Daisypath Anniversary tickers

06 January 2011

Tahun Baru: Realiti atau Azam lama?

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, January 06, 2011 2 comments
Salam

Masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Salam Tahun baru =)... dah berhabuk pon blog ni tanpa aku usik dan post ape2..Nak kata sibuk sgt x de la, namun hakikatnye penyakit malas telah melanda urat nadi ku membuatkan berblogging telah ku letak ditepi...phewww

Xde ape sgt nak cerita,harap dapat chat ngn kawan2 blogger lama2..hidup dengan hubby tersayang semakin hari semakin sayang..tapi,duk jauh lagi wat sementara.Ikut hati aku,aku xde plan nak pindah selangor sbnarnya..namun,suami lagi utama..

Masih belum ada rezeki lagi nak timang anak..huhu~ aku tetap positif dan mengharapkan ada keajaiban pada ulangtahun kami yang pertama pada 26 Februari nanti..Insyallah..doakan la semua ea..
Dulu memang la aku a bit tension dengan pertanyaan orang dan nak check setiap bulan..namun bila aku sendiri renung kembali mungkin Allah lebih mengetahui mengapa anugerah ilahi itu lambat datang padaku..tak aku nafikan bila tgok blog baby je n blogger yang hepi cte sal baby ada je air mata jatuh..(am i too stress?)..

Korang doakan yang terbaik la ea..dan terima kasih juga kepada semua yang selalu doakan untuk aku..=) till then,semoga Allah merahmati anda semua!


26 September 2010

Ohhh,tua-tua Keladi,Makin Tua Makin Berisi...

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, September 26, 2010 0 comments
Salam...

Apa rasanya,bila kau dibaringkan dengan wang yang bertaburan,mandi di spa yang berkelas tinggi dan menaiki kereka sport yang harganya lebih best dari Nissan FairLady si Shahir? owh,..bestnya,namun apa harga yang perlu korg bayar?..of course body babeh!
Ni celeb yang kipas-susah-mati si tua keladi.Janji duit dapat masyuk apa salahnya kan?..Eh,semua ppuan ni mata duitan ke?xde la sangat tapi ayat biasa "Ala,untuk masa depan" kuang3..Bukan salah tapi elok la berpada.

 Ni si Janet dgn saudagar syarikat rakaman. (x mo kalah!)



 Ni Naomi Campbell,si model berjaya la kononnya (pilih tua gak!)


 Salam Hayek,dia ikat lelaki tua ni ngan anak dulu..(owh,produk kuar dulu baru kawen!)


 Sang Tyra Banks,(da nama pun bank kan?..hehe)

Artis M'sia ku x mo komen,ada tu memang ada.Malah belambak! tapi untuk anda bak kata Abg Bil (awww) "Lu pikir la sendiri!"...

Jumpa lagi ols..salam

25 September 2010

Main Game Bill Gates Sampai Muntah!

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, September 25, 2010 2 comments
Salam guys!

Hahaha...ku sgt addict dgn game kala ini.Sampai cari download yg crack semata2 mahu menghabiskan kerja 'berfaedah' itu.Fuyooh!
p/s- ini adalah game Ranch Rush..wuahaha (promote nmpak!)

Selagi exam kanak2 di sekolah masih lagi belum selesai,selagi itu la otak ku menjadi amat tepu seperti tepung.wuahha~ sgt tensi. Oleh itu daku menghabiskan sisa2 masa yang terluang (terluang la sangat) untuk main game online sehingga muntah!
Ini adalah amalan yang paling baik untuk dicontohi oleh semua umat pembaca ya! (hehe-ayat x ley blah). Erm...minggu depan ada 2 majlis kenduri rakan sekolah yang harus amat hadirkan diri. Namun kereta plak wat hal..alahai..~ dugaan apakah ini ya Allah?

Taip belog sambil dengar lagu Denting dari Melly ni wat teringat sangat kat hubby..Alahai...nak buek lagu mano,sorang kat tengah M'sia,sorg lagi utara..ambik kau! Uwaaa~ miss him badly!
okla,untuk uols..sila la layang lagu jiwang ala2 nak nangis ni..jumpa lagi..tata~ 
Salam


23 September 2010

Cerita Manis Beraya Sebagai Isteri Kali Pertama...

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, September 23, 2010 0 comments
Salam kepada semua pembaca..

Hari ni da masuk hari 14 Syawal,hampir separuh perjalanan raya telah kita lalui bersama.Namun,saya masih belum menghulurkan maaf dan mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam khasnya pembaca blog ini.




Masih belum menunaikan puasa enam? Cuba la meluangkan masa buat Yang Maha Esa tanda bersyukur kita padaNya dengan menahan nafsu selama enam hari lagi. Alhamdulillah,tahun pertama saya bergelar isteri,beraya mengucup tangan suami,walau kemaafan sudah selalu saya pohon kala ada khilaf antara kami,namun 1 Syawal tetap menyimpan 1 kenangan manis dan syahdu.




Beraya kali pertama ini juga saya lihat kalut juga ingin menetapkan semua,maklumlah pengalaman pertama.Harus semua hati perlu dijaga sementelah kala majlis walimah kami ada sedara yang tidak hadir.



Sekarang,menguruskan ehwal anak murid yang akan mengambil peperiksaan,saya sedikit sibuk dan membataskan masa di ruangan maya. Smapi disini sahaja dlu..jumpa lagi di lain masa.

Salam. 

24 August 2010

Tukar Baju Depan Orang?

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, August 24, 2010 0 comments
Salam...

erk...tajuk entri sgt ter'uja'kan kah? atau sgt2 18SX?..he~ tiada niat begitu..gilakah mahu menyalin baju depan khalayak! tiada akal!

Aku cuma mahu salin baju blog ini,sudah kusam dan luntur warnanya dimata aku. Dah agak lama aku tak apdet blog,poya2,dan tukar baju blog nie..Semangat nak explore benda baru ala-ala awal tahun pertama berblogging macam da luntur sikit..gulp!
Selamat berpuasa buat semua..eh..eh..da tukar entri pulak?..saja nak ucapkan slmat berpuasa buat semua yang masih x baca blog ratu ni..walau mcm tak de ape blog ni,tapi ada la sikit2 best kan? masuk bakul angkat sendiri da masuk hari ke 14 da kita berpoya berpuasa..phew..almost separuh  bulan da puasa..

Ingat nak apdate sal MOL-PAYPAL la nanti..so,sape yang suka shop online dan gaming online tu..stay tune k!~

salam puasa dan jgn ponteng puasa k!

11 August 2010

Epilog Cinta Ramadhan

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, August 11, 2010 2 comments
Salam buat pencinta Ramadhan..
Pejam celik,pejam celik da masuk bulan barakah iaitu Ramadhan al Mubarak.Bagaimana dgn persiapan minda dan hati semua? Adakah masih ditakuk lama?

Bulan Ramadhan ini merupakan bulan dan hari pertama saya sebagai isteri kepada Mohd Hafizan Anuar. Perasaan? sgt syahdu dan lain sangat.Amal dalam status isteri @ suami ini akan digandakan berbanding semasa single dulu.


Alhamdulillah,banyak2 kesyukuran buat yang Maha Esa kerana dapat lagi berjumpa dengan Ramdhan kali ini. Doanya moga saya dan anda juga dapat tetap dalam pelukan Ramadhan sehingga Aidil fitri menjelma.Aminn..

Oh ya,sempena bulan berkah ini, jaga lah perilaku dan amal kita agar tidak menjadi pahala buat orang lain. Tinggalkan umpat keji dan mengata, malah perbanyakkanlah zikir buat basahan lidah. Hindari dosa2 organ-organ yang lain. Semoga Ramadhan ini betul-betul bermakna buat kita menyuci dosa.
Salam Ramadan al mubarak kepada semua!~

04 August 2010

Sebarkan Cinta dan Wang khas untuk anda!

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, August 04, 2010 0 comments
Salam...

Apa khabar semua?..masih tercari2 laman iklan untuk anda buat duit sampingan? saya ada cara untuk anda.=)
Anda akaun twitter? jika masih belum ada,sila daftar di SINI. Kemudian,boleh daftarkan diri di CHURPCHURP.

Apa itu ChurpChurp?

- CC adalah iklan yang berasaskan twitter.Semua iklan itu harus anda taip sendiri mengikut perkataan yang diberikan.Tak susah malah sungguh senang.Anda boleh pilih samaada ingin kempen dalam Bahasa Melayu ataupun dalam Bahasa Inggeris.



Sungguh mudah bukan? Oh ya,untuk ruangan "Referral Contest" pula, anda boleh tulis 

 Ratu Salju

dalam ruangan FACEBOOK name.untuk twitter username pula:

ratusalju

ok,itu sahaja...terima kasih=) semoga kita sama2 berjaya...ho yeah!~

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez