Daisypath Anniversary tickers

29 July 2011

Eh,dah nak puasa la... :)

Posted by rAtu saLju™ at Friday, July 29, 2011 0 comments
Salam...

Tak lama je lagi kan? Hati aku rasa seronok sangat. Alhamdulillah jika Allah izinkan,Isnin ni kita semua akan berpuasa. Insyallah. Aku dan suami ada beberapa planning nak buat masa bulan Ramadhan ni.

Ramadhan kali ni aku dapat berpuasa dengan suami sepenuhnya,tak macam tahun lepas sbb kami duduk jauh2..heheh..Alhamdulillah akhirnya Allah mudah semuanya...

Harini Insyallah nak balik kampung...yea!...best nyew..terbayang lauk2 masakan umi,aku ni kuat makan klu umi masak..memeng marbeles..da lama tak balik,plan nak balik pon asik bertangguh je sebab hubby sebuk even sabtu ahad.

Ok,sampai sini dlu..untuk semua, Salam Ramadhan Al-Mubarak... :)



 

28 July 2011

Hanya Seminggu Saja Lagi!

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, July 28, 2011 0 comments
Salam...



Tinggal seminggu je lagi aku akan ngaja kat sekolah ni. Selepas 3 bulan bersama murid2 pendidikan khas masalah pendengaran,akhirnya masa tetap juga mahu aku mengatakan selamat tinggal.

Masuk bulan Ramadhan,aku akan sibuk dengan perniagaan online secara 100%. Sementelah aku dah tak ngaja lagi. So,ape lagik kan? dari menambahkan berat badan je kat umah,lebih baik aku buat sesuatu yang berfaedah..heheh



Kepada semua yang masih tak tahu lagi tentang belog dan link untuk baju baby yg gorges. boleh la view link..


juga di FB...guna nama yg sama.

Setakat ni aku jual romper jenama Carter dan Calvin Klein serta stokin panjang @ leggings. Dengan harga yang amat murah dari pasaran,saya pasti anada menyukainya.

Alrite,sampai sini dlu. Jumpa lagi,insyallah :) 

26 July 2011

Doktor Pesan Jangan Stress!

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, July 26, 2011 4 comments
Salam...



Dah lama juga x taip belog ni. Alhamdulillah akhirnya,rumah sewa yang kami cari telah pun dijumpai. Kalau tak ade aral kami akan berpindah masuk next week hari Khamis or Jumaat.Insyallah..

Sebenarnya sekarang ni aku mengharapkan doa dari semua. Aku pon malas nak hebah banyak2 sbb segala yg belum terjadi aku takut akan lebih mengecewakan.

Selama ni masa aku jarang update belog sbb aku tengah amik rawatan fertile di Klinik swasta.kenapa swasta? aku da penat nak tunggu panggilan hospital k'jaan. Lepas2 ni if Allah x izinkan aku future balik kat hospital.Insyallah. Lagi pun doc kat klinik ni doc p'puan. So bab aurat tu terjaga la.Insyallah..Doc pon da pesan jangan terlalu stress.Aku try not too stress supaya level hormon aku maintain.Insyallah...

Setakat ni Alhamdulillah,aku dalam proses menunggu.Prosedur yg doc suh buat aku da ikut.Alhamdulillah...ujian ni berat untuk aku tanggung,namun aku yakin,Allah tahu tahap kesabaran aku bagaimana. :)

Seminggu terakhir Sya'ban ni jugak aku berpuasa,Insyallah. Jadi hati aku da semakin dan sangat2 tenang dan teruja menyambut Ramadhan. Hujung minggu ni nak balik kampung di penang. Buat aku makin semangat dan ignore kesedihan aku.Aku pon da start balik asid folik..tapi beli kat klinik swasta tu mahal la sket,RM3 1 papan..huhuhu :P

So,sampai sini dulu..Syukur Alhamdulillah Allah beri ruang pada aku mengecap nikmat bahagia dengan suami aku.Jumpa lagi di next entri,insyallah :)

08 July 2011

Tajuk Cerita: Cerita Sedih =.='

Posted by rAtu saLju™ at Friday, July 08, 2011 3 comments
Salam...

Berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul. Aku akui,kadangkala aku rebah juga dengan ujian. Namun aku cuba bersabar dan redha dengan ujian ni.
Aku x penah sangka aku akan makan ubat turun darah kerana masalah pms aku yg x kunjung tiba. Pabila dotor sahkan kantung dalam rahim aku da takde,aku jadi kaget. Aku minta bantuan doc yg sgt baik tu untuk explain kat hubby aku yg tunggu kat luar.

speechless.blank.blur
Suppose kandungan aku akan membesar ke minggu ke 6 tapi ia ghaib mcm tu saja. Dugaan. Namun aku tetap tersenyum. Allah maha tahu aku mampu tangani hal ni. Dah masuk kereta baru aku nangis di bahu hubby. Aku sgt tertekan masa otw balik.
Errmmm...skarang ni aku tengah folow up untuk rawatan. Semoga ini yg terbaik dan semoga ada jalan untuk aku preggy. Ingt x sedih ke tgok kwn2 preggy,ingt x tension ke tgok kak ipar preggy lagi,aku da cukup tensi sampai x nak kuar umah je...wuahahaha..

Sampai sini dulu aku bebel.sekian.

 

03 July 2011

Kepompong Bizi Semakin Menjerut

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, July 03, 2011 0 comments
Salam...

Penat. Perkataan yg aku nak jeritkan kat semua. Tiap2 hari aku kena sibukkan diri. Sampai rehat pon x dan. Ni baru aku taip belog aku. Kalau dak,berhabuk je la kau!

Semalam ada larian,aku? lari kat dewan sambil bace buku program...hahaha. Aku bertugas kat bahagian makan. So,x kose nyah nk gi lari2..aku x larat sgt..

Bila life da sgt hectic aku pon malas nk taip. Kerja rumah pun aku buat skit2. Yg len2 aku tunggu hujung minggu..huahuahua..ingt x penat ke? banyak hal yg kena settle. Minggu depan ada LADAP,tapi yg pasti aku x join kot sbb aku cikgu ganti je. So almaklum lah kedudukan aku.

Sebut sal biznes aku plak,Alhamdulillah da semakin menambah order.Aku doakan semoga terus sukses da semakin meningkat permintaan. Bila aku da full berhenti nanti aku perlukan duit sampingan untuk membantu hubby tersayang.Nanti nak tampung life kami plak selepas duduk asing dari mak mentua. :)

Dalam life yg semuanya duit mcm ni mmg sangat2 hectic,tapi aku tetap nak positif. Minggu depan aku plan untuk balik ke Penang. Harap smuanya dipermudahkan,aminn..

Sampai sini dulu la,aku da blank sketika.. :(

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez