Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label amalan penghayatan. Show all posts
Showing posts with label amalan penghayatan. Show all posts

06 June 2013

Perjalanan Agung...

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, June 06, 2013 0 comments
Assalam semua!



Bagaimana anda semua hari ini? Semoga dengan hadirnya mentari pagi ini kita terus merafak ucapan indah Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas didunia ini tanpa musibah.

Salam isra' mikraj buat semua. Tarikh ini juga merupakan tanda Rejab 1434 hijrah bakal berakhir dan digantikan dengan Sya'ban. Semakin hari semakin dekat dengan kematian,namun kita masih tetap mengejar bayang dunia yang menipu.

Hari ini juga adalah ingatan hari dimana junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Allah SWT untuk perintah solat. Alhamdulillah kita ada solat untuk menghubungkan diri kita dengan Allah SWT. Namun kita masih culas dan malas bertemu dengan Allah. Entah mengapa... 

Perjalanan agung ini perlu kita ambil iktibar dan dihayati sebagai perjalanan kita juga dalam mencari redha Ilahi. Perjalanan mencari tuhan yang Esa,Allah SWT. 

Kembalilah...

 kepada sang pencipta jika pernah terpesong sebelum ini,

pulanglah...

jika termasuk laluan yg salah,

Allah tak pernah jauh sebagaimana pintu taubat itu sentiasa terbuka.

Kerna,kasih sayang Allah melebihi 70 kali sayangnya seorang ibu kepada anaknya.

SALAM ISRA' MIKRAJ buat semua.. :)

24 July 2012

Ujian hidup ini hanya sementara..khas buat rakan2 TTC :)

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, July 24, 2012 4 comments
Salam...

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
Kepadanya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingnya

Ku serah takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi

Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Ku serahkan takdir di tangannya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana

Dia di hati selalu memberikan ku petunjuk
Apabila pemandangan samar
Biarpun hidup digoda ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya

p/s- sy juga mendoakan rakan2 ttc diluar sana,jgn la putus berharap kepada Allah,insyaAllah rahmat Allah tidak pernah putus untuk hambanya. Insyallah.. :)

23 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Posted by rAtu saLju™ at Monday, July 23, 2012 2 comments
Salam semua...

Pertama sekali,terima kasih yang tidak terhingga kepada readers Cinta Sang Ratu. Terima kasih juga sebab tinggalkan jejak. Alhamdulillah da masuk hari ke 3 kita iftar. Semoga perjuangan kita dipelihara dan diberkatiNya. Aminn Ya Allah..

Sempena bulan yang mulia ini,saya nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua. Doanya,semoga 10 hari yang pertama ini kita memohon rahmat dari Allah tanpa henti.Sehingga jumpa lagi :)


03 March 2012

CD21 | R.A.P.U.H

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, March 03, 2012 0 comments
Salam~

Hati ini mudah rapuh,mudah kecewa,mudah menangis. Namun sedarlah,sebaik2 kembali adalah disisi Allah yang maha Esa. Allah ada dan tahu bila hambanya lelah dengan kehidupan dan ujian. Rintihan demi rintihan dari mu yang mahu didengariNya. Saya selalu mengingatkan diri saat diri ini jatuh tersungkur dengan permainan dunia dan ujian,bahawa Allah amat sayangkan hambanya. Lebih sayang dari seorang ibu kepada anaknya. 70 kali!

Kita sayangkan anak sanggup berjaga malam tika anak dalam kesakitan. Kita memeluk saat dia ketakukan. Kita mengesat dan menenangkannya saat dia kesedihan. 

Namun, Allah lebih lagi menjaga kita tika malam merangkak,dengan malaikat penjaga menemani sepanjang malam sehingga subuh. Saat kita kesedihan,buntu dengan kehidupan Allah tetap disamping setia mendengar keluh kesah dan tangis kita. Malah,Allah juga memberi peringatan2 kepada kita agar kita tidak menjadi bahan bakar di neraka kelak. Pernahkan kita sedari itu semua?

Sempurnakah cinta kita kepada ilahi untuk kita bertanya KENAPA? KENAPA? dan KENAPA? doa kita selama ini tidak dimakbulkan cepat. Saya meredhakan segalanya,pasrah bukan bererti kalah. Namun saya pasti dan pasti Allah memberikan hikmah terbesar untuk saya nanti,Allah x kan biarkan saya keseorangan dengan 'dugaan' kecil ini,Insyallah~


Rapuh by Opick

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

29 March 2011

Kejap Pakai,Kejap Bukak..Apa Pegangan Saudari Sebenarnya?

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, March 29, 2011 4 comments
Salam...

Lately ni aku suka tengok fenomena di M'sia. Kenapa? ramai da sedar akan tanggungjawab seorang perempuan untuk menutup aurat. Alhamdulillah. Cuma aku x setuju bila mana dia pakai tudung hanya kerana tujuan tertentu.

Ekceli,memakai tudung hukumnya adalah wajib. Sedia @ x,bila hukum da wajib maka kena pakai even x sedia. Kita bukan nya tahu ajal kita bila,namun bila Allah amik kita dalam keadaan kita yang x menutup aurat,bagaimana ya?

Aku nak bercakap dari sudut perspektif yang lebih luas. Baru2 ni aku menonton rancangan Oprah. Dia temu bual dengan orang Islam,ada pendapat mengatakan perempuan yang memakai tudung ni adakah x moden,tapi apa yang di jawab oleh Ingy(wanita mesir yg memakai tudung), wanita bertudung ini sama moden dengan yang x pakai malah mereka lebih baik pabila melihatkan kecantikan kepada yang berhak(suami).

Kes soal jawab bertudung ni aku lebih respek pandangan orang luar negara. Diorang sincere dan lebih bagus mempertahankan keindahan & tanggungjawab tudung berbanding negara kita yang lebih banyak 'menjaga hati' banyak pihak.


So,kat sini aku nak kita sama2 doakan agar semua perempuan di M'sia dan seluruh alam akan melaksanakan hukum Allah ini. Jangan lah nanti bila negara kita da jadi macam jepun dan Myammar baru kita nak berubah. Takut2 masa itu sudah terlambat...

  Renung2kan dan selamat beramal!

 

14 January 2011

Petua Untuk Mengandung

Posted by rAtu saLju™ at Friday, January 14, 2011 4 comments
Salam...


Ramai yang komen betapa susah nak dapatkan anak. Yup! saya setuju. So kat bawah ni saya tuliskan beberapa tips dan petua untuk anda,saya bukan lah pakar,namun hasil pembacaan berterusan,beberapa rumusan saya buat.
1. Baca Al-fatihah
- baca surah ini dan niatkan dapat anak.petua ini disarankan oleh sahabat saya yang bakal melahirkan kembar!

2.Jangan stress!
- stress boleh mengurangkan kemampuan dan motivasi kita nak dapat anak. menurut doktor,selalunya org yang mudah mengandung tak sedar yang mereka itu sedang mengandung!jadi take life easy...insyallah [nasihat untuk diri sendiri nih!]
3. Selalu makan taugeh
- kajian secara saintifik tidak ada lagi.Tapi ini petua org2 lama.Kawan saya juga suggest makan taugeh banyak2 untuk kesuburan sambil tawakal.

4. Avoid JUNK FOOD!
- pantang la dulu dari makan segera dan tidak ada zat spt: cikedis, makanan segera [KFC,McD], jeruk2 dan makanan bercuka!

5. Zikir Asmaul Husna
- amalkan la selalu dari mendengar lagu yang entah apa2.

6. Pergilah bercuti!
- ini di suggestkan oleh doktor yang saya temui. bila hati gembira dan tidak fikirkan masalah,hanya anda berdua.Mana tahu balik2 anda dah mengandung!..Alhamdulillah~

7. Maafkan orang yang bermusuh dgn anda
- apa kaitannya?...hati yang berdendam adalah hati yang stress.Jadi maafkan lah orang lain dan minta maaf la jika anda ada melakukan kesalahan.Takut2 ada doa dia yang Allah angkat!

8. Solat tahajjud : doa,doa dan terus berdoa
- jangan lupa,2/3 malam adalah waktu sesuai untuk kita mengadu pada Allah,betapa kerdilnya kita yang tak mampu melakukan apa2,betapa kita mahukan permata hati yang menjadi pengikat kasih sayang antara kita dan suami.klik SINI post tentang tahajjud.Saya akan post tentang doa org mu'min kemudian.insyallah~



Akhirnya,jgn putus asa..saya pun hampir setahun.Belum lagi mendapat khabar baik itu...Semoga saya dan anda sukses! salam~

21 December 2009

Buat Baik Salah,Buat Jahat Pun Salah..alahai...!

Posted by rAtu saLju™ at Monday, December 21, 2009 4 comments
Salam..



Hai..mcm2 ngan dunia ni,buat baek slah,buat jht lagi la salah! Bila kita bermurah hati untuk sedekah dan slalu jengah masjid @ surau..sedap2 ati je sstgh masyarakat melabel 'ustaz' @ 'ustazah'..hello,nak tggu kiamat dlu ke baru nak insaf @ buat amal?..phewww

Ku slalu juga org takut nak tgur..erk..daku mkn org ke? Pelik la manusia ni,ekceli rakyat mesia je kot yg sgt2 pelik bin ajaib! Suka otak x berkembang bila tang2 buat kebaikan dan kebajikan.Suka melabel dan memperlekeh,bila org tu baru nak insaf dan kembali kepangkal jalan,mulalah mulut2 menjuih2 dan ngata yg buruk2.Patutnye doakan la yg terbaik dan kekal dia ke arah kebaikan.Ni buat dia balik nak menyetan!..aduhai...

Kadang2 org ssah sgt nak wat kebaikan,senyum pun dah kira OK untuk mendapat 1 pahala,tapi jgn plak snyum nafsu,tu dapat BALA!Buang duri/kayu/paku tengah jalan pon da kira sebahagian dri iman.Kita hidup kat dunia ni x lama,habis tggi pun 60-70 tahun je,klu lebih tu bonus,tapi tyme tu kita msih lagi boleh buat amal secara sempurna ke? boleh jalan2 bebas mcm umur 20-30an? Takut2 tyme tu kita da terlantar je nak tggu Malaikat cabut nyawa,masa tu baru pk nak taubat dan amal yg sikit dah x guna lagi..

oleh itu,tepuk dada tnya iman,jgn hanya mencaci bila ade yg buat kebaikan,ambik iktibar dan insaflah,turut serta bertaubat dan membuat amal.Semoga kita berat timbangan di 'sana',ringan persoalan dan cepat masuk syurga..insyallah,aminn...  

11 December 2009

Masalah Hati Jika Tak Bersyukur...

Posted by rAtu saLju™ at Friday, December 11, 2009 6 comments
Senah [bkn nama sbnar] : Alahai,bdn aku ni da x slim la. Muka pun pucat je.
Tipah : Eh,ok ape.Aku tengok da bnyak ko makan pil2 dan tahan nafsu makan,ni pun da slim da.Nak turun sampai kena Aneroxsia Nervosa ke? 

Senah: Aku takut bf aku lari la...

Tipah : Selama ni pun dia amik kesempatan kat ko je,bukan dia betul2 suka kau pun.

Salam...

Org yg gemuk,nak kurus kan badan,yg kurus pulak sebuk kena perli cekeding x cukup makan..alahai...

Manusia sejak dri dlu x penahnya bersyukur dgn apa yg dimiliki nya,dari badan sehingga lah kepada harta benda dunia yg x bawak mati tu.Muka hidung senget,pi ubah kejadian Allah wat plastic surgery,x cukup ada Produa Kancil,pi tukaq plak Myvi.Pokoknya,manusia itu x pernahnya PUAS! sering menjadikan syaitan sebagai ikutan dan panduan agar dikatakan mengikut trend terkini.alahai...Nauzubillah! bersyukurlah dgn apa yg ada..

Harta kalau boleh mesti melebihi dari jiran sebelah rumah,jiran renovate dapur,kita pulak kena renovate dari anjung smpai longkang dapur.Anak jiran hantaran kawen RM10 ribu,kita kena lebih RM15 ribu.Jiran guna Exora terkini,kita kena ubah Alza memikat hati.Alahai...kenapa bersaing menaikkan hutang yg akhirnya membebankan diri sendiri? Membaluti diri dgn sifat hasad dengki dan tamakkan dunia,akhirnya nanti kita juga yg menyesal sendiri.

  Mengapa kita x ambil contoh Nabi Muhammad yg hidup dan matinya mahu dikalangan org miskin dan Baginda mahu dibangunkan di akhirat kelak bersama2 org miskin juga,namun kita?..tepuk dada tnya iman sendiri,sadisnya.bersyukurlah kita dgn apa yg ada.'Pabila kaya,aku akan mudah menderma'..owh,ya kah? sejarah membuktikan pabila manusia itu dilimpahi kekayaan,makanya dia amat kedekut dan takut hartanya habis bila dia menderma dan bersedekah.Padahal Allah dah janjikan setiap 1 yg kita sedekah,Allah balas dengan 10.

Oleh itu,hiduplah secara sederhana tanpa niat dan hati bersaing mencari kemurkaan Allah,redha Allah lagi utama dri semuanya!...smpai sini dlu,salam penghulu hari untuk semua!
p/s-sila klik DERMA untuk kempen menderma tabung CIK INA.



22 November 2009

Seksi: Stokin dan Gurl

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, November 22, 2009 6 comments
Salam keindahan buat semua...~


Uiks,..tjuk en3 mcm best.Ekceli,selain seluruh badan,yg wajib gurl ttup,kaki juga memainkan peranan.Slalu je lupa yg 1 ni,nak cover kaki,maka tersembul la kaki yg puteh mulus tu [klu puteh la],ade yg x segan silu bila pkai skirt pendek mmg nmpak kaki dia yg ala2 semak belum tebas lagi..haishhh...


Itu lum lagi tgok cagu dan pecah2 di tumit lagi..adeh..kdg2 hnya pkai kala emergency shja,tyme kaki sgt2 'chantek' untuk diperlihatkan.Aduhai..aurat tu kak Limah~Skng da mcm2 fesyen stokin da untk diperagakan,cumanya,1 la..ttup la aurat ngn sempurna..


jgn biarkan kaki anda digelakkan sang lelaki~Aurat wajib ttup smpurna..kepala ttup kaki x ttup x boley juga..lalala~

10 September 2009

Persediaan Syawal..perlu ke?

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, September 10, 2009 3 comments
Salam ceria semua...

Amcam bro n sis? ade brann x me nye layout baru...kih3...ayat mcm puji diri sndiri je...cait...sje je nak wat pembaharuan...sila jgn memeningkan pla anda..kerna jgn ribut2..tenang aja donggg~...ding dong!

Skang ngah pening sket nakw at kueh raya ape...adehh...yg sy tau hanya cornflakes madu..wawawa..ye sy tau itu budak drjah 1 pon tau buat..sila jgn marahkan sy..ok....tu yg sy berusaha untuk mncari resepi2 yg agak2 sedap...gulppp..agak2?..mengapa?..heheh~

1 b frank,sy x siap 1 ape pun untuk lebaran ni,hatta baju raya,malah tudung,kasut dan senagkatan dengannye pon sy x siapkan lagi...lalalal~..ntahla..mcm raya ni hnya untuk bermaafan buat sy x pk sgt sal baju dan semua yg bersangkutan ngn raya..

K0rg dah siap semua ke?..oh ya,smalam kami ade wat kenduri sket..a.k.a moreh la kat surau taman kami,esok je sy apdate pic2nye k..Insyallah~

26 October 2008

>> Kemurungan..kembalilah pada Al-Quran <<

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, October 26, 2008 6 comments
bismillahirrahmanirrahim...

....Assalamualaikum wbkth...

Hye all...kih3..sy kat sg buluh skng,esok br nk gi shah alam c0z ade knduri.Meningglkan Penang sektika wt smntara wktu.Erm,mlm td amik kak cik kat mdrasah,dia lak kn 'chicken p0x'.s0,es0k pas knduri,terus la dia bercuti2 'uganda' kat umah.

Btw,masyeh bnyk2 untuk sume yg amat syg pada cet ratu.xde ape la,life mst g0 on,n mst b stronger each 0f time!..kdgkala apabila tersungkur,jgn biarkan kesungkuran tu berlanjutan.Mmg bkn senang n amat payah,tpi payah lagi apabila kita hidup dlm tekann dan 'kemurungan'..

Jadi kat sni,ratu nk share 'bout kemurungan,penyebab2 kemurungan..s0 check urself,adakah anda dlm kategori kemurugan.Tpi cet ratu harp x la.Ekceli mnurut pakar perubatan,kemurungn ni bukan berpunca dr 1 sebab shja.Sebaliknya,ia adalah gabungan beberapa faktor.

"Kemurungan adalah sebahagian daripada masalah yang berlaku pada otak. Tetapi, apabila menyebut tentang kaitannya dengan otak, ramai yang menjadi takut," kata Dr. Yen Teck Hoe, Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA)

Menurut kajian WHO,kemurungan adalah merupakan penyakit ke-4 yg melumpuhkan jiwa sesorang.Menurut Yen,mslah kemurungan berlanjutan hingga lebih dripda dua minggu sehingga timbul keinginan membunuh diri yang merupakan petanda serius! Nauzubillah.Nyawa manusia adalah hak Allah,bukn ditgn kita."Sekiranya pesakit sudah menunjukkan simptom-simptom ketidakupayaan dari segi mental atau hasrat membunuh diri sehingga menjejaskan kehidupan harian, masalah depresi yang dihadapi berkemungkinan telah berkembang dari normal ke tahap membimbangkan," katanya lagi.

Namun,hanya 70 hingga 80 peratus shja pesakit kemurungan dapat diselamatkan dan menjalani kehidupan normal kembali.Jangan la sesakali kita menyisih mereka.Hendaklah selalu mmberi s0kongn dn galakan,keluarga,rakan2 dan jiran,mainkan peranan anda.
Lebih teruk, antara punca terjadinya keengganan mndapatkn rawatan kemurungn ini adalah disebabkan oleh tiadanya sokongan daripada orang tersayang.

Jika anda sume nk tahu,kemurungn lebih suka pada wanita sebagai 'mangsanya'.Antara laen sbbnya adalah faktor psikologikalnya,aspek emosi kaum hawa yg lebih mudah terjejas.Dalam rawatan kemurungan,tiada cara tertentu untuk merawat dan memulihkan mangsa.Gabungn ubat anti-kemurungan dan sesi kaunseling yg berterusan mampu memulihkan pesakit dan mngubah pndangn hidup lebih ke arah positif.Yang sembuhkan hanya Allah,kita sbgai hamba hndaklah berusaha dan berdoa.

Semua penyakit dtgnya dr Allah,Allah yg bgi penyakit,kpada Allah jua kita mntak penyembuhnya.
“Dan Kami turunkan dari Al-Qur`an suatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Qur`an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Al-Isra`: 82)“Penyembuh.” Penyembuh yang dimaksud di sini meliputi penyembuh atas segala penyakit, baik rohani maupun jasmani, sebagaimana yang akan dijelaskan dalam tafsirnya.

Penjelasan Tafsir Ayat
Ibnu Katsir rahimahullahu berkata: “Allah Subhanahu wa Ta'ala mengabarkan tentang kitab-Nya yang diturunkan kepada Rasul-Nya Shallallahu 'alaihi wa sallam, yaitu Al-Qur`an, yang tidak terdapat kebatilan di dalamnya baik dari sisi depan maupun belakang, yang diturunkan dari Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji, bahwa sesungguhnya Al-Qur`an itu merupakan penyembuh dan rahmat bagi kaum mukminin. Yaitu menghilangkan segala hal berupa keraguan, kemunafikan, kesyirikan, penyimpangan, dan penyelisihan yang terdapat dalam hati. Al-Qur`an-lah yang menyembuhkan itu semua. Di samping itu, ia merupakan rahmat yang dengannya membuahkan keimanan, hikmah, mencari kebaikan dan mendorong untuk melakukannya. Hal ini tidaklah didapatkan kecuali oleh orang yang mengimani, membenarkan, serta mengikutinya. Bagi orang yang seperti ini, Al-Qur`an akan menjadi penyembuh dan rahmat.(sumber asysyariah.com)

Semoga kita sntiasa dilindungiNya.

04 September 2008

>>Ehya Ramadhan al-Mubarak<<

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, September 04, 2008 5 comments
...Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt eberibadi!!!
:snow05:

Go0d m0rnink..adehhh..baru pas mkn sahuq tadi..erk,nk cte sal ape arini ea?..xde ape yg sgt2 mengujakan k0t..cumenye ceq nk cite sal sk0lah ceq je la..

Skang ni kat sk0la ade ektibiti "Ehya Ramadhan Al-Mubarak" atau bhasa Uganda nye penghayatan Ramadhan,s0 petang anda tidak akan seperti biasa lagi cik ratu!<----ayat rancangn tb..muahahah...cik
ratu amik bahagian ape?...erm..bahagian tidoq...ekeke,bahagian pemantau untuk iqra'...hehehe..

Erm..untuk pengetahuan semua pembaca dan fan2 ratu,pengelasan pelajar di bahagi kepada 3 gr0up..
1- geng tadarus al-quran
2- geng hafazan juz amma(f0kus pd surah2 lazim)
3- geng iqra'

S0,smlm pas je meeting jual tin,kami terus je kmpulkan pelajar..yeah!..0rg llki pi kat masjid..ppuan semua pi kat kelas darjah 1 untuk testing bcaan Quran..relex adik2..heheh...muka s0rg2 sume takut,ade yg berani gak la..tpi p0pulasi berani amat ciput skali!..lalalala~

Selepas berhempas pulas mengecheck bacaan cik ratu x wat p0n,dia jln2..mka terhasil lah 3 gr0up yg dinyatakan sebelum ini..jadi,sume bersemngat waja!..cik ratu p0n mensebukkan dirinya yg x sebuk itu...el0k je bagi penerangan bla..bla..n bla..tetibe...kringgggg...adehhh,l0ceng s0lat asar udah bunyik!...ok la ank2 sile beratur n amik wudhuk..lalalala~..

Ekceli kan,sy kat dlm kelas snarnya garang+manje ngn bebudak,tpi bebudak kelas rendah takut sket ngn 'kegarangan buat2 sy'..hehehe..besa la kan?..dan sy ni klu kat kelas,suke panggil ank2 murid sy dengan pggilan 'sayang'..heheh..tanda sy syg dorg!..yeah!..memula tu dorg pelik jgak,nape sy pggei dorg syg,alasnnye sbb dorg bukan ank sy..cesssssss...sy gtau la yg sbb sy syg d0rg..lme2 bila dh x pggil dorg syg mereka rse sy x syg dorg dah..adehhh la...

Bulan yg mulia ni,sy ade rutin baru..sy tid0 awl n bgun awl..s0 pade kwn2 n fan2 ratu yg sering tertnya 'kehilangan' @ ke'awal'an tidur ratu harap maaf la sbb x gtau awl2..sbb ratu nk perbanyakkan amal n tadarus bulan p0se ni..syg la bulan p0se ni berlalu sunyi sepi je kan?..s0,same2 kite grab!..sbb pada bulan p0se ni Nabi menyuruh kita mmperbanyakkn 4 perkara di bulan Ramadhan,
1.kalimah toyyibah(Lailahaillah),
2.Istghfar,
3.Doa meminta syurga,
4.Doa minta perlindungan dr neraka.

S0 u guys!........selamat beramal!
...

p/s-@nggayamari semua bertadarus!..azam khatam quran habes Ramadhan ni..insyallah,aminn..@nggaya


02 September 2008

= SyaHdu cInTa SaNg RaMadhaN =

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, September 02, 2008 4 comments
Assalamualaikum wbt....

.....bismillahirahmanirrahim...

Harini merupakan hri ke 2 umat Islam berpuasa..erm..sy agak excited untuk menempuh Ramadhan kali ni..kerna sy takut2 klu ini merupakan Ramadhan yg terakhir utk saya..hakikatnya mati itu PASTI!..tiada apa yg diragui tentang janji kita dgn Khaliq sewaktu kita dlm rahim ibu lagi...cuma pabila kesempatan dn peluang yg diberikan,jgn sesakali kita biarkan ia berlalu dgn hampa..!

Suasana Ramadhan yg sgt sy teruja adalah mlm terawih..dlu sewktu zman remaja nkal,sy suke usha imam..heheh..bukan apa,slalunye tyme2 p0se ni sure yg jd imam kebnyakn para hafiz al-Quran...syhdu apabila mendengar bcaan bait demi bait al-Quran yg di perdengarkan.. itu antra sbb knpa sy gemar mengusha..heheh... k0t2 la bleh msuk line...ceh!

Kenangan tu telah dibawa angin petang yg lalu.. namun ssekali teringt,tersenyum sy se0rg diri. kini,apa yg sy rindui adalah mmbuat amal dn dpt memberi mkan kpada org yg berpuasa. se0rang prempuan hendaklah selalu bersedekah dan berzikir. itu apa yg sy dengar melalui ss0rang..dan sy bersetuju dengn pendapat itu.

Jadik,usaha pertama sy untuk memberi mkn kepada yg berpuasa,sy telah membuat 'bergedil daging' yeah!.. ni merupakan cubaan pertama sy,wlw ayah k0men kerana hancur dlm kuali,tetapi sy ttap berpuas ht apabila abg2 sy bertanya,'ada lagi ke?'..heheh,syukur alhamdulillah..wlw p0n separuh yg dig0reng "pecah".. tapi ternyata,x sia2 usaha sy..melihat muka berselera yg di tunjukkan wat sy hepy dn semangat untuk mncube resepi yg laen pula..

S0,pd anda semua,ragutlah pahala pada bulan agung ini seperti binatang meragut biji2an di padang...betapa rakus dn bersungguhnya!..kita juga harus begitu,jgn biarkan mlm2 Ramadhan sepi tnpa s0lat terawih dn tahajjud kita...sem0ga keindahan Ramdhan kali ini lebih kita rasai dn lebih kita menghargainya..Insyallah,aminn....

p/s- ne0..cepat pi terawih!

29 July 2008

| Kekuatan Dalam Tahajud|

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, July 29, 2008 7 comments
Assalamualaikum wbt...

Ekceli,dlm bnyk2 solat sunat,sy snarnya pling suke thajud..xtaw knpa..sume solat sunat ade istmwanya..cume mgkin klebihan yg Allah berikan sehingga drjah takwa untuk ssiapa yg istqamah s0lat thajud wat sy suke pada solat sunat ini..s0 kwn2..sy nk share jgak ngn k0rg..ape snarnye klbihan yg Allah bagi untuk spe yg wat s0lat thajud..

"Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu semoga Allah mengangkat kamu ke tempat yang terpuji"
(Bani Israil:73)



S0lat tahajjud ni s0lat tgah mlm..kn td0 jap la,bgun 2/3 mlm (dikatakn tme ni Allah turun pada lngit yg terendah)...jadik anda dn Allah x da hijab..mengadu la ape2..insyAllah..

"Dari Bilal ra. berkata: Rasullullah SAW bersabda:Perlukan olehmu solat malam,maka bahawasanya solat malam itu amalan/tradisi orang-orang soleh sebelum kamu,penghampiran diri kamu kamu kepada Tuhan kamu,dan pencegahan daripada pengahapusan bagi kejahatan-kejahatan, dan penolak bagi penyakit dari badan."
(HR. Tirmidzi)

Antara kelebihan tahajud~
1. Cahaya dlm kubur.

2.Lidah hikmah.

3. Mudah sakaratulmaut.

4. S0lat tahajud mghalng kita drpd melakukn d0sa.

5. Menambahkan kesihatan badan.

6. Penghapus dosa.

7. Lebih bernilai dri seluruh harta benda dunia

8. Allah SWT sgt suka dn cinta pd mereka yg mengosongkn tempat tdur mereka di mlm hari untuk s0lat tahajjud.

9. Seolah2 sedekah yg dilakukan dgn sembunyi.

10. Rahmat Allah trun ke bumi pda 1/3 mlm terakhir.0rg yg msih memerlukan tidur nyenyak drpd mnyembah Aku maka pengakuan cintanya kepadaKu omong k0sng belaka.Bukankah setiap org yg saling bercintakasih itu mencari saat yg sunyi untuk berbisik dgn kekasihnya? Aku sgt senang skali apabila meliht kekasihku yg mmbayangkn khdirnKu di dpnnya,berbicara hati ke hati dengan Ku.0rg2 spt ini akn aku tmpatkn di dlm syurga.

Jibrail a.s dtg menemui saya lalu berkata, "Wahai Muhammad, wlau berapa lama tuan hidup, satu hari nanti tuan akn mati. Cintailah sesiapa yg tuan suka, satu hari tuan akn berpisah dgnnya. Sebarang amalan yg tuan buat (baik atau buruk) tuan pasti mndapat balasannya. Tidak syak lagi bahawa ketinggian dn kemuliaan se0rg mukmin adalh dlm solat tahajjud dn pengh0rmatannya adalh dlm brsifat (istighna) yakni tidak mngharapkan sesuatu drpd manusia."



p/s- renung2kan dan selamat beramal~sma2 kita azam melakukn yg lebih baek dri smlm...

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez