Salam...
Lately ni aku suka tengok fenomena di M'sia. Kenapa? ramai da sedar akan tanggungjawab seorang perempuan untuk menutup aurat. Alhamdulillah. Cuma aku x setuju bila mana dia pakai tudung hanya kerana tujuan tertentu.
Ekceli,memakai tudung hukumnya adalah wajib. Sedia @ x,bila hukum da wajib maka kena pakai even x sedia. Kita bukan nya tahu ajal kita bila,namun bila Allah amik kita dalam keadaan kita yang x menutup aurat,bagaimana ya?
Aku nak bercakap dari sudut perspektif yang lebih luas. Baru2 ni aku menonton rancangan Oprah. Dia temu bual dengan orang Islam,ada pendapat mengatakan perempuan yang memakai tudung ni adakah x moden,tapi apa yang di jawab oleh Ingy(wanita mesir yg memakai tudung), wanita bertudung ini sama moden dengan yang x pakai malah mereka lebih baik pabila melihatkan kecantikan kepada yang berhak(suami).
Kes soal jawab bertudung ni aku lebih respek pandangan orang luar negara. Diorang sincere dan lebih bagus mempertahankan keindahan & tanggungjawab tudung berbanding negara kita yang lebih banyak 'menjaga hati' banyak pihak.
So,kat sini aku nak kita sama2 doakan agar semua perempuan di M'sia dan seluruh alam akan melaksanakan hukum Allah ini. Jangan lah nanti bila negara kita da jadi macam jepun dan Myammar baru kita nak berubah. Takut2 masa itu sudah terlambat...
Renung2kan dan selamat beramal!