Daisypath Anniversary tickers

06 December 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, December 06, 2009
Salam..


Gagal?..perkataan negatif yg ku tahu ramai yang x mampu nak hadapi nya.'Hidup x selalunya cerah','Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya',dan 'Hidup tnapa kegagalan adalah tidak indah' ini adalah ayat2 biasa yang boleh memberi manfaat tapi mungkin juga tekanan kepada si penggagal.Adakah kegagalan membuatkan anda terus nak mati sahaja dan menganggap dunia sudah berakhir?

 Manusia bukan dilahirkan untuk gagal,namun hati manusia itu kena ikhlas untuk menerima kegagalan.Memberanikan diri menerima 1 kelukaan dan kekalahan mahupun kegagalan.Ya,HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.Tanpa kegagalan,hidup dan prestasi kita akan sampai pada tahap yg sama sahaja.Statik dan membosankan.
Dalam Islam yg syumul ini juga,kita dianjurkan untuk selalu memuhasabah diri,meningkatkan diri agar kita tidak menjadi insan yg rugi. Bagaimana insan yg rugi? Iaitu insan yg tetap gagal ditempat yang sama sepanjang hidupnya. Manjadi mangsa kritikan,cemuhan dan dikeji sebab kegagalan kita bukanlah 1 alasan untuk kita terus patah hati dan berputus asa.TIDAK sama sekali. Allah itu Maha Penyayang kepada hambanya,dia tidak akan membebankan dgn ujian yg pastinya hambanya tidak mampu untuk menghadapi.
Setakat mana kemampuan kita,keberanian kita kala diuji? Ramai yg mudah mengeluh kala ditimpa kegagalan,ramai menyesal dan menyalahkan takdir,namun pernahkah kita bersyukur dan menyalahkan takdir kala kita dihambat kejayaan? Cuba renungkan. Kala hidup umpama pelangi,sgt sedikit yg bangun malam dan qiamulail untuk bermunajat dgn Allah yg Esa. Sgt sdikit org yg bersyukur...Astaghfirullah..
Oleh itu,cukup baguskah kita untuk melawan takdir dan menyalahkan Allah jika diuji dgn kegagalan? Seharusnya kita merenungi dan bermunajat kepadaNya agar malaikat yg selalu mendengar keluhan kita,tetap membawa doa dan rintihan kita setiap masa untuk Allah makbulkan.Insyallah.
Kepada semua yg HIDUP BERANI UNTUK GAGAL,saya syorkan anda untuk masuk CONTEST encik Denaihati ini.Jangan lupa membaca syarat2 disini. RM3750 pastinya membuatkan anda tersenyum gembira.

 

7 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on December 06, 2009 10:38 AM said...

betul!!

harus berani!!

Zhoe Wynz on December 06, 2009 12:27 PM said...

Ramai gak yg tak suka kegagalan.. tapi tu la kehidupan... takde gagal bukanlah kehidupan namanya... satu ayat yg power... yeaa.. Hidup Berani untuk gagal!

oranglidi on December 06, 2009 3:03 PM said...

macam buku berani gagal

oranglidi on December 06, 2009 3:04 PM said...

macam buku berani gagal

on December 07, 2009 1:15 PM said...

++....Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga akhir hayat....++

cayok3.....

dilot on December 07, 2009 10:51 PM said...

sama2 la kita berani hidup utk gagal..=)

gud luk..

aminjohar on December 11, 2009 3:27 PM said...

Hi.. Selamat berkenalan :-)

AJ pun sertai contest ini.

Tahniah kerana menyertai contest ini erm dah mendapat pengesahan dari Denaihati? :-)

Teruskan usaha. Dah kat 2nd page di Google :-)

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez