Daisypath Anniversary tickers

20 April 2011

Penantian Itu Amat Sakit Sebenarnya..

Posted by rAtu saLju™ at Wednesday, April 20, 2011
Salam...

Di luar sedang hujan,kilat sabung menyabung dan guruh. Aku sebenarnya mudah terkejut dari tido if ada bunyi guruh. Tengah malam boleh tiba2 terjaga walaupun sebelum tu aku amat nyenyak tido. Tadi hubby off to Kuantan. Aku? A bit sedih kena tinggal.

Ok,enough 'bout hubby n hujan. [t aku sambung balik cerita]hehehe. Dalam 2 bulan ni aku discover 1 page di FB,mula2 aku ingat kan aku pregnan sbb period lewat 2 hari. Still x letakkan hope dan x berani langsung nak wat test. Masa aku buat web walking[ada ke istilah ni?]hehe then terjumpa page Hospital Bersalin. Ekceli aku jumpa FB dia dulu baru web.

Nama je kat FB Hospital Bersalin,tapi diskusi dalam tu semua melibatkan b4 dapat bby,semasa,dan selepas. Lepas bace pengalaman kebanyakan ibu2 yang belum dikurniakan rezeki oleh Allah,aku jadi betul2 tersentuh dan terharu. Means,aku bukan seorang didunia ini yang hadapi kenyataan ni.(T_T) sob3

Saban bulan aku sediakan diri aku dengan 2 kemungkinan,pregnant or not. Masa awal2 kawen memang aku amat stress,lagi2 bila dapat tahu orang yang kawen lewat dari aku da pregnan dan ada yang bakal bersalin pon ye. Hadapi kenyataan ni memang memeritkan ok. Aku amat bersimpati juga kepada wifey kat luar sana yang da berkawen almost 3-10 tahun namun belum lagi dikurniakan anak.

Macam ada sorang kakak yang aku jumpa kat hospital masa appoitment ngan doc isnin lepas. Dia da 5 tahun kawen,namun belum dikurniakan anak. Ada 1 ayat yang dia bagi tau,'orang x tanya berapa harta kita,tapi tanya berapa orang anak kita ada tiap kali bersua dengan kita'. yup rite,sesetengah orang boleh siap mengata lagi.

Hubby aku penah cakap,anak ni rezeki dari Allah. Mana boleh kita paksa2 Allah bagi rezeki kat kita. Sekarang ni lepas beberapa kali aku dengar di IKIM.fm slot Dr Muhaya,Alhamdulillah aku da semakin boleh hadapi kenyataan ni dengan tenang. Aku pon suggest korang dengar setiap Rabu pukul 10pg. Sekarang ni sambil2 buat rawatan di hospital aku tawakkal je tentang rezeki yang 1 ni.

Sekarang ni aku kurangkan stress level. Makan benda berkhasiat,dan wat senaman ringan2.hehe. Sambil2 tu aku cari input yang berguna melalui tenet such s conceiveonline, majalah pa&ma. Klu sape2 yang ada masalah yang sama apa yang aku nak pesan,
  • hadapi kenyataan ini dengan hati yang tenang
  • sentiasa tawakkal
  • jangan lewat wat rawatan[moden,tradisional dan Islam]
  • doa dan solat tahajjud[pesanan utk diri sendiri]
Okla,sampai sini dulu. Aku doakan anda semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Nya. 
Salam 

4 comments:

fiszah_pjo on April 20, 2011 11:09 PM said...

sabar yang..lom rezeki lg kan...tp insyaallah tak lama lg turn korg plak ada bby :)..ygpenting tak henti usaha kan..heheh

Ryehanna on April 21, 2011 11:28 AM said...

yup... bersabarla.. aku pn phm camne perasaannye cos kakak aku pn blm ada rezeki lg... yg penting kita usaha je...

rAtu saLju™ on April 21, 2011 6:48 PM said...

fizah- thanks sygku...skng ni aku harap ada la rezeki yang Allah takdirkan wat aku...:) aminnn

Ana- Alhamdulillah aku mmpu hadapi dgn semakin tenang dan aku nak lebihkan sabar..terima kasih atas nasihat korang.. :)

AniE on May 25, 2011 10:29 PM said...

Dear:
RATU_SALJU
salam kenal..
Saya pun rajin tgk FB "Hospital bersalin"
Yeps, bukan kita sorang, ada yang lebih susah dari Kita...

em, Follow Kamu////

Lilypie Maternity tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Maternity tickers
 

CINTA SANG RATU Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez