Daisypath Anniversary tickers

11 December 2009

Masalah Hati Jika Tak Bersyukur...

Posted by rAtu saLju™ at Friday, December 11, 2009 6 comments
Senah [bkn nama sbnar] : Alahai,bdn aku ni da x slim la. Muka pun pucat je.
Tipah : Eh,ok ape.Aku tengok da bnyak ko makan pil2 dan tahan nafsu makan,ni pun da slim da.Nak turun sampai kena Aneroxsia Nervosa ke? 

Senah: Aku takut bf aku lari la...

Tipah : Selama ni pun dia amik kesempatan kat ko je,bukan dia betul2 suka kau pun.

Salam...

Org yg gemuk,nak kurus kan badan,yg kurus pulak sebuk kena perli cekeding x cukup makan..alahai...

Manusia sejak dri dlu x penahnya bersyukur dgn apa yg dimiliki nya,dari badan sehingga lah kepada harta benda dunia yg x bawak mati tu.Muka hidung senget,pi ubah kejadian Allah wat plastic surgery,x cukup ada Produa Kancil,pi tukaq plak Myvi.Pokoknya,manusia itu x pernahnya PUAS! sering menjadikan syaitan sebagai ikutan dan panduan agar dikatakan mengikut trend terkini.alahai...Nauzubillah! bersyukurlah dgn apa yg ada..

Harta kalau boleh mesti melebihi dari jiran sebelah rumah,jiran renovate dapur,kita pulak kena renovate dari anjung smpai longkang dapur.Anak jiran hantaran kawen RM10 ribu,kita kena lebih RM15 ribu.Jiran guna Exora terkini,kita kena ubah Alza memikat hati.Alahai...kenapa bersaing menaikkan hutang yg akhirnya membebankan diri sendiri? Membaluti diri dgn sifat hasad dengki dan tamakkan dunia,akhirnya nanti kita juga yg menyesal sendiri.

  Mengapa kita x ambil contoh Nabi Muhammad yg hidup dan matinya mahu dikalangan org miskin dan Baginda mahu dibangunkan di akhirat kelak bersama2 org miskin juga,namun kita?..tepuk dada tnya iman sendiri,sadisnya.bersyukurlah kita dgn apa yg ada.'Pabila kaya,aku akan mudah menderma'..owh,ya kah? sejarah membuktikan pabila manusia itu dilimpahi kekayaan,makanya dia amat kedekut dan takut hartanya habis bila dia menderma dan bersedekah.Padahal Allah dah janjikan setiap 1 yg kita sedekah,Allah balas dengan 10.

Oleh itu,hiduplah secara sederhana tanpa niat dan hati bersaing mencari kemurkaan Allah,redha Allah lagi utama dri semuanya!...smpai sini dlu,salam penghulu hari untuk semua!
p/s-sila klik DERMA untuk kempen menderma tabung CIK INA.



10 December 2009

Layakkah Lelaki Memimpin Zaman ini?

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, December 10, 2009 17 comments
Salam...




Baru2 ni ku balik dri 1 ceramah agama,penceramah-of coz seorang llki.Terpegun dgn pengetahuan agama yg beliau miliki.Terdetik dlm hati,berapa ramai lagi spesis lelaki mcm ni wjud di dunia ini?

 Ya,mnjadi pemimpin kepada 1 istitusi bukan lah 1 perkara mudah,tanggujwb dan komitmen harus 200%,harus spnuh jiwa dan snggup mghadapi risiko,namun x ramai llki mcm ni skrng.Kebanyakn kahwin kerana seronok dan tujuan tertentu.Kala di ajukan soalan fardu ain untuk protokol sebelum bernikah,tergagap2 mahu menjawab.Sy x pertikaikan kedudukan llki yg lebih tggi dri permpuan,namun keengganan mereka menambah ilmu dan juga keegoan dlm mendalami ilmu agama yg sy kesalkan.

Sanggupkah menjadikan isteri terkontang kanting tnpa bimbingan? Rata2 kebanyakan malah semua wanita mahukan seorang llki yg mampu membimbing dan memimpin mereka dlm agama untuk dijadikan suami.Hatta prmpuan yg suka berpelesaran pun begitu,jadi bersediakah lelaki memikul tggjwb itu di pundak mereka?Perempuan pabila baik,adalah lebih baik dari 1000 org abid[pengamal agama],namun bila jahat,adalah lebih jahat dari 1000 org lelaki.

Pabila sudah memakai short kala bermain bola,masih di kedai mkn kala azan maghrib berkumandang dan mewarnakan rambut ikut air karat,bolehkah ini dianggap contoh seorang pemimpin?Sadis...sebagai khalifah,contoh yang baek harus ditunjukkan,walau diri x sehebat Rasulullah namun jadikanlah peribadi Rasulullah sebagai panduan dan ikutan..bukan menyuruh diri menjadi terlalu alim,namun kala di padang Masyhar,kita akan digolongkan dgn siapa ikutan kita dibumi dulu.

 Mahukah anak2 lelaki anda nnti mengikut jejak llki yg x bleh dijadikan pemimpin?


Renung2kan dan selamat beramal! 

08 December 2009

bantuan pernafasan SEGERA!..

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, December 08, 2009 14 comments
Salam...

Kebizian yg menyebabkan kehilangan mud untuk berkarya.

maaf.

entahla,seakan seluruh hati tiada di blogspot ini untuk beberapa hari kerana masalah peribadi.Kehilangan identiti seorang ratu yg membeku dengan masalah.

Saya harap segera lah masalah ini berlalu,sy cukup lelah dgn masalah emosi yg akan buat sy sedikit lemah wlw tdak semuanya.Apa mslahnya ratu?

Err...ade sape2 leh bagi sy RM300?..wuahahah...itu sahaja,sy sedikit terdesak kala ini,namun masih tetap senyum dan gembira.aduhai...[malu bila terang2 bagitau nak RM300]

Tolong klik SINI ea,supaya ku boleh kumpulkan RM300 sebelum 15hb ni..dan membeli sesuatu untuk majlis walimahku.please...sume..klik hari2 ea..[malu lagi]

06 December 2009

HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Posted by rAtu saLju™ at Sunday, December 06, 2009 7 comments
Salam..


Gagal?..perkataan negatif yg ku tahu ramai yang x mampu nak hadapi nya.'Hidup x selalunya cerah','Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya',dan 'Hidup tnapa kegagalan adalah tidak indah' ini adalah ayat2 biasa yang boleh memberi manfaat tapi mungkin juga tekanan kepada si penggagal.Adakah kegagalan membuatkan anda terus nak mati sahaja dan menganggap dunia sudah berakhir?

 Manusia bukan dilahirkan untuk gagal,namun hati manusia itu kena ikhlas untuk menerima kegagalan.Memberanikan diri menerima 1 kelukaan dan kekalahan mahupun kegagalan.Ya,HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.Tanpa kegagalan,hidup dan prestasi kita akan sampai pada tahap yg sama sahaja.Statik dan membosankan.
Dalam Islam yg syumul ini juga,kita dianjurkan untuk selalu memuhasabah diri,meningkatkan diri agar kita tidak menjadi insan yg rugi. Bagaimana insan yg rugi? Iaitu insan yg tetap gagal ditempat yang sama sepanjang hidupnya. Manjadi mangsa kritikan,cemuhan dan dikeji sebab kegagalan kita bukanlah 1 alasan untuk kita terus patah hati dan berputus asa.TIDAK sama sekali. Allah itu Maha Penyayang kepada hambanya,dia tidak akan membebankan dgn ujian yg pastinya hambanya tidak mampu untuk menghadapi.
Setakat mana kemampuan kita,keberanian kita kala diuji? Ramai yg mudah mengeluh kala ditimpa kegagalan,ramai menyesal dan menyalahkan takdir,namun pernahkah kita bersyukur dan menyalahkan takdir kala kita dihambat kejayaan? Cuba renungkan. Kala hidup umpama pelangi,sgt sedikit yg bangun malam dan qiamulail untuk bermunajat dgn Allah yg Esa. Sgt sdikit org yg bersyukur...Astaghfirullah..
Oleh itu,cukup baguskah kita untuk melawan takdir dan menyalahkan Allah jika diuji dgn kegagalan? Seharusnya kita merenungi dan bermunajat kepadaNya agar malaikat yg selalu mendengar keluhan kita,tetap membawa doa dan rintihan kita setiap masa untuk Allah makbulkan.Insyallah.
Kepada semua yg HIDUP BERANI UNTUK GAGAL,saya syorkan anda untuk masuk CONTEST encik Denaihati ini.Jangan lupa membaca syarat2 disini. RM3750 pastinya membuatkan anda tersenyum gembira.

 

05 December 2009

ATIQAH 2009 GIVEAWAY

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, December 05, 2009 3 comments
Salam

Blog .::ini Atiqah punya cerita::. ada membuat 1 giveaway,jadi ku pun turut serta memeriahkannya,ucpan terima kasih kepada tuan blog yg sudi menganjurkan giveaway ini.Ok,mari kita tgok ape syarat2nya!

Syarat2 penyertaannya ialah:-
1. Wajib menjadi follower kedua-dua blog iaitu
http://pepelungu.blogspot.com dan http://comelbelaka.blogspot.com

2. Letak link kedua-dua blog ini di blog list anda.

3. Letak banner di atas di sidebar anda dan letakkan link http://pepelungu.blogspot.com di banner tersebut.

4. Post entri tentang giveaway ini dan letak tajuk ATIQAH 2009 GIVEAWAY. Di dalam entri tersebut harus ada banner di atas dan syarat-syarat ini.

5. Post di bahagian komen entri ini jika anda sudah sertai.sertakan nama panggilan dan link anda.

6. pemenang akan dipilih secara rawak.


giveaway ini tamat pada 20hb Disember 2009 pada pukul 8 malam. pemenang akan diberitahu secepat mungkin.

Ok,itu aja,sekian...wee~

04 December 2009

Giveaway by Sweet wannur shoppe & Comel Bergaya!

Posted by rAtu saLju™ at Friday, December 04, 2009 4 comments
Salam..


Sempena ulang tahun ke 3 perkahwinan kak wannur & suami pada 30 November dan juga bersempena pembukaan kedai baru SWEETWANNURSHOPPE iaitu COMEL BERGAYA,blog SWEETWANNURSHOPPE berbesar hati memberi give away kepada para blogger sekalian.

Kategori penyertaan plak sgt simple je.Kategori A,uols kena jd folower 2 blog iaitu SWEETWANNURSHOPPE dan COMEL BERGAYA,jgn lupa untuk link kan kedua2 blog tersebut di senarai blog list anda,then wat entri sal giveaway ni dan tggalkan link nye di ruangan komen blog SWEETWANNURSHOPPE.mudah bukan?
Kalau sesiapa yang tiada blog pulak untuk kategori B,pertama,kena jadi folower SWEETWANNURSHOPPE dan COMEL BERGAYA  then emailkan ttg giveaway ini kpd 5 orang dan di CC kpd sweetwannurshoppe@gmail.com dan tinggalkan comment di sini beserta email anda.

HADIAHNYA:

2 cabutan hadiah untuk kategori A
&
2 cabutan hadiah untuk kategori B

*hadiahnya terdiri drpd barangan dr sweetwannurshoppe beserta hadiah misteri sumbangan comel bergaya!!


CLOSE DATE:
20 DECEMBER 2009 (at 12.00 noon)



03 December 2009

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, December 03, 2009 16 comments
Salam...



Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL saya tahu dari blog encek DenaiHati dan hasil kerjasama dri sponsor2 yg amat bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

Antara syarat2 penyertaannya ialah:
  • kena tulis 1 entri berkenaan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL <--wajib ada perkataan ni.
  • tulis juga anda tahu dri blog mana,cth: saya tahu contest HIDUP MESTI BERANI GAGAL dari blog Ratu Salju. <--- refer nama blog ratu ae..
  • kena tulis senarai2 sponsor untuk contest ini dan update nma2 sponsor jika ada yg baru.
  • dlm entri jgn lupa backlink kepada Denaihati.
  • subscribe blog Denaihati melalui email dan aktifkan.
  • follow twitter @Denaihati dan klik butang retweet di entri SINI
  • follow facebook @Denaihati juga dan jgn lupa share tentng contest ni kat Facebook fren uols.
  • tambahkan link Denaihati disenarai bloglist anda.
  • hadiah hanya utk weblog shja,website forum dan website umum x dikira.
  • penganjur berhak untuk update dan mengubah syarat2 dari semasa ke semasa  
Contest mudah sahaja iaitu dipenghujung contest (tarikh tutup akan diumumkan kemudian), blog yang tersenarai di sesawang pencarian google.com.my menggunakan page the web berdasarkan browser FireFox dengan kata kunci  HIDUP BERANI UNTUK GAGAL pada ranking 1 - 5 akan memenangi hadiah bernilai RM500 setiap seorang dan pada ranking 6 - 10 pula akan memenangi hadiah bernilai RM250 setiap seorang.
Sesiapa yg rajin promo pulak akan dapat RM10 untuk setiap referral nya.Ok guys,jom sertai contest ini dan jgn lupa untuk tulis kamu tahu contest ini dari blog Ratu Salju.





Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez