikit2 best kan? masuk bakul angkat sendiri da masuk hari ke 14 da kita berpoya berpuasa..phew..almost separuh  bulan da puasa..

Ingat nak apdate sal MOL-PAYPAL la nanti..so,sape yang suka shop online dan gaming online tu..stay tune k!~

salam puasa dan jgn ponteng puasa k!

11 August 2010

Epilog Cinta Ramadhan

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, August 11, 2010 2 comments Links to this post
Salam buat pencinta Ramadhan..
Pejam celik,pejam celik da masuk bulan barakah iaitu Ramadhan al Mubarak.Bagaimana dgn persiapan minda dan hati semua? Adakah masih ditakuk lama?

Bulan Ramadhan ini merupakan bulan dan hari pertama saya sebagai isteri kepada Mohd Hafizan Anuar. Perasaan? sgt syahdu dan lain sangat.Amal dalam status isteri @ suami ini akan digandakan berbanding semasa single dulu.


Alhamdulillah,banyak2 kesyukuran buat yang Maha Esa kerana dapat lagi berjumpa dengan Ramdhan kali ini. Doanya moga saya dan anda juga dapat tetap dalam pelukan Ramadhan sehingga Aidil fitri menjelma.Aminn..

Oh ya,sempena bulan berkah ini, jaga lah perilaku dan amal kita agar tidak menjadi pahala buat orang lain. Tinggalkan umpat keji dan mengata, malah perbanyakkanlah zikir buat basahan lidah. Hindari dosa2 organ-organ yang lain. Semoga Ramadhan ini betul-betul bermakna buat kita menyuci dosa.
Salam Ramadan al mubarak kepada semua!~

04 August 2010

Sebarkan Cinta dan Wang khas untuk anda!

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, August 04, 2010 0 comments Links to this post
Salam...

Apa khabar semua?..masih tercari2 laman iklan untuk anda buat duit sampingan? saya ada cara untuk anda.=)
Anda akaun twitter? jika masih belum ada,sila daftar di SINI. Kemudian,boleh daftarkan diri di CHURPCHURP.

Apa itu ChurpChurp?

- CC adalah iklan yang berasaskan twitter.Semua iklan itu harus anda taip sendiri mengikut perkataan yang diberikan.Tak susah malah sungguh senang.Anda boleh pilih samaada ingin kempen dalam Bahasa Melayu ataupun dalam Bahasa Inggeris.



Sungguh mudah bukan? Oh ya,untuk ruangan "Referral Contest" pula, anda boleh tulis 

 Ratu Salju

dalam ruangan FACEBOOK name.untuk twitter username pula:

ratusalju

ok,itu sahaja...terima kasih=) semoga kita sama2 berjaya...ho yeah!~

06 July 2010

Bisnes Internet dan kaki kelentong?

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, July 06, 2010 0 comments Links to this post
Salam...

Maaf la lama sgt menyepi dalam dunia blog.Aku almost sebuk sangat ni nak pergi dengan perancangan baru,memang amat2 lelah.Btw,aku akan teruskan perjuangan dengan bisnes internet yang dulu aku penah aktif.
Guys,aku akan lancarkan produk pakaian muslimah.Nak teruskan membeli boleh add dalam fb ku.Ada di atas laman blog ini.ok,cerita seterusnya.Kaki kelentong dalam dunia meniaga memang tak dapat dinafikan.Ramai yang cuba ambil kesempatan atas orang lain,dan yang pastinya yang jadi mangsa orang yang beli online sehingga ada yang tak ambil pusing dah dengan bisnes internet kerana dah selalu tertipu.

Aku nak pastikan pelanggan aku akan dapat kepuasan dan semestinya komen2 dari korang amat aku harapkan untuk terus maju lagik dalam dunia bisnes internet.Oh ya,ku tak bagitahu lagi produk apa yang nak jual.Produk dari pakaian muslimah seperti baju urban muslimah,jubah dan juga kurta.Lelaki pun boleh memiliki koleksi ini kerana untuk lelaki pun ada.
Teruskan update denganku.

jumpa lagi,salam!~

15 June 2010

Indah & Romantisnya Bercinta Selepas Nikah... [^_^]

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, June 15, 2010 4 comments Links to this post
Salam...

Dah lama sangat rasanya x tulis di blog ini.Alhamdulillah,kehidupan sebagai isteri semakin hari semakin mematangkan saya.Kehidupan x la sangat berubah 100%,namun peratus cabaran yang perlu di harungi semakin meningkat hari demi hari.
Masuk hari ini,15hb Jun 2010,genap la 3 bulan dan 20 hari saya bergelar isteri kepada Mohammad Hafizan Anuar.Perasaan saya? of coz sgt2 gembira,setelah melalui proses pertunangan yg sangat mencabar kerana kami bukanlah pasangan bercinta seperti orang zaman kini yang bebas keluar dan berdating.hehe~

Selepas kahwin,semuanya indah..Insyallah..saya mempunyai hobi baru setiap hari iaitu menunggu suami pulang bekerja.Walaupun cuti saya terbatas kerana saya masih menetap di Penang sedangkan suami di Klang,namun cuti sekolah yang ada,akan digunakan melaksanakan hobi baru ini.Menunggu suami dan menghulurkan segelas air adalah merupakan imipian saya sewaktu bertunang dahulu.Amat dambakan pahala dari Ilahi..
Saya selalu terharu dengan ayat suami "Abang sayang ayang kerana agama dan hanya seorang bidadari abang,dunia dan akhirat".Tak pernah nak sangka akan ada orang yang begitu menyayangi diri.HUhuh,terharu..pergi pasar sama2 berpegangan tangan..orang akan mengatakan..'ala,baru2 kahwin boleh la buat begitu' namun,kenapa mesti hangat2 chicken tutt bukan?

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah Allah beri saya seorang pemimpin yang sangat2 sayangkan saya dan boleh memimpin bakal anak2 saya..Insyallah..ok guys,sape2 yang rasa2 masih2 di awangan lagi,masih belum terlambat lagi memupuk azam untuk berkahwin awal,elak maksiat tambah zuriat...ekeekk~

jumpa lagi,salam..adios!~

13 April 2010

Ini bukan PROPA ok!

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, April 13, 2010 3 comments Links to this post
salam buat semua...

Alhamdulillah biarpun menyepi agak lama,namun nuffnang masih lagi memberi saya kesempatan untuk berada selaku glitterati..dan beberapa kempen masih dlm metered n buffered campaign..Alhamdulillah...
oleh itu,sy mintak kepada anda semua untuk mengklik bagi membantu pertumbuhan sihat akaun nuffnang.heheh...opss,ini bukan propa tapi mintak bantuan slain anda mahu mengklik DAPATWANG yang semakin merudum beberapa ketika kala ini.

ok,ada org mengatakan bahawa blog ini hanya cetusan picisan kerana menghebahkan kepada dunia,siapa anda sebenarnya.Menceriata hal luar dan dalam kain sendiri.Adakah berbaloi? mungkin ada benar,mungkin juga tidak!~ terpulang kepada anda selaku pembaca menentukan kenyataan ini.
namun x semua hasil penulisan blog ini tidak baik dan propa semata2.banyak juga yg berilmu dan bermanfaat untuk semua.Sehingga jumpa lagi,insyallah!

10 April 2010

Senyap bukan bererti mati

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, April 10, 2010 3 comments Links to this post
Salam sejahtera kepada semua hamba Allah...


Menajalani rutin yang sedikit berubah setelah bernikah membuatkan saya terlupa seketika berasa di alam maya ini.Namun sedikit pun tidak melunturkan semangat saya untuk tetap menulis disini.
Hidup sebagai isteri,nyata memberi saya 1 ketenangan yg selama ini saya dambakan.Ada sesorang untuk bersandar kala sedih dan bermasalah buat saya bersyukur berada dalam pelukan pernikahan.

Sepi bukan bererti sy telah tiada disni,cuma membataskan masa dan memberi lebih perhatian untuk rumahtangga..awww...ayat skema..namun sy harapkan kedatangan kembali ke alam maya ini akan merubah sesuatu...
Jumpa lagi guys...!~

12 March 2010

Facebook meruntuhkan istitusi perkahwinan?

Posted by rAtu saLju™ at Friday, March 12, 2010 2 comments Links to this post
Salam semua...

Dulu nak berkenalan menggunakan surat,ada org tengah dan seumpamanya.Namun kini,kemudahan internet telah digunakan secara meluas dan maksima membuatkan atok dan  nenek juga turut bermain internet.
Dahulu untuk berhubung mungkin agak terbatas,namun kini hatta dalam seluar pun lebih dikenali dan tahu.Ramai pengkaji telah mengeluarkan kajian dimana Facebook adalah laman sosial yang turut memainkan peranan dalam pertemuan jodoh,namun dikala itu,ramai juga yang mengambil kesempatan untuk memulakan langkah 1 perkenalan walau telah ada anak 8!

Umpama A,B dan C.tambah kenalan dalam facebook,berkenalan,dan komen.Namun dalam keghairahan itu,banyak juga institusi perkahwinan menjadi pincang asbab kelekaan dan keterujaan bermain Facebook.Pengabaian dalam aspek kasih sayang selaku ketua keluarga dan mencari hiburan di'luar'.
Sangat menyedihkan,apabila org Melayu,khasnya yg beragama Islam,menganggap enteng permasalahan ini dan masih terus terbuai asmara buatan tanpa memikirkan natijah perbuatan terlarang itu.Nauzubillah~

21 February 2010

Dugaan Kecil itu Milikku...

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, February 21, 2010 3 comments Links to this post
Salam...

Pasrah rasanya,bila diduga.Adakalanya sy rebah sedikit.Ingin menulis disini,rasanya tidak molek.Lantas hnya pendam didlm hati terbuku sahaja dilubuk.
huuuuuuuuu~

Persiapan ala kadar sy lakukan,cuba tidak berhutang dan tidak mahu terlalu gah sehingga org takut untuk datang.Prinsip sy,kita buat hebat macamna pun,dimata orang laen tetap akan ada cacat cela.
Jadi saya cuba sekadar bersederhana,doa yg terbaik untuk pengantin yang saya mohon dari anda semua.Sekadar ini dahulu untuk bacaan anda semua agar sy tidak terus dilupakan..he~

Oh ya,baju nikah sudah selesai dan menunggu masa untuk dipakai,warnanya putih dan turqoise.=) sgt suka!

10 February 2010

Jom Heboh di Pesta Buku Weihhhh!~

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, February 10, 2010 3 comments Links to this post
Salam..

Sorry la lama gila x update blog,sebauk ngn preparation kawen smpai tergendala sket urusan blog ni..heheh.saja nak hebahkan sumtg yg x kurang important nye kat korg sal event yg dinanti2kan sepanjang tahun.

Hye guys!...kepada smua yg kipas-susah-mati buku,skrang adalah waktu terbaik untuk kumpulkan duit sebanyak yg korang boleh.Pada 19 Mac sampai 28 Mac 2010 ade Pesta Buku Antarabangsa di PWTC,KL.Boleh borong smpai penat,dan boleh amik tndatgn novelis yg anda suka serta bnyk lagi acara2 yg best n ngetop!~

So guys,jgn lupa untuk untuk kumpul wet dan juga blanja sakan untuk buku2 yg smestinya ilmiah dan bermanfaat.Daku juga ingn mengebestkan diri untuk pergi ke pesta buku itu nnti,insyallah.dan semestinya kali ini akan lebih bermakna,jalan2 bersama hubby tersayang...wewettttt!~

Till now,jumpa lagi insyallah dlm esok2..heheh..do take care guys..luv u all..!






03 February 2010

Alamak! Kantoi!

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, February 03, 2010 2 comments Links to this post
Salam..

Currently,aku baru ok dari stress yg panjang.Sedaya upaya nak rileks kan hati dan minda.Memandangkan hari yg bkal kunjung tiba x lama lagi,a bit nervous plus scared add with happy. Aku da x tau perasaan ape aku alami.

Persiapan baju pun tergendala seketika,aku x tau maslah apa,namun aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar lepas ni.Aku rasa da banyak benda aku x settlekan.Baru menarik nafas lega untuk pengiriman kad kawen yang hampir 70% selesai.

Banyak juga nak fikirkan,namun kekangan keadaan buat aku lelah seketika.Sekarang Allah duga aku dgn wang yang buat aku stuck sekejap untuk preparation majlis kawen.Sgt2 sedih juga.Nak mntak bantuan tunang,memang malu sebenarnya.

 Apa yang aku buat kala tensi? Aku layan lagu ni..kih3...ok..zasss





27 January 2010

Kita bukan siapa melawan kehendakNya...

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, January 27, 2010 6 comments Links to this post
Salam..

Saya skng berada di kuala lumpur ats urusan sesuatu..yg pastinya..doakan 1 jasad yg telah bersemadi aman di sana,agar dapat tenang dan dicucuri rahmat...

Al-Fatihah..doa kalian amat daku harapkan buat insan itu..dan keluarga mereka pasrah dan kuat menerima ketentuan yg bukan di tgn kita yg kerdil ini..

Sy hanya nak kata,sy syg org itu..

23 January 2010

Persiapan Baju Gold + Hitam (Part 1)

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, January 23, 2010 9 comments Links to this post
Salam..

Ok,skilas lalu la nak cte sal preparation untuk dikongsikan dgn sume..hehe.~..cam poyo jek.baju walimah almost da nak siap..tggal jhari isnin untuk ambik,Insyallah~..so skng ngah pening sket sal nak jahitkan manik dibaju tu nnti.

~xde la betul2 sama mcm ni,tapi lebih kurang warnanya..~


Stkat ni daku suka akan hasil jhtn manik cheq su,lagipon umah cheq su x jao mne ngn umah ku..kebetulan masa surf internet sal jahitan dan tempahan manik,ternmpak blog dia,then alhamdulillah la Allah mudahkan perjalanan walimah.mudah2an xde la mahal sgt cheq su amik upahnye coz dlu tnya kat sorg kenalan ni dia nak amik RM35 je upah,huhu,sbb manik da beli.huhu~

Tema untuk hari bersejarah itu adalah warna Gold + hitam,jadi naek la kot serinya..heheh~ dan belah lelaki,kaler meroon..heheh..ekceli,idea asal x mo gold tapi nmpak meriah dan kebanyakan perhiasan yg boleh beli adalah warna gold..huhu...layan je la..~


Dan untuk x hampakan semua,ku tunjukkan ala2 design baju pngantinku menjadi begini..
tada...~





ok..tu je..later update laen k...![cube bygkan baju puteh kat ats tu kaler emas dan manik di baju kaler hitam..lalala]

.

21 January 2010

Sudah Jadi skema la pulak,...

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, January 21, 2010 6 comments Links to this post
Salam kepada semua...

Well...skng ni ku sebuk nak wat senarai..asik2 senarai,
senarai jemputan la,
senarai hadiah la,
senarai barang nak kena tempah la,
senarai itu...senarai ini..huhuh

skng ni ku nak buat senarai untuk naekkan badan yg sekian lama ku nak buat..

bgun pagi2 kena buat semua ni:-
1. minum 2 cawan air 
2. makan 1 sudu madu
3. makan scott imulsion
4. minum anlene

5. sarapan

ni baru pagi2 je..aduh...
aku bukan la org yg rutin..tapi untuk bulan depan punya hari..aku kn jadi skema..adehhh~

19 January 2010

Patutkah Membuat Wishlist?

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, January 19, 2010 4 comments Links to this post
Salam...!~




Ini adalah cdgn bebarapa org teman baek sy sewaktu musim sekolah mengah dlu..memandangkan tdak berapa hari lagi je [gerunnya!] bakal menjelang hari walimah sy,mereka yg tdak dapat hadir dan yg hadir ingn menghadiahkan sesuatu kepada saya.

Namun yg menjadi maslh kepada sy ialah:-

1. patut ke membuat senarai wishlist ini untuk cadangan hadiah untuk sy nti?

2. barangan ape yg patut di cadangkan?

3. tidakkah nanti sy digelar DEMAND?


Erm,sy serba salah sebenarnya,takut pula apa kata org nti,sy cuba menurut untuk tdak terlalu negatif dan membuka skop pembacaan sy.Ada majlah pengantin yang menganjurkan membuat senarai cadagan hadiah seperti ini[wishlist] supaya tetamu mudah untuk memberi,x de la smpai blender dan gelas berset2 nnti...hehehe



 Sy mahukan pendapat anda semua dan tolong jwb 3 soalan di atas itu yer..huhu...sgt berbelah bagi dan keliru kala ini.

sekian

18 January 2010

Manusia semakin angkuh dan selfish!

Posted by rAtu saLju™ at Monday, January 18, 2010 5 comments Links to this post
Salam...

Bukan senang sebnarnya nak puaskan hati sekalian makhluk dibumi ini.Hatta hati sendiri pon belum tentu lagi kita mampu untuk dipuaskan.



Kadngkala juga,manusia seakan tidak paham dan lebih melihat kepentingan diri sendiri dari bertolak ansur dan amalkan frasa give n take dlm kehidupan.

Situasi dimana manusia itu mnjadi sgt mementingkan diri adalah pabila dia terlibat dlm perkara yg menguntungkan tetapi tdak mahu berkongsi dgn org laen,situasi di dlm tren KTM,sewaktu di ats jln raya,membeli tiket,dlm bas awam,dlm tandas awam dan semua yg awam2 la..


Tiada lagi unsur kasih syg dan tolak ansur,yang ada hanyalah sikap siapa dulu dan persaingan yg hanya memntingkan.Mengapa dalam hal2 pelajaran dan kebaikan tidak mahu pula untuk bersaing?

14 January 2010

Selamat Tinggal Dunia Mengajar

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, January 14, 2010 9 comments Links to this post
Salam...



Sy kelu utk mulakn sesuatu.Sy rasa x selamat mahu pindah ke daerah bru. Entahlah,sy x mampu menerima 1 kenyataan.Sampai kini sy tercari2 keputusan utk diri sndri,sama ada pindah @ buat2 lupa dgn keadaan..

Tolonglah en F,wlw da tawen..boleh x kita duk di daerah sy?..please...sob3...sy x mo pindah!..sy x nak lepaskan ank2 murid sy cumel2 itu dan sy x sanggup sbnarnya.Diorang la yg slalu
buat sy ketawa kala sy mngis sorg2

buat sy tersenyum kala resah

 kembali mengingatkan tgjwb sy pada ank bngsa pabila berhadapan dgn mereka...

Wuhuhuhu..syahdu seh mahu tggalkan bumi utara ini.Alahai...mngkin juga sy akan ambil 1 keputusan untuk tdak lagi mngajar scara formal ke sekolah..huhuhu


xsanggup nak angkut beg tggalkan bilik kecilku~ (T_T).

10 January 2010

Private Blog

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, January 10, 2010 7 comments Links to this post
Salam..


Aku x paham kdg2 ade yg invte ku dtg blog dia tapi dia privte kan pada org2 tertntu..haishhh..bengkek ku di buatnya.

Klu nak sgt pvte,xpayah ssh2 ajak org gi blog mu senah oiii...alahai...ku x kisah snarnya,tapi apa salahnya kongsi info yg berguna kpd msyarakat umum.Namun jika betul anda hnya kongsi kisah2 18thn dan ke ats @ peribody anda shja.boleh la berbuat demikian.

Alahai,blog ku x femes,xde la org nak tgok agaknye klu private kan..wuahahha...oleh hal yg demikian<---ayat karngn BM,x payah la ssh2 pvtekan blog..kui3...


k..da


p/s-nak g hari k2 kursus tawen..adehhh~

09 January 2010

Part 1: Kursus kawen...weeee~

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, January 09, 2010 2 comments Links to this post
Salam semua...

Maaf agak bz dgn skola buat sy x update sketika,heheh..*alasan*

Ok,kenapa mcm ssh2 je nak kawen kan?..heheh..arini sy baru nak pi kursus tawen,aduhai.padahal hari bersejarah tu x lama je lagik..aduhai.cales la kamu ni ratu!

Oh kursus tawen..btw,nak mntak tulun anda semua untuk klik2 DAPATWANG kat ats tu,leh juga la korg sponser 20 sen untuk daku kumpul untuk bayar jurugambar untuk majlis bersejarah itu nnti.huhu...boleh kan? 

Oh ya,sesape yg x pi kursus tawen tu elok la pi,jgn jadi mcm daku..wuahahah..~


take care..salam..!

05 January 2010

Bila ayah Ustazah nak datang sekolah bayar yuran?

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, January 05, 2010 7 comments Links to this post
salam..


1st day skola smlm wat sy bagai x cukup msa dan nafas.Heheheh...pendaftaran murid baru,pembayaran yuran dan buku2 teks serta perjumpaan keluarga-ibu bapa,buat saya nerves even da ini adalah tahun ke 3 daku menjadi tenaga pengajar.

Keadaan masih terkawal,dan yang bestnya sy dapat 1 soalan dri ank murid sy, 

anak murid: 'Bila ayah Ustazah nak dtg?'


saya: untuk apa ayh ustazah dtg?


ank murid: untuk bayar yuran la mcm kami.


saya: *tergelak*

Kelakar bila sy mengingatkan kejadian semalam,heee..tapi terhibur juga la dengan kerenah mereka.Saya masih lagi memegang kelas yg sama mcm tahun lepas cumanya yg berubah usia semakin bertambah.heee...terasa diri da tua,alahai..

Kepada semua guru2 di Malaysia,selamat menjalankan tugas anda! dan kepada semua yg bergelar student,hargailah masa anda bersama guru anda,jumpa lagi!

salam. 

 

02 January 2010

Lelaki Sudah Hilang Kelakian?

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, January 02, 2010 4 comments Links to this post
Salam..


Pada ku,secara peribadi,lelaki x kan hilang kelakian pabila:-
  • membasuh baju
  • tolong jaga anak
  • wat facial
  • memasak kat dapur 
  • tolong siram dan tgok2 bunga kat laman

Tapi,maaf cakap..lelaki akan hilang kejantanannya pabila:-
  • terlalu cerewet mngalahkan ppuan
  • wat pembedahan sana sini
  • terasa geli geleman nak buang smpah dan wat kije2 rumah
  • bawak keta cam siput sedut!
 
Kadang2 llki ni pelik juga[bukan nak kondem!]. Susah sgt ke nak ringankan tulang menyinsing lengan membantu para wanita di dapur,hatta kadang2 terasa berat mmbasuh sebiji pinggan yg dimakan sendiri,haishhh...melampau!
 
Pabila balik kmpung ade para suami yg smpai aty membiarkan isterinya shja yg bertungkus lumus menyiapkan brg2 dan memastikan anak2 disiapkan,dia pulak..baring2 rileks tengok tv,,wo0t..adilkah?

Apa yg boleh sy katakan ialah,saling bantu membantu la agar keadaan harmoni,x hilang lelaki anda membantu kerja2 prempuan,cuma yg x kan hilang dan makin meninggi adalah EGO dlm diri anda!

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez