Daisypath Anniversary tickers

27 April 2011

Checklist Untuk Mati

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, April 27, 2011 0 comments
Salam...

Kita selalu buat checklist rite? Ada checklist 4 new mommy, barang baby, masuk umah baru la n laen2. tapi pernah x orang buat checklist untuk kematian? takut nanti dikatanya buang tebiat kan! hehe

Pengalaman bertemu seorang ustaz yang kaya dengan pengalaman perubatan Islam membuatkan aku terpanggil untuk tulis2 sal checklist ni.
Zaman sekarang ni ramai sangat yang suka sibuk2 nak jaga tepi seluar dalam orang. Opsss..! tapi x sedar yang seluar sendiri dah lama terkoyak. Hakikatnya,kita kena muhasabah diri sendiri terlebih dahulu sebelum sibuk sangat nak tahu hal orang.

Pernah x seumur hidup kita untuk tulis dalam kertas kosong apa yang kita telah lakukan pada hari ni? [rasa2 macam x pernah kan?]. Berapa banyak maksiat dan kesalahan telah kita lakukan tanpa sedar. Bila kita tulis diari,lazimnya kita akan tulis benda yang baik2 dan menarik minat kita sahaja. Tapi yang cacatnya kenapa x nampak?

Banyak benda yang kita harus perhatikan semula. Tentang kehidupan kita,apa yang telah kita berikan kepada orang yang kita sayang, apa yang telah kita buat untuk membanggakan diri sendiri dan yang paling penting apa yang kita telah lakukan untuk KEREDHAAN Allah..
Fikir2kan dan selamat beramal.. :)
 harap kita dapat buat sesuatu yang menggembirakan semua pihak dan diri sendiri. cyaiyok3

23 April 2011

Lepaskan Stress Dengan Memaki Orang lain..Faedahnya?

Posted by rAtu saLju™ at Saturday, April 23, 2011 1 comments
Salam...

Lately aku da semakin aktif dengan twitter..Kepada sesape yg ada akaun twit leh folow daku n say hi so dat aku leh folow balik.. folow SINI

Banyak benda baru yang kita leh discover dengan twitter..bermula dengan kawan2,gambar[ht2 dgn yg ini],latest news dan cacian...errr...manusia boleh bergaduh dimana2 saja.Kadang2 aku pelik,benda kecik pon leh jadi besar. Adeh...masalah betul la. Dan yang paling suka hasad mendengki dan sibuk2 hal orang ni adalah orang Melayu.[Aku orang Bugis..wuahahah].

Kat FB da gado apetah lagik kat twitter rite? Agaknya susah juga M'sia ni nak maju dan semuanya dalam berkasih sayang kan?...selagi adanya manusia cenggini memang susah manusia tu nak maju..wuahahah..

Apa pun yang kita lakukan,realize la sumthing yang Allah sentiasa ada lihat dan dengar niat hati kita sebenarnya. Ada 2 pesanan,janganlah depan sangat malah teramat baik,namun di belakang umpat keji menjadi mainan. Jangan lah juga sangat2 hipokrit,nyatakan jika mahu menegur,namun biarlah ada alas pabila melakukannya.

Sampai disini dahulu..ketahuilah sesuatu "MANUSIA KINI SIBUK UNTUK MEMBETULKAN ORANG LAIN,NAMUN TIDAK SEDAR YANG DIA PERLU DIBETULKAN"...renung2kan dan selamat beramal..hehehe :D


22 April 2011

Ala...kena outstation lagi ke?

Posted by rAtu saLju™ at Friday, April 22, 2011 2 comments
Salam...
Ekceli 2 hari lepas hubby dapat call dari kompeni di Kuantan yang projeknya hubby handle. Ada a bit problem,so hubby kena pi Kuantan on dat day jugak. Aku yang bajet memahami bila hal2 outstation ni cuba bersabar [padahal dlm hati memang rasa nak nges].(T___T)

 pic dari sini


Sebelum ni masa awal bulan x silap, aku ada ikut hubby ke Kuantan untuk 3 hari 2 malam. Aku just stay kat bilik hotel while my hubby wat kije. Tapi untuk kali ni aku kena stay kat umah mentua.uhhh! Aku bukan x suka duk sini,THE FACT is aku x suka duk sowang2 tanpa hubby kat tepi..uwawawa (T__T)

Hubby gi ke kuantan hari Rabu petang dan Khamis semalam dia balik kul 12 midnight. Then bila da balik,henpon dia keep ringing n messaging. Arghhhhh!.memula aku ok lagik,tapi bila da masuk call ke 2 yang macam x mo benti.Then,aku gtw hubby camni "Can i have my hubby rite now?". Hubby aku serba salah,pas reply mesej n 2,3 call dia off fon n say "Lantaklah apa nak jadi"... Errrr,adakah aku bersalah?

Sebenarnya,aku lagi kesian tengok muka exhausted hubby,dengan pening lagi.Itu pon aku x nak cakap sal ape2 ngan hubby,xmo dia tensen. Then,pagi Jumaat ni dapat cll lagi. Seem like dia kena gi Kuantan lagi! Aduhhhh...air mata da bergenang da.Then he hugs me n say."nanti kita pergi jalan2 ye pas abg balik dari Kuantan esok"..he try to calm me down. N aku jenis yang susah hati bila hubby da start kesat air mata aku. Aku rasa macam aku x menyokong dia pulak.

Ekceli bukan aku nak hubby 24jam,tapi i need time to spend with him.To talk anything whether it's important or not. Who cares? Ekceli bila aku start benti kije,aku nampak dia makin sibuk sampai aku start nak cari kije balik. Sometimes i feel lonely...[macam nak nyanyi lagu mr lonely la pulak] :P..hehehe.

So before hubby gi solat Jumaat tadi hubby da bagi special request untuk aku tolong kemaskan baju dia nak gi Kuantan. 3x dalam bulan yang sama hubby ke Kuantan.urghhh! Mana aku x berangin je macam Mentos [erk...xde kaitan]..Masa aku taip belog ni aku da settlekan beg baju b dan aku rasa sedih pulak,even dia gtaw nak pegi 1 hari je n balik hari. Tapi kalau projek tu ada masalah lagik? dia akan stay sampai benda tu elok balik. huhuhu

Ok la,da xde mud pulak nak cite banyak2. Mud tengah sedih lagi..tapi aku tak mo sedih2..aiseh..macammana ntah..k la dear..c u again..insyAllah

20 April 2011

Penantian Itu Amat Sakit Sebenarnya..

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, April 20, 2011 4 comments
Salam...

Di luar sedang hujan,kilat sabung menyabung dan guruh. Aku sebenarnya mudah terkejut dari tido if ada bunyi guruh. Tengah malam boleh tiba2 terjaga walaupun sebelum tu aku amat nyenyak tido. Tadi hubby off to Kuantan. Aku? A bit sedih kena tinggal.

Ok,enough 'bout hubby n hujan. [t aku sambung balik cerita]hehehe. Dalam 2 bulan ni aku discover 1 page di FB,mula2 aku ingat kan aku pregnan sbb period lewat 2 hari. Still x letakkan hope dan x berani langsung nak wat test. Masa aku buat web walking[ada ke istilah ni?]hehe then terjumpa page Hospital Bersalin. Ekceli aku jumpa FB dia dulu baru web.

Nama je kat FB Hospital Bersalin,tapi diskusi dalam tu semua melibatkan b4 dapat bby,semasa,dan selepas. Lepas bace pengalaman kebanyakan ibu2 yang belum dikurniakan rezeki oleh Allah,aku jadi betul2 tersentuh dan terharu. Means,aku bukan seorang didunia ini yang hadapi kenyataan ni.(T_T) sob3

Saban bulan aku sediakan diri aku dengan 2 kemungkinan,pregnant or not. Masa awal2 kawen memang aku amat stress,lagi2 bila dapat tahu orang yang kawen lewat dari aku da pregnan dan ada yang bakal bersalin pon ye. Hadapi kenyataan ni memang memeritkan ok. Aku amat bersimpati juga kepada wifey kat luar sana yang da berkawen almost 3-10 tahun namun belum lagi dikurniakan anak.

Macam ada sorang kakak yang aku jumpa kat hospital masa appoitment ngan doc isnin lepas. Dia da 5 tahun kawen,namun belum dikurniakan anak. Ada 1 ayat yang dia bagi tau,'orang x tanya berapa harta kita,tapi tanya berapa orang anak kita ada tiap kali bersua dengan kita'. yup rite,sesetengah orang boleh siap mengata lagi.

Hubby aku penah cakap,anak ni rezeki dari Allah. Mana boleh kita paksa2 Allah bagi rezeki kat kita. Sekarang ni lepas beberapa kali aku dengar di IKIM.fm slot Dr Muhaya,Alhamdulillah aku da semakin boleh hadapi kenyataan ni dengan tenang. Aku pon suggest korang dengar setiap Rabu pukul 10pg. Sekarang ni sambil2 buat rawatan di hospital aku tawakkal je tentang rezeki yang 1 ni.

Sekarang ni aku kurangkan stress level. Makan benda berkhasiat,dan wat senaman ringan2.hehe. Sambil2 tu aku cari input yang berguna melalui tenet such s conceiveonline, majalah pa&ma. Klu sape2 yang ada masalah yang sama apa yang aku nak pesan,
  • hadapi kenyataan ini dengan hati yang tenang
  • sentiasa tawakkal
  • jangan lewat wat rawatan[moden,tradisional dan Islam]
  • doa dan solat tahajjud[pesanan utk diri sendiri]
Okla,sampai sini dulu. Aku doakan anda semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Nya. 
Salam 

19 April 2011

Suami Yang Memahami Impian Semua Isteri...

Posted by rAtu saLju™ at Tuesday, April 19, 2011 2 comments
Salam...

Alhamdulillah..Alhamdulillah dan Alhamdulillah..itu saja aku nak cakap..heheh..setelah apa yang aku lalui setahun lebih ini bersama suami tersayang. Aku jadi lebih menghargai apa itu hubungan suami isteri. 

Sebenarnya bukan senang nak dapat pasangan yang sejiwa. Yang selalu hadir dikala kita perlukannya,yang selalu menyokong dalam diam dikala 1 dunia menyalahkan kita. Alhamdulillah,aku punyai anugerah Allah itu.


Semalam aku n hubby penuhi temujanji bersama doc untuk rawatan ttc. Prosedur pertama yang perlu kami harungi adalah interview dari jururawat yang bertugas. Kemudian dia suruh amik darah. Aku amik darah n scan,manakala hubby plak amik darah n air kencing.

Aku just amik darah tapi x mo di scan sbb doc llki yang buat. Amat segan ok..Selepas semuanya selesai almost pukul 4.30ptg..kami pon terus ke masjid terdekat untuk solat. Aku yg gatai sangat nak dating terus ajak hubby gi PKNS s.alam..heheh

Pas makan n round2,kami duduk kat tepi tasik S.Alam tu n borak2..terasa amat sangat sedang bercinta..wuahahah...ok la..itu saja mau tulis.Aku nak enjoy reading blogs..heheh..
daaaa~salam

13 April 2011

Pabila Duit Terpaksa Difikirkan...

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, April 13, 2011 1 comments
Salam...

Erm,da almost 6 hari aku kat Penang. Nak kata bawak hati tu x la,saja2 nak lari dari hectic Klang tu..acehhh..
Sekarang ni,bila duduk2 sorang2 kat sini [hubby kat Klang coz kije] aku fikir banyak benda. Tentang rumah sewa,tentang perbelanjaan,dan jenjalan. Semua tu menggunakan duit dan aku kena fikirkan sesuatu untuk tambah pendapatan famili.

Siyes,dunia yang menyesakkan macam ni yang semuanya perlukan duit,aku rasa macam x cukup je bila hanya hubby yang kije sorang2. Aku pon x tahu nak buat apa coz b4 ni aku mengajar. Bila da stop rasa macam x biasa coz slalu ada duit dalam tangan. Ni semua kena berkira..huhu

Ok la,aku x taw nak tulis apa lagi. Kena fikir apa aku nak buat lepas ni. huhu

07 April 2011

Apakah Ubat Bagi Hati Yang Terluka?

Posted by rAtu saLju™ at Thursday, April 07, 2011 4 comments
Salam...
 Aku tengah sedih,namun bila kenangkan da banyak air mata yang gugur,da xde air mata lagi untuk aku tangiskan.

Lately sgt mengantuk even da tido hampir 2 jam di siang hari. Kurang fokus pada apa yang dibuat. Malas nak masak..wuahahah..

Sometimes bila nak dekat2 malam,tetiba je sakit macam susah nak nafas. Aduhai... sekarang ni pon nak taip belog pon terasa amat susah dan malas. Terasa sakit di bahagian siku yg bahagian dlm. Lenguh semacam!

Aku try handle masalah peribadi. Banyak benda yang datang kala2 aku x sedia,namun,ujian bukan kita yang jemput rite? Esok,aku nak kembali ke kg halaman kat Penang. Ada benda yang aku perlu settle kan. Lepak seminggu lebih,bagi semangat aku yg down ni naik balik.

Aku x de mood nak taip panjang2,lately ni pon aku wat blogwalking je. Nothin' spesel. Nanti2 la aku update,ok!
Jumpa lagi,salam~





01 April 2011

Control-Alt-Conceive [part 1]

Posted by rAtu saLju™ at Friday, April 01, 2011 4 comments
Salam...

Alhamdulillah,aku telah mulakan perjalanan try to conceive[ttc]. 2 hari lepas,aku alami sakit pinggang bahagian tepi,en hubby yg risau sebab aku ngadu sakit 2,3 hari dia last2 bawak jumpa doc. Memula kami pergi klinik swasta sebab aku risau if pegi klinik kerajaan,aku dapat doc lelaki. Yela,bahagian tu kan selesa lagi if kita bercerita dengan doc perempuan rite?

Then bila da jumpa,doc pon scan,tnya sal pms,amik urine dan bagi nasihat sket2. Aku x puas hati sket bila aku pergi jumpa doc ni sbb dia macam nak aku kuar dari bilik dia cepat2. Aiseh~ bila dia scan,dia gtw yang ovari n peranakan aku dalam kedudukan yang elok.Alhamdulillah.. Masa doc gtw tu,hati lega sangat2 dan asik ucap Alhamdulillah je. Doc pon wat urine test untuk nak pastikan aku pregnant. Tapi dia gtw,xde sign pregnant. Sedikit kecewa bila dia gtw. tapi aku harus akui yg ujian tu pon di buat terlalu awal.

Semalam,en hubby balik keje awal dan terus ajak pegi klinik kesihatan k'jaan. Then bila da amik no sume,jumpa doc,doc kasi surat refer kat hospital untuk esok. 

Tadi pagi aku n en hubby gi la bahagian gynecology untuk amik temujanji. Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan sempurna. Nurse bagi temujanji pada 18hb April ni. So,aku x mo eksaited sgt dan aku pon doakan semoga masa aku pergi temujanji tu nanti,ada sesuatu berharga dlm kantung rahim ni,so x payah nak future temujanjiuntuk conceive,aminn. Insyallah...

Aku juga sgt happy en hubby ada kala aku perlukannya..luv him <3

Sampai sini dulu,doa dari kalian buat saya semakin kuat dan bersemangat,jazakallah! salam Jumaat yang mulia kepada semua.! :) 

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez