Daisypath Anniversary tickers

25 May 2011

Penunggu Cuti Sekolah..

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, May 25, 2011 3 comments Links to this post
Salam...

Hurm...tinggal almost 2 hari je lagi untuk cuti sekolah. Aku amat eksaited untuk bercuti. Even aku hanyalah cikgu ganti tapi perasaan teruja tu harus ada...hahaha 

Aku plan nak balik Penang akhir cuti sekolah nanti. Saja nak jenguk umi dan ayah. Lagi pun aku nak bincang apa yang aku leh bantu untuk majlis kawin abang aku nanti.

Sekarang ni kat sekolah amat penat dan banyak keje. Budak2 da start exam da sekarang ni aku in da mud tanda kertas exam. Siapkan semua kerja yang x selesai lagi sebelum cuti nanti bermula. Takut nanti kerja bertangguh susah pulak. :(

Esok nak puasa ganti...teruk betul aku sampai lambat sangat nak qada' kan.Aisey...kebelakangan ni aku asik x larat. Tapi bila kenangkan banyak keje kat sekolah yang aku buat sampai lupa makan,aku rasa aku boleh tahan diri untuk puasa esok.Insyallah,aminn.

Rumah sewa belum dapat lagi. Tapi masih berusaha. Aku pon x mo stress sangat sekarang ni. mahu enjoy kehidupan. Bila da balik rumah dari sekola,penat dan x lalu nak jalan. Jimat sket duet..ngeeee :)

Okla,sampai sini dulu...Esok2 tulis lagi kalo aku panjang umo... 

14 May 2011

Aku Sang Guru Ganti

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, May 14, 2011 3 comments Links to this post
Salam...

Aku adalah guru ganti menggantikan guru yang bersalin jadi aku sekarang ini adalah peganti tegar. Erk...nak berapa banyak perkataan ganti daaaa...
Alhamdulillah,setelah hampir 2 bulan aku jadi penganggur terhormat lagi amat berjaya di alam maya ini,aku dengan suka cita nya telah menjawat jawatan guru ganti sementara sehingga bulan 8.

Alhamdulillah jugak la,ada la aku duit poket even x banyak cam korang sume...(T___T) sob3..tapi syukur la. Leh enjoy IKEA [sedar la ina,duit kamu ciput~~ dush!dush!]..oke,aku akan berhenti berangan buat seketika..

Ekceli aku ngah kumpul wet poket dari hubby untuk membeli henpon baru. [berangan lagi,x sedar diri!]. Henpon aku yang lama tu da uzur sangat da. Da patut sangat aku replace kan? hahaha

Aku mengajar kelas khas bagi cacat pendengaran. So selain cakap guna mulut aku akan wat bahasa isyarat. Dengan amat gigih aku belajar bahasa isyarat. Klu aku x tau aku cakap je ngan sesetengah murid yang paham dan boleh bercakap,then diorang yang akan ajar aku balik....ngeh3..best bukan?

Tengah fokus untuk fikirkan rumah sewa yang masih x settle2 lagi. Alahai...penat amat. Selain tu gak aku juga adalah wedding planner untuk majlis abang aku nanti. Bukan semua hati aku dapat puaskan,so aku pon amik jalan tengah dan x nak la kusutkan otak aku kerana orang lain. So,mana aku termampu aku akan buat untuk majlis mu ye bro. 

Oh ya,Isnin ni hari guru. 'SELAMAT HARI GURU' buat semua guru di Malaysia especially CIK NEON GEBU! Aku masuk acara sukaneka untuk menjaringkan bola. Padahal dulu tyme sekola aku bukan men netball pon,aku main handball...hahah..mati la klu x dapat nak masukkan bola dalam jaring...lalalal~ team geng semua,jangan marah ambo oke! :D

Sorry juga belog ni di anak angkat kan,coz aku xde nafsu nak tengok tenet kebelakangan ni. Penat ngan skola. FB pon aku x usik,post status pon ngn twitter je..aceh! [macam la update sgt puan ina ni!] hahaha

Sampai sini dulu la..nak gi main masak2 kat dapur..daaaa~



07 May 2011

Teman Hubby Outstation is Awesome!..

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, May 07, 2011 1 comments Links to this post
Salam...

Penat balik dari Kuantan still tak reda lagi. Namun,aku tetap nak taip kat belog ni cos da lama benar aku x sentuh. Wuahahha...
Masuk ni da 2x aku teman hubby ke Kuantan sementelah aku still lagi x keje kan? Penat memang amat,namun best juga. Rata2 yang aku tengok orang2 kat Kuantan bawak kereta amat laju sangat. Hadoii..Penang pon x macam tu. And lagi 1 yang buat aku tersedak even aku x minum apa2 kala ni,harga makanan di Kuantan amat jauh mahal berbanding di Penang.lalalal~ [orang Kuantan jangan marah ea]

Tak dan nak jalan mana2 pon cos hubby x larat sangat.Just gi tepi pantai and duk dalam keta dating. Owwhhhh...masih terasa lagi angin bayu pantai sambil makan twisties...lalala~

Buat masa sekarang aku tak nak berapa aktif berjalan laju dan angkat barang bagai. Tempoh berjaga2 dengan 1 kemungkinan.  Bukan terlalu berharap,namun harapan itu tetap ada. :) 
Oh ya,sabtu lepas aku gi Pesta Buku @ PWTC. Aku gi ngan hubby n adik ipaq. Aku x borong buku sangat cam zaman anak dara dulu..ahaks..banyak aku pilih2 majalah je. Lagipon tak nak lavish sgt. Kena hati2 nak berbelanja,coz nak pindah umah sewa ni nak pakai banyak duit..huhuh (=_=')

Rumah sewa still x dapat lagi dan aku harap kami akan dapat before bulan 6 nanti. Kalau nak dekat2 puasa nanti takut x cukup wet nak raya nanti...huhuhu (T___T). Semuanya perlukan duit...alahai..
Ok la,sampai sini dulu ea..nak rehat dlu.ponat den..



 

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez