Daisypath Anniversary tickers

24 April 2012

Kenapa geng TTC cepat terasa?

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, April 24, 2012
Salam...

Tahniah untuk pembaca di luar sana yang mengambil keputusan untuk mencuba petua hamil ini. Aku doakan agar Allah permudahkan jalan untuk anda mencapai hajat dan impian. Tapi jgn sesekali lupa solat dhuha dan hajat yer.(pesanan untuk diri sendiri juga).



Sebenarnya,ramai yang berstatus ttc,namun ramai yg x tahu apa itu ttc. For ur info TTc adalah singkatan untuk trying to conceive. Kebanyakan yg dalam golongan ni adalah pasangan yg telah berkahwin setahun dan ke atas yg belum dikurniakan anak lagi.

Setiap kali bila berbicara soal anak,ada geng ttc yg boleh dan ada yang x boleh menerima,kerana sesetengah dari mereka mempunyai sejarah lampau disindir mahupun di senyum sengih oleh insan2 yg berderet anaknya @ sedang mengandung. Ini merupakan faktor pertama mereka terasa.

Geng ttc sebenarnya lebih kerap ke hospital berbanding ibu2 yang sedang pregnant. Kerana ttcians harus menjalani beberapa prosedur untuk mengenal pasti masalah kesuburan yg dihadapi. Aku juga pernah merasa perjalanan ini. Bayangkan la pabila setiap kali hadir ke hospital dan bertembung dengan ibu mengandung,bagaimanakah perasaan kecil mereka? Sebak ini yg selalu mereka pendamkan. Adakah anda mengetahuinya?

Mendengar nasihat dan melakukan pelbagai cara moden untuk mengandung bukan lah 1 perjalanan yang indah,namun bila hasilnya 2 line,terasa jerih itu menjadi debu yg berterbangan. Ttcians juga banyak menghabiskan wang untuk mengandung,malah wang yang telah dihabiskan kadangkala lebih banyak dari kos seorang ibu bersalin czer di hospital swasta! Bayangkan la hati mereka bila ttcians dituduh tidak melakukan usaha yg banyak untuk mengandung. Padahal?

Anak ini akan menjadi fitrah @ pun fitnah buat kita. Terserah cara mana kita mendidik. Lambat @ cepat anak itu,yang penting adalah kualiti anak tersebut. Bagaimana si anak mampu memberi manfaat kepada ibu bapanya. Oleh itu,jgn terlalu berbangga pabila anda mudah mengandung,tapi pandanglah tanggungjawab mencorak anak tersebut mengikut acuan Islam yg lebih utama.

Kepada ttcians yg masih dan sedang berusaha,buka hati kamu seperti lautan. Laut orang campak sampah pun dia terima,begitu juga hati kita.Luaskan skop dan hati kita supaya redha dan jgn mudah terasa dengan saudara/kawan yg sedang mengandung. Aku pernah alaminya,ia juga pernah menyakitkan.Namun,pabila hati dibuka seluas lautan,hanya ganjaran Allah yg aku dambakan. :)

Kepada ibu mengandung di luar sana,kadangkala lihatlah disekeliling skop rakan kerja anda.Adakah semua sudah mendapat anak @ ada yg lama berkahwin namun belum dikurniakan anak? Jika ada yg belum dikurniakan anak,jgnlah anda terlalu ghairah bercerita perihal anak yg dikandung dihadapan mereka. Sesekali,mungkin mereka dapat menerima,namun jika tiap2 hari? patah juga hati kecil mereka.Kerana mereka juga manusia biasa yang mempunyai keinginan untuk berbadan dua. :)

Akhir kata...

salam sayang dari saya ina :)

5 comments:

Mama Panda on April 24, 2012 12:57 PM said...

agree...

kakak aku blm preggy2 lg dh nk masuk 5 thn kahwin.. tp tula.. semua ketentuan Allah kan.. so aku paham sgt la...

ape2 pn aku doakan ko sihat n hepi selalu :D

dilla on April 25, 2012 10:45 PM said...

Love dis writing...saya mmg alaminya..

aNis LeMoN aBu on July 18, 2012 12:21 PM said...

minta share ye ina ye :) nanti i credit kat blog u.

AzBawi on May 06, 2013 2:56 PM said...

Assalamualaikum..sy usaha 5 tahun untuk dpt anak sulung. n 5 tahun untuk anak ke 2. sblm mengandung anak ke2 sy disahkan hamil luar kandungan n terpaksa buang tiup filopio blah kanan pd bln Februari 2011. Alhamdulillah pd jun 2011 sy disahkan hamil dan selamat bersalin pd mac 2012 n sekarang telah mengandung dan akan dijangka bersalin pd dis 2013..Untuk makluman sy hanya mengamalkan multivitamin sahaja..jenama flavettes (DAILY PLUS)..cubalah InsyaAllah berjaya..google jer..saya cuba makan stlh mendapat cadangan dari doktor di klinik je..Sj cuba amalkan start yang mengandung luar rahim tu..

Norna Zarita on September 04, 2015 8:21 PM said...

Ita dulu cepat terasa coz lambat hamil..sampai xnak balik kpg mil..huhu..diaorg siap ckp sebab ita kami lambt dpt anak..adoi...

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez